Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Bagaimanakah caranya menghasilkan proposal komik?"
Saya selalu menerima pertanyaan ini daripada pelukis-pelukis komik muda yang mahu berkarya dengan Komik-M.
Dan inilah jawapan yang selalu saya berikan kepada mereka:
Dalam sebuah proposal yang baik, perlu ada perkara-perkara berikut:
- Sinopsis cerita yang lengkap - Ringkasan cerita bagi komik yang akan dilukis
- Rekaan watak-watak utama - Lukis beberapa watak utama dan sertakan biodata mereka
- Rekaan setting/latar belakang (Optional) - Lukis ataupun lakar konsep latar belakang
- Biodata pelukis/penulis (Tidak perlu sekiranya dikenali editor) - Perkenalkan diri kepada editor
- Sampel komik yang final sebanyak beberapa halaman - Sebagai bukti kemampuan menghasilkan komik
Untuk lebih memudahkan, di bawah ini adalah contoh proposal komik yang boleh dijadikan panduan.
Contoh Proposal Komik
Tajuk: Misi Empat Komikus (Komik Antologi Aku, Kau & Komik #2)
Pelukis: Afiq
Penulis: Nazry
Sesudah siap kesemuanya, zip fail-fail berkaitan dan emelkan kepada:
komik-m(at)pts.com.my (gantikan "(at)" dengan "@").
Nota: Proposal komik adalah seperti borang permohonan bagi menerbitkan komik dengan Komik-M. Orang yang akan menentukan samada permohonan ditolak ataupun diterima adalah editor-editor Komik-M. Keputusan mereka adalah muktamad. Sekiranya ditolak, janganlah simpan dalam hati ataupun berputus asa. Teruskan berlatih melukis dan kemudian cuba lagi. Jangan berhenti mencuba sehinggalah permohonan diterima.
Sekian, selamat berjaya! :)
Wassalam.
hoho..ni sangat bermakna, boleh di jadikan panduan bagi pelukis-pelukis komik yang baru,..terima kasih atas perkongsian yang hebat ni..^^
ReplyDeleteAkanku teruskan usaha..
hm, mcm mana pula boleh masukkan lukisan ke dalam komputer. guna scanner ke?
ReplyDeletesila tunjuk ajar.hehee....:)
sy x reti letak dialog guna komputer...tlg ajar
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya tertanya-tanya, bagaimanakah mahu mengisi dialog ke dalam belon dialog komik kita jika kita mahu menghantar komik ke komik-m? Adakah perlu menggunakan kertas turas, mengisi dengan komputer, atau menulis dialog yang diingini terus pada lukisan?
ReplyDeleteAssalamualaikum, mana ya contoh proposal komik Tuan Nazri? tak keluar pun gambarnya?
ReplyDeleteboleh x tolong ajar macam mane mahu letak dialog kedalam belon2 komik menggunakan komputer & poskan melalui emel
ReplyDelete