Tuesday, February 23, 2010

Meeting Pelukis Komik-M ... WAH!!! ^_____^

Assalamualaikum, salam sejahtera pada semua..... ^^



Wah, agak lama tidak berjumpa...! Harap kalian semua sihat dan ceria-ceria selalu...


Baik, mari mulakan cerita....*excited*


Pada hari Sabtu 20 Februari lalu, kami (Nazry dan Afiq) telah berangkat ke KL bagi menghadiri satu mesyuarat pelukis-pelukis Komik-M...


Di sana, kami telah bertemu dengan ramai pelukis. Wah, sangat best!!!


Setelah bermesyuarat, kami mengambil gambar beramai-ramai:




Siapakah mereka itu?

Baik, biar kami perkenalkan!



BERDIRI DARI KIRI:


1- Bop (berbaju hijau) - Baru-baru ini beliau telah melahirkan sebuah komik solo yang bertajuk ULTRA QALIF (Terbitan mana lagi, pastilah KOMIK-M!! ^_^). Beliau juga telah berkarya dalam beberapa komik antologi (juga terbitan KOMIK-M!! ^_^) seperti Aku, Kau & Komik #1 dan Aku, Kau & Bola #1.


2- Yang berbaju merah itu, saya tidak pasti siapa..(Sebenarnya beliau telah memperkenalkan diri kepada saya hari tu, tapi saya lupa pula...MAAF YE ENCIK!!)


3- Froggy (Baju kotak-kotak biru) - Beliau akan keluar dengan satu komik solo tidak lama lagi. Tajuknya? RAHSIA...!! (Jeng jeng jeng)....Bukan tajuk komik dia RAHSIA..Bukan bukan....Tajuk komik dia diRAHSIAkan demi keamanan sejagat...lalala....

Ok ok, mari kita sambung.

Setakat ini, beliau telah berkarya di komik antologi Aku, Kau & Komik #1 serta Aku, Kau & Bola #1. Beliau, sangat kelakar orangnya. Kalau masuk Raja Lawak, pasti kami akan VOTE dia.... ^^


4- En Naim (berbaju coklat) - Penulis buku SEKOLAH BAKAT keluaran PTS. Beliau seorang pemuda yang bersemangat teguh dan mempunyai citacita yang besar. Dalam mesyuarat itu, beliau mencadangkan untuk mengkomikkan buku-buku teks dan ilmiah. WAH!! Sambil belajar, sambil baca komik!! Pasti best!! :->


5- Sitrahaslee (Berkopiah) - Pelukis komik TAKAZA, sebuah komik bercirikan islamik dan dakwah. Beliau seorang yang peramah dan merendah diri. Calon pilihan terbaik untuk dijadikan menantu.


6- Faizal Mukhtar (Sedang Gelak Besar) - Pengasas Majalah JOM!. Seorang yang berpengalaman luas dalam industri komik Malaysia. Sekarang bertugas sebagai pemangku editor PTS Fortuna. Beliau sangat sempoi dan sentiasa tenang.


7- Puan Ainon (Wanita berbaju Kurung) - Perlu ke perkenalkan? Tak perlu kot, sebab beliau adalah PENGERUSI PTS (CHAIRWOMAN)..!!! Anda semua sepatutnya kenal beliau, sebab beliau banyak memperjuangkan hak-hak penulis di Malaysia, kedaulatan Bahasa Melayu dan macam-macam lagi.

Beliau, sangat sangat "humble" dan bersemangat waja. Kami amat kagum dengan personaliti beliau. Akhir kata, BERUSAHALAH PUAN AINON!!


8 - Alif (Jejaka Berbaju Hitam) - Beliau adalah pelukis komik ORANG KUAT (Superman Versi Malaysia). Pemuda yang gemar senyum ini bertugas sebagai editor di Unit Komik-M. Beliau akan tampil dengan satu lagi komik solo, iaitu DUNIA KARTUN (disahkan sendiri oleh Wanzu. Pasti kelakar). Beliau juga ada berkarya dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #2.

Sesiapa yang ingin berkarya dengan Komik-M, silalah berhubung dengan beliau:


alif (at) pts.com.my



9- Lavendra (Gadis Bertudung dan Berbaju Hitam) - Gadis ini baru berusia 17 tahun, namun bakatnya sudah setanding dengan professional. Beliau adalah salah seorang daripada ahli REVgang (Wah, kumpulan hebat apa itu? :-P).

Beliau pernah menjadi finalis Pertandingan Bakat Baru anjuran Gempakstarz sebanyak 2 KALI!! Hebat kan? :->

Gadis comel ini (comel ke? :P) akan tampil dengan komik solo hujung tahun ini. Karya debut beliau adalah komik 10 muka surat yang bertajuk Konklusi, iaitu sebahagian daripada komik antologi Aku, Kau & Bola #1.


10 - Irfan FoneR - Rakan dan juga saingan FEEQRY (kamilah tu..). Beliau adalah pelukis komik SMASH20 yang diterbitkan oleh Komik-M yang cergas.

Jejaka yang penuh bertenaga ini pernah dicalonkan untuk menjadi finalis Pertandingan Bakat Baru 2009. Pada tahun ini, beliau dijangka akan keluar dengan 2 komik solo, iaitu SMASH20 #2 dan SAFIK SALI (Kedua-duanya komik sukan, hebat!!).

Beliau yang kini menuntut di UIA dalam jurusan "Architecture" sangat meminati karya Takehiko Inoue yang bertajuk SLAM DUNK. Irfan juga adalah sebahagian daripada REVgang.


11- PAC (Berambut keriting) - PAC (disebut PAK) ialah pelukis siri komik TWINX (salah satu siri Komik-M yang WAJIB BACA!!). Beliau ada berkarya dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #1. Bagi kami, tiada manusia di Malaysia ini yang boleh melukis bangunan dan latar belakang sebaik PAC (Afiq pun susah nak lawan, mamat ni memang otai).

12- ??? - Identiti jejaka kacak ini terpaksa dirahsiakan demi mengelakkan sebarang rusuhan (?)


DUDUK DARI KIRI:


1 - JAS (Berbaju Oren Lobak) - JAS adalah individu yang bertanggungjawab terhadap penghasilan komik MEON terbitan Komik-M. Komik solo sulung beliau telah mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak, termasuklah Puan Ainon sendiri (jeles seh.. :-P). Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan sangat peramah.


2 - Ermmm......tak pasti......hehe...maaf... :-P


3 - WANZU (Baju hitam dan berkaca mata) - Beliau adalah editor senior Unit Komik-M.

Sesiapa yang nak hasilkan komik dengan Komik-M, bolehlah menghantar emel kepadanya:

wanzu (at) pts.com.my

Beliau adalah seorang yang gigih, berdedikasi, baik hati dan sporting. Senang kata, beliau adalah editor TERBAEKKK!!.

Ok, sila bertenang Nazry.

Wanzu adalah pengasas kepada Komik Alwan, iaitu antara komik bercirikan Islamik yang paling popular di Malaysia. Wah, berusahalah Wanzu!!


4 - ??? - Terpaksa dirahsiakan juga... :P


5 - Aman Wan - Aman adalah seorang daripada anggota REVgang. Karya pertama beliau telah diterbitkan dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #2. Beliau juga ada hasilkan komik doujin yang bertajuk Depression (Komik itu sangat best!! Serius!! Korang kena carik dan baca...!! Hahaha...).

Beliau lebih cenderung ke arah stroke kartun yang comel. Selain melukis, beliau juga berbakat besar dalam menghasilkan filem pendek. Senang kata, multi-talent beb!!



WAH, TAMAT JUGA...!! MAAF KALAU ADA TER"MISS" APA-APA...!!


Kesimpulannya, hari itu sangat seronok. Pada hari itu juga, REVgang buat pertama kalinya berjumpa sesama sendiri (walaupun kurang lengkap kerana ketiadaan Al- Aaina).

Harap-harap, kami boleh sertai lagi pertemuan seperti ini apa masa akan datang...

Sekian, itu sahaja...Jumpa lagi...Teruskan menyokong FEEQRY!!


*lari kuat-kuat*


Pembaca: Wei, mana tutorial wei!!! T________________T

Tuesday, February 9, 2010

Misi 8A...HAMPIR SIAP!! Yippieee!!!

Assalamualaikum pd semua...


Pertama sekali...


MAAF KERANA JARANG UPDATE!!!! T_________T


Di bawah adalah alasan2 knape kitorg da jarang update:

1- Sibuk dgn Misi 8A
2- Busy menyiapkan komik
3- Masa byk sgt dihabiskan utk melukis...

Byk bukan alasannya....

.
.
.
.

Baik, anda bijak...Ketiga-tiga alasan itu semuanya sama... T________T

baik, maaf... *bow





OK, balik ke pangkal cerita....


Misi 8A, komik yg digembar-gemburkan itu, SUDAH HAMPIR SANGAT MAHU HENDAK SIAP!!!! (Apakah ayat ini?)


Tinggal lagi 3 muka surat utk dilukis dan 30 muka surat utk diedit menggunakan PAINT.NET kesayangan kami...

Konsep cover sudah siap juga, tinggal nak scan dan submit pada Abg Wanzu yg berkaliber...

Actually, konsep cover kami yg pertama sudah ditolak. Oleh itu, kami sdg membuat percubaan yang kedua. Jika tidak ok juga, dgn rela hatinya kami akan memaksa Encik Zamzami utk lukiskan cover komik kami... :->



Ok, ni adalah konsep kami yg pertama...Abg Wanzu mencadangkan agar kami buat sesuatu yg lebih catchy, seperti poster teaser yg tertera di bahagian kanan blog ini...




Yang ini pula adalah konsep percubaan kedua, yg akan kami submit pd Wanzu sebentar sahaja lagi....





Insyaallah komik ini boleh ditemui di Pesta Buku Antarabangsa 20-27 MAC 2010 nanti...


Sila tunggu dan nantikan kemunculannya...!!!!!


YEAH!!!! (kami adalah 2 org kanak2 yg gembira)


Baik, yg boleh sy simpulkan mengenai komik ini...


MISI 8A adalah sebuah komik santai yg informatif dan berinspirasi....


Enuff said!


Komik ini bergenre:

SCHOOL LIFE
SLICE OF LIFE
ACTION
ROMANCE



Baik, sekian sahaja....

Insyaallah lepas ni sesi tutorial akan disambung semula..

Kata2 Pembaca: Sila jgn buat janji kosong lagi.. T_____T
Kata2 Kami: Baik... T__________T





Teruskan menyokong Feeqry!!

See ya!!