Saturday, August 28, 2010

Teaser Komik AF #2 dan Komik Terbaru !!

Assalamualaikum,


Tanpa membuang masa, mari kita lihat sedikit teaser bagi komik-komik kami yang akan datang!




Di bawah ini ialah cover komik Aviasi Fantasi #2 yang bakal menemui pembaca bulan hadapan !! Nantikan ya !! ... ^_____^ (Sengaja diblurkan, bagi suspens. Hehe ... :-P)






Ini pula komik terbaru kami !! Tajuknya? Dirahsiakan bagi keselamatan sejagat ... :-P Nantikan juga ya! ... ^____^






Baik, sekian sahaja entry (malas) untuk kali ini. Jumpa lagi di lain hari.


Selamat berpuasa dan menyambut hari kemerdekaan !! Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG !!


Wassalam

Monday, August 2, 2010

KONMAS 2010 !! ^____^

Assalamualaikum,



Wah, rupa-rupanya sudah hampir sebulan kami mengabaikan blog ini.

Sah--ngat peh--ma--las ... T_____________T

Maafkan kami ya sekalian pembaca yang budiman dan kacak serta cantik! Marilah kita memulakan entry kali ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Takmo masam-masam muka, nanti muka tumbuh kedut dan jerawat. Takmo ya. Nah gula-gula buat mamam --> O---



Baik, hari ni nak cerita pasal KONMAS 2010. Ia adalah sebuah festival yang berlangsung di UNISEL Shah Alam pada Sabtu dan Ahad yang lalu (30 Julai & 1 Ogos). Di sana, ada gerai doujin, pertunjukan cosplay, exhibition oleh artis-artis dari UNISEL dan ada juga Encik Gayour membuat presentation dan demo melukis. Sambutannya juga boleh tahan.

Di sana, kami telah menyewa sebuah booth dan menjual komik-komik hasil karya kami, iaitu Aviasi Fantasi #1, Misi 8A, AKK #2, AKB #1, Komik-M Raya #2 dan REMAJA@PTSOne 2010. Kami tidak dibenarkan menjual karya orang lain dan sebab itulah tiada title-title Komik-M seperti TWINX dan Ultra Qalif. Maaf ya!

Pada mulanya, kami bercadang untuk hadir pada kedua-dua hari festival, iaitu Sabtu dan Ahad. Namun, agak kurang bernasib baik apabila saya (Nazry) kurang sihat pada hari kedua. Maaf ya kepada sesiapa yang ingin menemui kami pada hari Ahad itu! Semoga kita boleh berjumpa di lain acara atau festival! ... ^____^

Sebagai santapan mata, ini ada sedikit gambar yang sempat dirakam ketika kami di acara itu.











Baik, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Teruskan menyokong Feeqry, REVgang & Komik-M ya! ... ^_____^

Wassalam.