Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Sejak saya dan Afiq menerbitkan komik kami yang pertama, iaitu
Aviasi Fantasi #1, sudah beratus kali kami menerima pertanyaan berikut:
1. Bolehkah saya berkarya dengan Komik-M?
2. Bolehkah Komik-M menerima karya saya?
3. Bagaimana cara untuk menerbitkan komik dengan Komik-M?
4. Bagaimana cara untuk menghantar komik ke Komik-M?
5. Bagaimana cara untuk menulis proposal komik?
.
.
.
100. Selepas saya menghantar karya saya kepada Komik-M, bolehkah Komik-M pos cek terus ke rumah saya yang beralamat sedemikian ... ? (Baiklah, ini soalan buat-buat...)
Baiklah, saya akan cuba membantu kalian menjawab semua soalan ini, agar tiada lagi kekeliruan selepas ini. Okey? ^_________^
Pesopol, (<--Sesiapa yang boleh teka maksud perkataan ini, akan diberi hadiah yang berupa pujian melangit)
Mari kita lihat setiap soalan yang saya senaraikan di atas. Sebagai salah seorang pengkarya Komik-M, saya akan cuba menjawab setiap satu soalan dengan penuh serius, mengikut pengalaman dan pengetahuan saya yang sangat terhad. Sekiranya ada di antara jawapan saya kurang tepat atau silap, mohon ampun dan maaf ya!
Yosh!! xD
Soalan 1: Bolehkah saya berkarya dengan Komik-M?
Jawapannya, boleh! Dengan syarat, kalian mampu melukis komik dengan baik. Melukis komik dengan baik bermaksud, kalian boleh hasilkan sebuah komik dengan lukisan yang cantik dan jalan cerita yang kukuh.
Soalan 2: Bolehkah Komik-M menerima karya saya?
Ya, boleh juga! Namun perlu diingat, sebelum menghantar karya, perlu hantar proposal kepada Komik-M terlebih dahulu. Hanya selepas editor Komik-M beri 'lampu hijau', barulah kalian boleh hantar karya atau manuskrip.
Satu lagi perkara yang perlu diingat, karya kalian perlulah mematuhi tiga kriteria ini:
- Bercirikan Malaysia
- Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
- Patuh pada Syariah
Bercirikan Malaysia bermaksud, latar belakang cerita, pakaian watak, budaya, pemakanan dan sebagainya perlulah berdasarkan masyarakat di Malaysia. Jangan pula lukis komik dengan latar belakang KLCC, namun nama watak pula seperti Neko-chan, Fujiwaraya Animotobesar, John Travoltron dan lain lain. Itu sangat tidak kemalaysiaan, ya!
Menggunakan BMT, bermaksud dialog perlu ditulis menggunakan bahasa Melayu yang betul dan penuh. Jangan pula guna dialog sebegini di dalam komik:
Fujiwaraya Animotobesar: Hye, nk bwt perw pas nierw ewr?
Neko-chan: Kitew mkn anginw smpew kewmbung lewwwww....
John Travoltron: Kewlll... Kawaiii!!!! xD
(T______T) Mohon jangan!!!! Saya sudah hampir menangis di sini kerana tidak sanggup menulis ayat dialog seperti di atas!!!!!! DX
Akhir sekali, patuh syariah bermaksud segala apa yang kita sampaikan dalam komik tidak menyalahi ajaran Tuhan. Bermakna, jangan lukis watak utama wanita yang berpakaian tidak senonoh, atau ada watak-watak yang melakukan perkara haram dan tidak sepatutnya dibuat. Jangan buat itu semua. Sekali lagi, JANGAN!
Katakanlah, ada orang yang degil atau tidak tahu, dia ada lukis sesuatu yang tidak elok dan dilarang dalam agama. Al-kisah, komik itu pula diterbitkan sebanyak 10 000 unit, dan semua komik itu terjual. Maka, bayangkan apa akibatnya. Selagi komik itu dibaca dan membuatkan pembacanya lalai atau mengikut teladan yang buruk, maka selagi itulah pelukisnya mendapat dosa.
Perkara ini sangat penting. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita sampaikan. Maka, sampaikanlah perkara yang baik-baik dan dibenarkan oleh agama. Faham adik-adik? ^___^
Soalan 3: Bagaimana cara untuk menerbitkan komik dengan Komik-M?
Cara atau procedur bagi menerbitkan komik adalah seperti berikut:
1. Berlatih melukis sehingga mencapai tahap yang meyakinkan
2. Membaca banyak buku (yang baik-baik sahaja), menonton banyak cerita/filem (yang baik-baik sahaja) dan merantau ke banyak tempat, sehinggalah kalian mampu mencipta idea, konsep dan jalan cerita. Idea perlu segar, baru dan berinovasi. Namun perlu disebutkan di sini, 'baru' bukan bererti baru 100%. 'Baru' bermaksud, pengubahsuaian sesuatu yang lama sehingga ia menjadi baru. :D
3. Ada niat untuk menerbitkan komik, disertai dengan tekad dan dedikasi bersama semangat juang yang tidak mengenal erti kalah. Jika kalian tiada kesemua yang disebut di atas, maka sila .... (isi tempat kosong)
4. Tulis proposal cantik-cantik dan hantar ke komik-m (@) pts.com.my (mohon buang kurungan)
5. Bersabar, bersabar dan bersabar. Tunggu tuan editor balas emel, dan jangan terlalu tekan mereka. Digalakkan follow-up setiap seminggu atau dua minggu. Jangan hubungi mereka pada hari Sabtu atau Ahad, mereka pun mahu berehat juga. Paling penting, hormati mereka.
6. Jika editor tidak bersetuju dengan proposal, ubah suai semula proposal dengan hati terbuka, sebelum hantar semula buat kali kedua. Jika tidak diterima juga, maka mohon kembali ke langkah 1. Sekali lagi, dengan hati yang terbuka. Kerana apa???????
KERANA PELUKIS KOMIK SEJATI AKAN SENTIASA MENERIMA KRITIKAN DENGAN HATI YANG LUAS TERBUKA!!!!! XDXD
7. Jika diterima, syukur Alhamdulillah. Boleh mula melukis komik. Lukis dengan konsisten sehingga siap, dan hantar kepada editor.
8. Bersabar, bersabar dan bersabar lagi. Proses editing, layout, cover, pencetakan dan sebagainya sangat memakan masa. Selalunya komik akan diterbitkan 2-3 bulan selepas manuskrip dihantar. Jadi, jangan pula setiap hari menghantar emel kepada editor bertanya, "Bila buku saya akan terbit???" Bersabar ya adik-adik!
9. Sebaik komik telah terbit, syukur Alhamdulillah. Bukan semua orang mampu menerbitkan komik. Bolehlah mula fikirkan proposal bagi komik seterusnya pula. Pada masa yang sama, komik yang sudah terbit perlulah dipromo secara habis-habisan, mengikut jalan dan cara yang betul. Buatlah page, blog atau apa-apa media elektronik yang ada. Kemon man, melukis komik bukan sekadar satu bidang kerjaya! Ianya adalah perjuangan!!!!
Soalan 4: Bagaimana cara untuk menghantar komik ke Komik-M?
Ini adalah soalan yang paling mudah. Ada beberapa cara yang digunakan bagi menghantar karya atau komik atau manuskrip ke Komik-M:
- Pos ke pejabat PTS (Jangan lupa lekat setem!)
- Emelkan ke alamat emel editor (Yang ini perlukan talian internet yang agak cemerlang)
- Hantar terus ke pejabat PTS (Jangan lupa bawa manuskrip dan pisang goreng!)
Soalan 5: Bagaimana cara untuk menulis proposal komik?
Ada beberapa perkara perlu dimuatkan ke dalam proposal:
1. Sinopsis cerita lengkap, bukan blurb atau ringkasan cerita. Pastikan kalian karang cerita yang penuh, daripada A sampai Z.
Jangan pula letak soalan yang membuatkan editor berteka-teki, seperti, "Apakah yang akan terjadi kepada Neko-chan dan John Travoltron? Dapatkah Fujiwaraya Animotobesar menyelamatkan mereka daripada bencana yang sungguh besar itu???????? Sekiranya kalian buat juga seperti itu, nescaya kalian pula yang akan berteka-teki, bilakah editor akan membalas emel proposal kalian?
2. Rekaan watak utama. Lukis beberapa watak utama dengan full-figure dan beberapa pose yang lain.
Sertakan biografi, seperti nama penuh, ketinggian, berat, hobi, kekuatan, kelemahan, ciri-ciri dan sebagainya. Tulis dengan lengkap, agar pihak editor boleh mengenali watak utama kalian.
3. Masukkan juga latar belakang cerita, seperti lokasi yang sering digunakan dalam cerita komik kalian. Ya, benar. Ini juga perlu. Melukis komik bukan bermakna melukis watak manusia semata-mata. Kalian juga perlu melukis latar-belakang!!!!
Apa maksud latar belakang?
Bangunan, pokok, sekolah, rumah, kenderaan, lanskap, taman bunga, suasana sibuk, suasana romantik, dan macam-macam lagi.
Jadi, kepada yang sudah mahir melukis watak, berlatihlah pula melukis latar belakang. Ianya berbaloi, percayalah!
4, Sampel komik juga perlu disertakan. Ini penting bagi editor menilai kemampuan kalian melukis komik. Jadi, sebelum hantar proposal, lukislah satu dua muka surat bagi memudahkan kerja editor.
5. Biodata diri dan portfolio adalah bonus. Sekiranya kalian ada pengalaman melukis komik, pernah menerbitkan komik dengan mana-mana penerbit yang diiktiraf, insya-Allah proposal kalian akan lebih mudah diterima.
Baiklah, sekian sahaja buat masa ini. Insya-Allah sekiranya ada kelapangan, saya akan berkongsi lagi tips dan teknik bagi menghasilkan dan menerbitkan komik.
Kalau ada soalan, tanya sahaja okey! Malu bertanya sesat jalan dan no harm trying!
Jumpa lagi, teruskan menyokong kami!!!!
p/s:
Nantikan komik terbaru kami !! Dilakar menggunakan pensil lead biru, diinking dengan berus dan ditambah tone secara manual !! ^___________^
p/s/2:
Buat inspirasi, inilah meja melukis Afiq.
Wassalam.