Tuesday, December 20, 2011

Anugerah Peminat kepada Feeqry! ^_______^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga para pembaca sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah Maha Besar. 


Hari ini, saya mahu bercerita fasal 2 anugerah yang kami terima daripada pembaca komik kami. 

Anugerah pertama adalah lukisan yang sangat cantik daripada saudari Amirah Max. Beliau sanggup datang ke Mid Valley bersama ibu beliau semata-mata mahu bertemu dengan saya. Terima kasih banyak-banyak! Semoga saudari beroleh banyak manfaat selepas mendengar talk yang saya sampaikan tempoh hari.  Teruskan menyokong kami, ya! ^_________^




Anugerah kedua datangnya daripada Adik Irfan Zalaruddin. Beliau memilih komik Misi 10A sebagai komik terbaik manakala Kelab Da Vinci sebagai novel terbaik yang dibacanya pada tahun 2011. Terima kasih, Adik Irfan! Teruskan membaca komik Feeqry, ya! ^______^



Mungkin bagi sesetengah orang, kedua-dua perkara ini seperti tiada apa-apa. Tetapi, perkara-perkara inilah yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkarya. Teruskan menyokong kami, insya-Allah kami akan terus hasilkan komik yang terbaik untuk tatapan kamu semua!

Terima kasih! ^____________^

Wassalam.

Sunday, December 11, 2011

Perihal berkenaan melukis KOMIK!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hai, hai! Apa khabar? Seronok tak lihat blog ini semakin aktif?



FEEQRY IS STILL ROCKIN, YEAH!




Hari ini saya mahu bercakap fasal komik... lagi. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pelukis muda yang baca blog ini, amin.... (^_____^)b


Saya dapati ramai pelukis muda mahu cuba terbitkan komik, walaupun usia mereka terlalu muda dan masih lagi bersekolah. Alasannya?  Kerana Afiq terbitkan komik pertama semasa tingkatan 3.

Ini sebenarnya satu perkembangan yang baik. Semakin hari semakin ramai generasi muda mahu menceburkan diri dalam bidang komik. Golongan inilah yang kelak akan mewarnai industri komik tanah air, insya-Allah.

Jadinya, saya mahu berikan sedikit panduan kepada barisan pelukis muda ini, supaya mereka lebih tahu dan faham berkenaan komik. Supaya mereka lebih yakin jalan yang mereka pilih. Supaya mereka boleh bertanya soalan yang betul. Supaya mereka boleh bina keyakinan diri dan selanjutnya menjadi seorang pelukis sejati.

* * *

1. Melukis Komik != Melukis Ilustrasi/Karikatur/Potret/Lanskap

Sekiranya anda pandai melukis potret, bukan bermakna anda sudah melepasi syarat bagi menjadi pelukis komik. Potret adalah satu cabang seni, manakala komik pula adalah cabang seni yang lain. Berlatih melukis potret tidak akan meningkatkan skil anda dalam melukis komik, dan sebaliknya juga.

Sekiranya mahu tingkatkan skil melukis komik, banyakkan berlatih melukis komik.


2. Tanya diri sendiri: Anda seriuskah mahu jadi pelukis komik?

Cuba tanya diri anda soalan ini: "Aku seriuskah mahu jadi pelukis komik?"

Sekiranya anda menjawab:
A. Entahlah/Tidak tahu/Agaknya/Mungkin/50-50 - Simpan semua alatan melukis dan tumpukan perhatian kepada pelajaran. Jangan buang masa melukis berjam-jam sehari tetapi tiada hala tuju.
B. Ya, aku serius! - Ini langkah pertama menjadi seorang pelukis komik. Sekiranya anda sudah serius mahu jadi pelukis komik, maka anda perlu juga serius melukis komik. SERIUS, bukan main-main.


3. Belajar melukis komik dengan serius

Melukis komik bukan semata-mata melukis manusia. Melukis komik memerlukan anda melukis:
A. Bangunan
B. Haiwan
C. Lanskap
D. Kenderaan
E. Pakaian
F. Dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda mahu belajar melukis komik, anda juga perlu belajar melukis manusia, rumah, kereta, pokok, hutan, gunung, baju, seluar jean, pasar, laut, permaidani, sofa dan semua yang ada di sekeliling anda.

Seorang pelukis bukan semata-mata melukis berdasarkan imaginasi, tetapi juga visi! Lukis apa yang anda lihat! 

Sekiranya mahu lukis bangunan, pergi ke pekan/bandar, tangkap gambar bangunan dan lukis berdasarkan gambar itu. Sekiranya tiada kamera, pergi sahaja ke Google, taip kata kunci 'building', pilih option Image dan cari gambar bangunan yang sesuai. Save gambar yang dipilih dan lukis berdasarkan gambar itu.

Itulah cara yang Afiq gunakan bagi melukis bangunan dalam komik Aviasi Fantasi.


4. Melukis komik kerana minat, dan bukan kerana mengejar wang dan populariti

Sekiranya mahu kaya, jadi ahli perniagaan. Sekiranya mahu popular, jadi pelakon/penyanyi. Menjadi pelukis komik langsung, diulangi, langsung tidak menjamin wang dan populariti. Industri komik di Malaysia masih kecil berbanding negara luar. Jadi, janganlah terlalu berharapan tinggi, selepas habis sekolah, terus sahaja mahu melukis komik sepenuh masa. Fikir dua kali.

Melukis komik langsung tidak semudah membacanya.

* * *

Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada yang membaca. Selamat melukis dan jumpa lagi dalam entri seterusnya! (^___^)v


Wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

Bahana Facebook!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga anda semua sentiasa ceria dan tersenyum seperti keli --> (^________^)


Hari ini saya mahu membebel sedikit. Sedikit sahaja, tidak banyak. Sekiranya membebel banyak sangat, nanti semua orang akan klik 'unfollow' dan terus pergi ke blog lain. Itu adalah tidak berapa bagus. Baiklah, mari kita tegak ke titik (straight to the point).

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai rakan-rakan saya daripada kalangan pelukis, sangat cergas dan aktif berFB atau bermukabuku. Mereka berusia belasan tahun, muda dan berbakat besar! Tetapi, saya lihat semakin lama mereka semakin jarang upload lukisan di FB, sebaliknya hanya banyak upload status baru. Ini.... agak mengecewakan saya, kerana saya berharap mereka semakin maju.

Saya hairan....



DI MANAKAH SEMANGAT KAMU SEMUA, ANAK MUDA!? DI MANA IA MENGHILANG?



BerFB sahaja tidak akan sesekali memantapkan skil melukis kamu semua. Sesekali buka FB bagi mencari inspirasi, tiada masalah. Tetapi sekiranya bangun tidur sahaja terus buka FB hingga malam, ia adalah kurang bagus sedikit.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai publish komik. Kalau setakat melukis saja-saja tanpa ada sebarang kemajuan ataupun tujuan, ia membuang masa sahaja. *Tiba-tiba saya terfikir untuk adakan pertandingan melukis dengan hadiah menarik. ;))*

Jadi, kepada anak-anak muda yang sedang bercuti sekolah ketika ini... semata-mata berFB, main game,  menonton anime, membaca komik, tidak akan membuatkan kamu semua menjadi manusia hebat.

Baiklah, sekian sahaja bebelan saya. Sekiranya ada yang tersinggung, mohon maaf, ya! Akhir kata, stop dreaming, go out there and catch your dreams!



K Bye, wassalam!


Saturday, December 3, 2011

Akhirnya, entri baru! xD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?



Fuh.... Ehem.....



FEEQRY MUNCUL KEMBALI! ^____________^



Alkisahnya, Afiq baru sahaja tamatkan SPM, alhamdulillah. Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, Afiq terpilih bagi menyertai PLKN pada tahun hadapan. Jadi, dijangka dia akan bertolak ke kem PLKN pada bulan Januari 2012.

Namun....



NAMUN!



Selepas Afiq membuat semakan, rupa-rupanya dia akan sertai batch kedua yang akan bermula pada bulan 3 ataupun 4!

Yeah! Jadinya, maknanya, ertinya, kami boleh hasilkan satu lagi komik sebelum dia menghilang selama 3 bulan! ^_____^

Insya-Allah kami akan mulakan kerja melukis komik dalam masa terdekat. Tajuknya? Rahsia! Tetapi saya beri satu hint. Pada tajuknya ada perkataan MISI.



Hehe.



Okey, jumpa lagi semua!

Wassalam.



p/s: Di bawah ini adalah paparan eksklusif kaver komik Ali & Tuah: Sarang 4 Penjahat. Yippie! xD