Thursday, January 28, 2010

Komik Oh Komik!!

Salam semua...

Lagi sekali, tiada tutorial... T______________T


MAAF!! *bow


Lepas ni kami akan sambung tutorial....!! Betul!! :-S



Mmmm ok, hari ni nak cakap pasal komik sket...

Baru2 ni ada terjumpa satu statistik yang dikeluarkan oleh PTS.......
.
.
.
.
...BERKENAAN KUTIPAN JUALAN KOMIK-M!!!!!


*Woohoo!! Nombor!! Aku suka nombor!! (abaikan)



Baik, malas nak buang masa, ni dia!!


1. Shootz! (Reja) - 3,964 BLOG REJA

2. Komik-M Raya 1 (Artis2 Komik-M) - 3,812

3. Kad Raya dari Syurga (Artis-artis Komik-M) - 3,344

4. Komik-M Kartini (Tembakau) - 3,159

5. Langkamaya (Hafiz) - 2,777 BLOG HAFIZ

6. Takaza 1 (Sitrahaslee) - 2,463

7. Orang Kuat (Alif Kacak) - 2,399 BLOG ALIF

8. Twin-X 2 (PAC)- 2,392

9. Budak Takraw 1 (Anshari) - 2,362 BLOG ANSHARI

10. Hibrid 1 (Aviltone) - 2,164

11. Lili Lulu Lala 2 (Nurazmi) - 2,052 BLOG NURAZMI

12. Smash-20 (Irfan F-one-R :D) - 1,857 BLOG F-ONE-R

13. Shootz! 2 (Reja) - 1,812 BLOG REJA

14. Aku, Kau & Komik 1 (Artis-artis Komik-M) - 1,662

15. Liga Pendekar: Perikatan Adiwira (Azhar Abdullah) - 1,544 BLOG AZHAR

16. Lili Lulu Lala 1 (Nurazmi) - 1,053 BLOG NURAZMI

17. Aku, Kau & Komik 2 (Artis-artis Komik-M) - 927

18. Kartini Kembali (Tembakau) - 386


PERLU DIINGATKAN!!


Ranking ini ada sket berbeza dgn ranking asal...


Dalam ranking asal, Shootz! dan Shootz 1 diasingkan, padahal kedua-dua title ini merujuk kepada buku yang sama. Maka, angka jualan kedua-dua title ini kitorg tambahkan....*bijak bukan? :->

Begitu juga dgn Liga Pendekar.... :D


Maka, boleh dikatakan, inilah RANKING YG SEBENARNYA!!

Kalau korang nak tgk ranking asal, ni linknya:


Ranking Original Komik-M



Tahniah diucapkan kepada saudara Reja kerana berjaya mengungguli ranking 2009...
Anda mmg HEBAKK!!

Tahniah juga kepada Irfan F-one-R (pelukis Smash20) yg berjaya melonjakkan diri ke tangga ke-12 biarpun baru sahaja dipasarkan Nov lalu..Anda mmg TERBAEKKKK!!



Tp perhatian ye...


Utk ranking tahun 2010...




KAMI TAKKAN KALAH!! YEAH!! :-p



Baik, itu sahaja..



Teruskan menyokong Feeqry!!!

..dan....

BELILAH KOMIK-M!!! :->




See ya!!

Thursday, January 21, 2010

Feeqry dalam Berita Harian ... :-P

Salam semua....

Hari ni takda tutorial, sorry....



Tapi ada satu berita yg agak baik utk kitorg...




KITORG MASUK PAPER!!





yippieee!!




harap2 lepas ni AVIASI FANTASI akan terjual lebih 10,000 unit !! *byk berangan...hahaha!!




well, ni ialah gambarnya..silalah tgk.. :->






dan ini adalah linknya....


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20100121004157/Article/index_html



Tp yg tak syoknya, ada beberapa typo error...

antaranya...


MANGGA
..... sepatutnya MANGA

ABU SALAM ......sepatutnya ABDUL SALAM (ayah kami tu..huhu)


tp takpelah....adatlah sikit2 silap......hehe...


orait, tu je....


k, teruskan menyokong kami...!!! See ya!!!

Tuesday, January 19, 2010

[Langkah 3] Melakar Komik aka Sketching




Salam...



Wow, lamanya tak update blog...

Baru2 ni ada sket BUSY....



Btw, hari ni kita akan belajar something yg mungkin kebanyakan pelukis komik dah tau, iaitu Melakar....

Dlm Langkah 2 pun kita ada buat lakaran, tetapi itu adalah lakaran idea...Ianya berbeza dgn lakaran dlm Langkah 3 ni...

Ok, secara umum,


Just pindahkan lakaran idea ke satu kertas A4 yang baru, dan perhalusi lakaran itu...


So, dgn kata lain, proses lakaran komik ialah :

1- Pindah
2- Halusi

Utk perjelasan bergambar, sila refer imej di atas (KLIK utk imej yang lebih besar.. :D)


PERHATIAN:


  • Lakaran PERLU DETAIL & KEMAS - ini utk mengelakkan berlakunya kesilapan INKING (akan dijelaskan dalam langkah seterusnya) dan sebagainya...

  • Pastikan lakaran yang dibuat SAMA SEPERTI lakaran idea dalam thumbnail..

  • Outline lakaran hendaklah SATU atau DUA line sahaja..Jgn ada byk line. Nnt akan muncul masalah masa nak INKING...Sila rujuk imej di bawah...
  • Tak perlu nak buat SHADING semasa lakaran. Bazir masa....!!!
  • Lakaran PERLU DETAIL & KEMAS.............*sengaja diulang :P


OK, tu je kot..Tak byk benda dalam langkah 3 ni, sbb ianya sangat basic dan simple...



Cubalah apply tips2 di atas, insyaallah komik anda akan menjadi lebih baik..... :D



So, good luck...


Next: Lukis Belon Dialog (Dialog Balloon Inking)

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!!

Thursday, January 14, 2010

[Langkah 2] Lakaran Idea aka Thumbnailing




Salam....

Ok, sekarang kita akan beranjak ke step seterusnya,iaitu

Lakaran Idea atau dalam istilah BInya "Thumbnailing".. :D

Di bawah adalah langkah2 yg biasa digunakan utk melakar idea:

[Step 1]- Ambik kertas A4

[Step 2]- Bahagi kertas tu pd 2, pastikan sama saiz (tp takyahlah smpi guna pembaris, lipat 2 je)

[Step 3]- Lakar komik anda pd setiap bahagian - Satu Bahagian Lakar Satu Page


PENTING:
  • Lakaran TAK PERLU detail dan cantik.
  • Masa ini anda perlu reka panelling *akan diterangkan kemudian
  • Nomborkan setiap bahagian supaya tidak LOST dan mudah utk RUJUK KEMBALI
  • Pada masa ini juga, anda perlu tentukan kedudukan belon dialog (dialog balloon). Sila pastikan FLOW DIALOG BALLON anda TIDAK MEMENINGKAN PEMBACA.
****fakta menarik: Benda pertama yang dilukis oleh NAOKI URUSAWA apabila melukis komik adalah DIALOG BALLOON.. :-> *****


[Step 4]- [Optional] Utk menjadikan thumbnail anda lebih jelas dan mudah dilihat, INK thumbnail guna pen lukis.

Tp, kalau mcm tak da masa, takyah ink pun takpe... :-D

[Step 5]- Bila da siap thumbnail, tunjuklah pada sesiapa, editor atau rakan2. Biar derang komen dan kritik. Jgn lukis syok sendiri je..Da lukis, pastu puji lukisan sendiri cantik..Adik2 sekalian, sila jauhkan diri dari benda2 camtu. :->

Ok, sekarang dah ada thumbnail da. Pasni apa pulak? Tidur?

Salah tu!

Lepas thumbnail da siap, tiba masa utk lakar komik... :-D

Next: Melakar Komik (Sketching)

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!! :D



Nota Kaki: ======================= Panelling =================================

Panelling yg baik memudahkan pembaca faham komik anda. Pada beginner, tak perlulah nak buat panel2 yg havoc dan fancy. MAKE IT SIMPLE and EASY TO UNDERSTAND!! :D

Rule of thumb: FANCY PANEL sesuai utk CERITA YG SEDANG BERGERAK LAJU (belajar dari en azhar abdullah)

cth: Rujuk Dragon Ball, masa Son Goku VS Cell. Byk fancy panel digunakan, utk menggambarkan kelajuan cerita... :D

Kalau setakat kalau CERITA TU BERGERAK PERLAHAN, TAK PERLU pakai FANCY PANEL. MERIMASKAN!!

cth: Kalau setakat 2 org character berbual2 kosong, takyah la nak pakai fancy panel. Ok guys? :P
====================================================
===================

Tuesday, January 12, 2010

[Langkah 1] Cari Idea aka Brainstorming

Ok, utk menghasilkan komik, inilah langkah yang pertama!!

Mencari Idea.....

Brainstorming...

Nak sebut senang, masalahnya nak buat tu yang payah...

Takpe2, rileks....First skali, apa objektif pencarian idea ini?

Utk menghasilkan sebuah cerita yang unik, solid dan best!!!!

Unik - original, takda ciplak idea2 org lain...
solid - jalan citer yang mantap, logik dan tak merapu....
best - fresh, tak membosankan dan membolehkan pembaca enjoy ngan citer ni...

jadi sekarang, apakah caranya utk menghasilkan cerita yang seperti ini?

BERANGAN!!


Ya...itulah dia...

Untuk menghasilkan cerita, anda perlu BERANGAN.. *tak perlulah ulang skali lagi ye..*

Adik2 di luar sana, berangan di sini bukan bermaksud fikir pasal awek yg kita minat kat kelas, ataupun berfantasi ttg duit atau lain2...

Berangan dalam konteks ni bermaksud - membayangkan sebuah cerita...VISUALIZE A STORY....

Akan tetapi, semata-mata berangan pun tak menjadi juga.. ada formula lain yg perlu dimasukkan juga:

CITER BEST = ANGAN2 + ILHAM + PENGETAHUAN + PENGALAMAN + BAKAT

Wow!! Susahnya formula ni!!

Jgn risau ye, formula ni tak perlu dihafal kerana ianya takkan keluar dlm peperiksaan... :P

Jika anda byk berangan sekalipun, tetapi anda tiada ilham/pengetahuan/pengalaman/bakat, citer anda akan menjadi hampeh!!

Ok, mari kita lihat satu persatu:

ilham - idea yg lahir dari dlm hati, juga dikenali sbg ESP (Extra Sensory Perception)..tetapi perlu diingatkan di sini, tidak mudah utk kita dpt ilham.

pengetahuan - hasil bacaan segala jenis material (komik, majalah , buku teks etc), hasil pembelajaran di sekolah dan lain2...apa cara utk meningkatkan pengetahuan? well, STUDY of course...

Pengalaman - kebanyakan org hasilkan cerita based on pengalaman mereka..ini adalah sumber cerita yang paling mudah dan ringkas...anda cuma perlu ceritakan balik pengalaman dan tukarkannya kepada bentuk komik..mudah kan? :D

Bakat - benda ni tak sumer org ada...tp tanpa benda ni pun, anda masih blh hasilkan sebuah cerita yg GEMPAK!! percayalah!! :D

OK, tips utk dpt idea best utk buat citer:

sentiasa bersikap tenang....jgn stress....stress akan menyekat idea keluar daripada kepala atau hati..

be calm, insyaallah idea akan dtg mencurah-curah...

mengapa perlu tenang?

otak kita blh beroperasi dlm beberapa mode, antaranya alfa dan beta...

selalunya, otak kita berada pd tahap beta...pd tahap ini, kita dlm keadaan sedikit stress dan kelam kabut...

faktanya adalah, otak pd tahap beta akan menyukarkan seseorg itu mendapat idea...

otak akan berada pd tahap alfa ketika kita berehat atau bersantai...pada masa ini, idea akan lebih mudah didapati...



Jadi, cara terbaik utk membolehkan idea mudah keluar adalah JANGAN STRESS... :D

Ok, that's all for now...Sori kalau post kali ni terpanjang sikit...Harap korang tak bosan membacanya...

Next: Melakar Idea (Thumbnailing/Naming)

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!! :D

Monday, January 11, 2010

Proses Menghasilkan Komik


Salam semua,

Di atas ini adalah sample page daripada Aviasi Fantasi #1. Sekadar tatapan utk pengunjung2 blog yang sy muliakan.. :P

Kebelakangan ini sy ada terjumpa ramai geng pelukis komik di Facebook. Ada yg otai, ada juga yang baru mula bekecimpung. Antara nama yang ingin sy highlight di sini adalah Ellusionist Malaysia dan Iman Anuar. Masing2 baru berumur 15 dan 12 tahun, tetapi mereka menunjukkan minat serta potensi yang tinggi dalam bidang komik. Syabas pada mereka!! :D

Sepanjang mengenali mereka, banyak sgt soalan yang telah mereka utarakan pd sy. Kebanyakkannya adalah soalan yang umum, yg biasa ditanya oleh pelukis2 muda yg lain.

Ini adalah antara soalan yang biasa sy dapat daripada mereka ini:

- Pen apa yang digunakan utk inking ?
- Bagaimana mahu membuat lipatan baju?
- Bagaimana mahu melukis perempuan bertudung?
- Apakah proses penghasilan komik?

Bagi membantu golongan pelukis2 muda ini menjadi lebih maju dan berjaya, kami akan menjawab persoalan2 di atas sedikit demi sedikit di blog ini.

Soalan pertama yg ingin kami jawab adalah "Apakah proses penghasilan komik?"...

Ini adalah soalan asas yang perlu difahami oleh setiap pelukis muda.

Bagaimana mahu menghasilkan komik jika tidak tahu caranya? :D

Jadi, di bawah ini adalah langkah2 yg boleh diikuti utk menghasilkan komik.

1- Cari Idea (Brainstorm)
2- Lakar Idea (Thumbnailing/Naming)
3- Lakar Komik(Sketching)
4- Lukis Belon Dialog (Dialog Ballon Inking)
5- Lukis Garisan Panel (Panel Inking)
6- Lukis Watak & Latar Belakang (Characters & Background Inking)
7- Padam Garisan Lakaran
8- Scan
9- Edit Berkomputer (Computer Editing)
10- Terbitkan (Publish)
11- Perkembangan (Improvement)

Insyaallah start esok kitaorg akan jelaskan setiap satu step di atas, supaya korang blh faham lebih lanjut lagi berkenaan proses penghasilan komik....

K, that's all for now...

Teruskan menyokong Feeqry..See ya!! :D

Saturday, January 9, 2010

REVGANG? Saper diaorg tu?



REVGANG - Satu kumpulan penggiat komik muda yang terdiri daripada:

Feeqry - Pelukis AVIASI FANTASI
F-One-R - Pelukis SMASH20
Lavendra
Aman Wan
Aina

Ianyanya belum lagi ditubuhkan secara official, kerana banyak isu yang perlu dibincangkan, seperti objektif penubuhan, matlamat dan sasaran.

Akan tetapi, tagline REVGANG sudahpun ditetapkan, iaitu:
REVOLUSI MANGA MALAYSIA (credit to f-one-r)

Updates mengenai aktiviti2 serta pencapaian REVGANG akan disiarkan di blog ini dari masa ke semasa..Just keep watching out guys!!

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!!

Friday, January 8, 2010

MISI 8A


Salam semua,

Misi 8A ialah komik solo kami yang kedua. Ianya sedang dlm pembikinan dan insyaallah akan diterbitkan sebelum Pesta Buku Mac 2010.

Ok, sedikit sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Aizad yang ada segala-galanya, tetapi sangat lemah dalam pelajaran. Satu hari, ibunya telah merampas segala sumber kegembiraannya (PSP, internet, TV dll) dan memaksa Aizad utk belajar.

Nak tak nak, terpaksalah Aizad fokus pada akademik. Ujian seterusnya, dia masih lagi mendapat markah yg rendah. Dia jd risau jikalau dia tidak mendapat kembali brg2 kesayangannya.

Walaubagaimanapun, takdir menemukan Aizad dengan Zahid, pelajar terbaik sekolah. Demi merubah keputusan peperiksaannya, Aizad bersemuka dengan Zahid dan meminta untuk berguru dengannya.

Apa yang akan terjadi selepas itu? Silalah nantikan kemunculan komik ini di kedai2 buku berhampiran.

Bagi kami, komik ini SGT UNIK, dan ianya adalah yang pertama di Malaysia.

Mengapa?

1) Komik ini memuatkan pelbagai tips dan tricks utk cemerlang dlaam peperiksaan.
2) Byk fakta2 umum yang menarik dimuatkan.
3) Komik ini menampilakan realiti sebenar kehidupan pelajar sekolah di Malaysia.

Jika BAKUMAN (karya Takeshi Obata) adalah komik mengenai KOMIK,
MISI 8A adalah komik mengenai PELAJARAN!!

Preview:







more previews, sila klik link di bawah:
More Previews Misi 8A


Well, that's all for now. Teruskan menyokong kami!! See ya!! :D

Thursday, January 7, 2010

AVIASI FANTASI #1


Salam semua,


Aviasi Fantasi adalah komik solo kami yg pertama dan akan diterbitkan pd 8 Jan 2010 (eh? esok?)..

Ia mengisahkan tentang 2 remaja yang terjumpa bengkel kapal terbang terbiar. Mereka kemudiannya bertekad untuk membaiki sebuah kapal terbang yang terburai di bengkel itu. Selepas bertahun bertungkus-lumus, akhirnya kapal terbang itu berjaya dibaiki dan diterbangkan.

Dari situ, bermulalah satu pengembaraan yang mencabar minda dan jiwa!!

Kepada peminat2 komik, harap anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan senaskhah komik ini.

Bagi yang ingin membeli secara online, boleh klik link di bawah:

Beli Aviasi Fantasi #1

Komik ini dikeluarkan oleh Komik-M dari syarikat PTS. Klik link ni kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Komik-M:

Website Komik-M
Blog Komik-M

Ok, saper yang nak tgk preview dan ulasan berkenaan Aviasi Fantasi #1 bolehlah pergi ke link di bawah:

Preview dan Ulasan Aviasi Fantasi #1

Orait, that's all for now. Jumpa lagi di lain post. Teruskan menyokong Feeqry!! :D

Dunia Feeqry

Assalamualaikum,

Ini adalah post yang pertama. Tahniah pada diri kami sendiri. Haha.. :P

Bersempena dengan terbitnya komik debut kitaorg, iaitu AVIASI FANTASI #1, kitaorg telah membuka blog ini. Tujuannya adalah untuk:

1- mewujudkan interaksi tanpa batasan antara kitaorg dgn pembaca komik.
2- membolehkan pembaca dan peminat (ada ke? :p) mengikuti perkembangan komik AVIASI FANTASI dan komik2 kitaorg yang lain.
3- memudahkan kitaorg dpt maklum balas daripada pembaca berkenaan komik2 yang kitaorg hasilkan (setakat ni adalah dalam 2-3 :p)

Insyaallah kitaorg akan pastikan blog ni sentiasa aktif dan updated.

Teruskan menyokong Feeqry k. See ya!!