Saturday, May 12, 2012

Ada Apa Dengan Angka? :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, sudah seminggu sejak pesta buku antarabangsa menutup tirai.

Syukur, saya (Nazry) berpeluang menjejakkan kaki di sana sebanyak 3 kali. Sepanjang berada di sana, saya gembira sekali. Lebih-lebih apabila melihat pengunjung membeli hasil karya kami. Rasa riang dalam hati hanya Allah yang tahu. Seronok tidak terkata! :)

Alhamdulillah, komik Misi 10A Plus sempat diterbitkan semasa pesta buku.



Mereka yang sudah membeli komik ini boleh dianggap sebagai antara pembaca terawal, kerana komik ini belum lagi tiba di kedai-kedai buku. Mungkin dalam seminggu dua lagi. Jadi, kepada mereka yang belum memiliki komik Misi 10A Plus, harap dapat bersabar, ya! :)

Baru-baru ini, PTS mengeluarkan senarai 200 judul buku paling laku dalam pesta buku baru-baru ini. Senarai itu disusun mengikut jumlah unit yang terjual.

Alhamdulillah, lima hasil karya Afiq dan Nazry tersenarai.

4. Misi 10A Plus (hampir 1000 naskhah terjual)
17. Misi 10A
27. Misi 8A
79. Komika: Ada Apa Dengan Komik? (Novel)
110. Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat

Apa yang mengejutkan saya, komik Misi 8A sudah dua tahun terbit, namun ia berada pada kedudukan yang agak tinggi (27). Begitu juga komik Misi 10A yang sudah setahun terbit.

Alhamdulillah, syukur.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membeli dan membaca hasil karya kami! Semoga buku-buku yang kami hasilkan dapat berikan banyak manfaat. :)

Saya sangat gembira sekiranya hasil karya kami terjual banyak. Oh, oh! Adakah ini bermakna saya penggila wang? Adakah ini bermakna saya berkarya demi royalti?

Tidak sama sekali tidak. Nehi.

Semakin banyak komik terjual, semakin banyak royalti yang kami dapat. Ya, ini adalah fakta. Tetapi, saya tidak melihat dari sudut itu (ada juga sebenarnya, tetapi sekali-sekala sahaja).

Sudut pandang saya adalah, semakin banyak komik terjual, semakin ramai orang membaca karya kami. Semakin ramai juga orang boleh mendapat manfaat daripada karya kami, insya-Allah.

Kebanyakan pengkarya mahu orang ramai melihat hasil karya mereka. Sebab itulah mereka berkarya. Mereka mahu dilihat oleh semua orang, kalau boleh, mereka mahu dilihat oleh setiap pasang mata yang ada di atas muka bumi. Memang itulah fitrah manusia yang bergelar seniman, artis, pelukis, penulis dan sebagainya.

Saya juga begitu. Kalau boleh, saya mahu semua pelajar di Malaysia membaca siri komik Misi. Semua. Itulah matlamat saya. Saya akan berusaha menggapai matlamat itu, bersama-sama Afiq. :)

Semoga dipermudahkan, amin....

Wassalam.

4 comments:

  1. "Mullenweg attended the University of Houston and majored in Political Science before he dropped in 2004 to pursue a job at CNET Networks. [3] In late 2005, he quit his job at CNET Networks and founded Automattic, the business behind WordPress.com (which provides free WordPress blogs and other services), Akismet, Gravatar, VaultPress, IntenseDebate, Polldaddy, and more. His professional blog is ma.tt, a domain hack." From Wikipedia

    Sangat kagum dengan saudara berdua. Sebenarnya, jika kita minat sesuatu itu, kita tidak akan pedulikan benda yang kita tidak minat. Mengapa Bill Gates dan Mullenweg sanggup meninggalkan zaman ijazahnya semata-mata mengejar cita-citanya.

    Sebab mereka tahu, buat apa jadi kaya tapi benda tu tak minat, buat apa belajar tapi tak minat, jadi, baik teruskan dengan perkara yang diminati dan rasa seronok dengannya.

    Kerana apa?

    Kerana rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T.!!! oleh itu buatlah apa yang anda suka dan diredhai Allah. Semoga saudara berdua dan rakan penulis/pelukis lain akan sentiasa berjaya dan dirahmati Allah. Saya amat kagum dengan usaha saudara sekalian dalam menyampaikan ilmu dalam bentuk yang diminati ramai terutamanya remaja sekolah dan universiti.

    Syabas!!!

    Author/Admin of
    www.asyrani.com (Personal Web)
    www.gravslab.com (UMS Research Website - GRAVSlab)
    www.ayenet.org (Government)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe! Terima kasih banyak, Hamzah! Kau memang kacak! Kami akan terus berusaha gigih. :)

      Delete
  2. Tahniah.
    Teruskan usaha! Semoga mendapat dari usaha anda berdua. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saudara. Amin, amin. Teruskan menyokong, ya! :)

      Delete