Friday, November 26, 2010

Cara Untuk Menjadi Pelukis Hebat

Assalamualaikum,




Hai, apa khabar semua? Wahhh! Baru kelmarin update, hari ini sudah update lagi! Chargas tak? Ngeh heh! :P


Baiklah, tanpa membuang masa lagi, marilah kita terus sahaja ke topik utama pada hari ini.



Tentu sahaja ada di kalangan anda semua yang tertanya-tanya, bagaimana Afiq boleh menerbitkan komik pada usia seawal 15 tahun? Bagaimana Afiq boleh melukis dengan baik meskipun dia baru sahaja di bangku sekolah?




Mahu tahu rahsia dia?




Baiklah, saya akan mendedahkannya sekarang. Mohon pasang tali pinggang keledar ya kalian semua! Ngeh heh!


Alkisah,


Afiq sudah mula melukis sejak usia 8 tahun. Ketika itu, dia banyak meniru lukisan daripada komik Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama. Setiap hari, dia akan menghabiskan masa 2-3 jam untuk melukis dan menconteng. Banyak kertas dan buku kosong telah menjadi korban olehnya.


Dia telah menjadikan melukis sebagai hobi dan pengisi masa lapang, sehinggalah dia berusia 14 tahun. Pada ketika itu, saya dan dia berpakat untuk melukis dengan lebih serius. Sejak itu, dia mula melukis komik. Tiada lagi latihan, tiada lagi illustrasi, tiada lagi peniruan daripada komik lain. Segala apa yang telah dipelajarinya sepanjang 6 tahun yang lalu telah digunakannya untuk menghasilkan komik. Sehinggalah ke hari ini, dia tidak pernah berhenti melukis komik.



Berapa jam Afiq sudah habiskan untuk melukis? Masa untuk analisa!



Daripada 8 tahun sehingga 13 tahun, dia telah menghabiskan masa secara purata 2 jam sehari untuk melukis. Katalah seminggu dia rehat sehari. Maka,

2 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 6 tahun = 3,456 jam!



Selepas dia berusia 14 tahun, dia mula melukis komik dengan lebih serius, sehingga umurnya 15 tahun.

3 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 2 tahun = 1,728 jam!



Pada masa umur dia 16 tahun pula (tahun ini, 2010), lebih banyak masa telah dihabiskan untuk melukis komik.

4 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 1 tahun = 1,152 jam!



Maka, jumlah masa yang telah dihabiskan untuk melukis adalah ....




6,336 jam !!



Inilah rahsianya. Dia bukan genius. Dia bukan si bakat. Dia bukan manusia super. Dia hanya bekerja lebih rajin daripada orang lain.



Usahalah, insya-Allah kalian semua akan beroleh ganjarannya.

Jumpa lagi di entri yang lain. Majulah komik demi agama, bangsa dan negara.



Wassalam.



P/S:



Tahun 2004






Tahun 2010 (Nantikan komik terbaru kami ini!)


Tuesday, November 23, 2010

Gambar Bercakap Lebih Kuat Daripada Perkataan

Assalamualaikum,




Terimalah entri terbaru daripada kami, setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang serta berkulat. Ngeh heh!




1- Nantikan komik solo terbaru daripada kami. Sebuah lagi komik MISI yang mampu menaikkan semangat untuk belajar dan berjaya dalam kehidupan ... ^___^ Gambar di bawah ini menunjukkan beberapa orang watak utama daripada komik itu.





2- Seni adalah luas. Ia selalunya merujuk kepada sesuatu yang bermakna dan indah. Lukisan di bawah ini kelihatan sederhana, namun ianya sangat bermakna kepada saya. Bagi saya, lukisan ini lebih berseni berbanding lukisan-lukisan lain yang pernah saya lihat. Kalau ada orang offer nak beli lukisan ini dengan harga RM50 pun saya takkan jual. Kalau RM500000000, mungkin saya akan fikir 2 kali. Ngeh heh!






3- Kami sudah ada tablet. Kini, lebih mudah untuk saya buat kerja touch-up. Ini adalah tablet keluaran Genius yang dibeli di Cytechtron Taman Universiti dengan harga RM189. Setelah menggunakannya selama beberapa hari, apa yang boleh saya katakan adalah, SAYA BERPUAS HATI!! Ngeh heh!






4- Nantikan komik antologi terbaru daripada kami !! Pasti akan menggeletek buku lali anda dengan hebat !!





Sekian, terima kasih. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Kami akhiri entri ini dengan sepotong pantun.



Pat pat siku lepat,

Bacalah Komik-M!!



Wassalam.