Thursday, May 24, 2012

Angan-angan Adalah Percuma dan Seronok!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru-baru ini, muncul satu angan-angan dalam minda saya.

Sekiranya saya jutawan, saya akan gunakan sebahagian daripada harta saya untuk hasilkan satu cabaran. Jeng, jeng, jeng! Cabaran apakah itu?

Saya menamakan cabaran ini, Malaysian Comic Ultimate Challenge!

Begini....

10 orang pelukis akan dipilih menerusi saringan. Tiada had usia, asalkan mampu melukis komik dengan baik.

10 pelukis terpilih akan diberikan RM10,000 setiap bulan, dan mereka perlu lukis komik sebanyak 15 halaman setiap minggu. Semua komik mereka akan diterbitkan dalam majalah komik mingguan. Dalam majalah komik itu juga, ada borang undian bagi membolehkan para pembaca memilih 3 komik terbaik. Menerusi undian para pembaca,  satu ranking akan dikeluarkan.

Komik yang mendapat banyak undian akan berada pada kedudukan yang tinggi, manakala komik yang mendapat sedikit undian akan berada pada kedudukan bawah.

Mudah kata, cabaran ini sama seperti sistem penerbitan komik di Jepun! :))

Bezanya, cabaran ini diadakan selama 10 bulan sahaja (40 minggu). Pelukis yang berada pada kedudukan terakhir dalam ranking selama 3 minggu berturut-turut akan digantikan dengan pelukis lain (selain 10 pelukis yang terpilih, ada 10 pelukis lagi yang menjadi barisan pengganti).

Dengan RM10,000 sebulan, setiap pelukis mampu mengambil beberapa orang pembantu (Gaji seorang pembantu RM1500-RM2000).

Pada akhir cabaran, setiap pelukis yang berjaya hingga minggu terakhir akan menghasilkan 600 halaman, ataupun 5 novel grafik setebal 120 halaman. Dalam cabaran ini tiada menang tiada kalah. Sebab itulah ia dinamakan cabaran dan bukannya pertandingan.

Matlamat cabaran ini adalah menghasilkan komik buatan anak tempatan yang bertaraf dunia.

Wah! Seronok, bukan? Saya yakin, dengan sistem sebegini, semua pelukis yang terlibat akan berusaha menghasilkan komik yang terbaik! Mungkin boleh tandingi komik-komik popular dari Jepun dan USA.

Saya berharap saya dikurniakan rezeki bagi merealisasikan impian ini. (^_^)

Okey! 20 pelukis (10 yang utama dan 10 pengganti) yang saya bayangkan terpilih bagi menyertai cabaran ini adalah:

1. Nazry & Afiq
2. Nizam Pac
3. Ahmad Ezaddin
4. Reja
5. Ben
6. Zint
7. Irfan Foner
8. Lambok
9. Ajif
10. Kutu
11. Aie
12. Keith
13. Froggypapa
14. Bophairy
15. Oren
16. Tembakau
17. Puppeteer
18. Kromosom
19. Rambai
20. Zamzami

Okey, tamat masa berangan-angan. Masa untuk kembali bekerja! xD

Wassalam.

4 comments:

  1. Saya suka angan-angan ini,insyAllah satu hari nanti akan menjadi kenyataan..^^

    ReplyDelete
  2. amiin.. amiin..
    mohon sangat angan-angan ni jadi kenyataan !
    tak mustahil bukan..? XD
    nak sangat tengok komik-komik Malaysia berjaya hingga ke taraf dunia setanding kualiti komik-komik Jepun yang dah berjaya !

    ReplyDelete
  3. saya pernah terfikir juga perkara sebegini. tapi saya masih tidak layak untuk menyertaimya.

    ReplyDelete
  4. Kenapa POYO tak de...

    ReplyDelete