Friday, May 10, 2013

Ebook Teknik Menulis Komik - oleh Nazry Salam




Ebook Teknik Menulis Komik kini mula dijual!


Tajuk: Teknik Menulis Komik
Penulis/Pelukis: Nazry Salam
Jumlah Halaman: 124
Saiz: 12.5 MB


Harga:
RM18 (Harga asal)
RM15 (Bagi pelukis komik dakwah)
RM12 (Bagi pelajar sekolah dan universiti)


Mereka yang berminat boleh hubungi saya menerusi alamat emel nazrysalam@hotmail.com


Secara keseluruhan, ebook ini dipecahkan kepada 10 tajuk utama, iaitu asas komik, idea, struktur komik, plot, tip menulis cerita, graf, watak, interteks, bahasa komik, dan inspirasi.


BONUS: Dilampirkan juga 'name', manuskrip asal, dan dialog keseluruhan bab 1 Misi 10A: Finale sebagai rujukan pembaca!


Banyak pelukis komik mampu melukis dengan cantik, namun bermasalah dalam aspek penulisan cerita. Insya-Allah, mudah-mudahan ebook ini dapat menaikkan bar kemahiran penulisan cerita sekaligus menyeimbangkan kemahiran menulis dan melukis!


Jadikan ebook ini sebagai pelaburan terhadap diri sendiri!


Trivia: Nazry Salam adalah penulis novel remaja, novel grafik, dan skrip animasi. Setakat ini, beliau sudah menerbitkan lebih 10 buah buku. Trilogi novel grafik Misi 8A, Misi 10A, dan Misi 10A Plus adalah hasil penulisannya yang paling berjaya setakat ini. Ketiga-tiga judul itu sudah dicetak lebih 50,000 unit.

Saturday, February 9, 2013

Penutupan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kadang-kala, kita tidak terperasan kesalahan diri sepertimana kita sering terlihat kesalahan orang lain. Dan, apabila orang menepuk bahu kita dan menyedarkan akan kesalahan yang dilakukan, barulah mata terbuka luas, namun tekak menelan pahit. Akan tetapi, pahit itu adalah ubat. Perlu ditelan sebelum bertambah parah keadaan.

Tujuan asal saya menulis blog adalah untuk berkongsi ilmu saya yang secetek lopak air hujan. Akan tetapi, apabila jari bergerak pantas menulis perkongsian, kadang-kala terlupa, hati ini boleh dicemari noda hitam lagi menghitamkan.

Lantas, keputusan menutup blog ini adalah sebaik-baiknya. Sepertimana saya membuat keputusan tidak lagi berkongsi ilmu di FB. Kedua-dua tindakan ini bersumberkan harapan yang sama; supaya saya tidak terus-menerus perasan diri ini seorang yang tinggi ilmu.

Jutaan terima kasih kepada lebih 700 pengikut yang mengikuti blog Dunia Feeqry. Anda semua terbaik! Mohon maaf sekiranya terdapat salah kata dan silap bicara sepanjang blog ini aktif. Semoga anda dan saya dirahmati oleh Allah Taala.

Assalamualaikum.

Nazry

Monday, January 21, 2013

Tempahan baju-T Misi 10A


Assalamualaikum.

Dengan ini, tempahan bagi baju-T Misi 10A dibuka sekarang! Sekiranya berminat, mohon hantarkan pesanan ke page rasmi Afiq & Nazry ataupun alamat emel, seperti yang tertera di dalam poster di atas.

Secara ringkas, di bawah ini adalah maklumat berkenaan baju-T Misi 10A:
  • 100% cotton dengan kain high grade
  • Rekaan bersaiz A4, dua warna, hadapan baju sahaja
  • Rekaannya bertulis: Misi 10A Berjuang hingga titisan dakwat terakhir!
  • Ada semua saiz, daripada S ke XL
  • Sesuai dipakai semasa mengulangkaji pelajaran ataupun di kelas tuisyen
  • Baju ini edisi terhad; tidak akan ditemui di mana-mana kedai

PROMOSI ISTIMEWA! 
15 pembeli terawal mendapat harga istimewa, RM30.

Tempah sekarang! :)


Thursday, January 17, 2013

Cara Menghantar Proposal/Manuskrip Komik kepada Komik-M

Assalamualaikum.

Hai, hai! Alhamdulillah, dengan izin-Nya, dapat kita bertemu semula dalam tahun 2013, tahun yang serba baru ini. :)

Saya sering menerima soalan ini daripada para pelukis muda yang bersemangat tinggi:


  • Bagaimana cara untuk hantar proposal/manuskrip komik kepada Komik-M?
Okey, seluruh entri ini akan saya gunakan bagi menyelesaikan soalan ini secara komprehensif. Ehem! Dengar baik-baik, ya.

Cara untuk hantar proposal ataupun manuskrip komik adalah... dengan menghantar emel kepada alamat ini: ptspop (@) pts.com.my.

Ya, begitu sahaja!

Buka emel, masukkan alamat emel di atas pada bahagian penerima (buang kurungan dahulu), masukkan Subjek (contoh, Proposal Komik bertajuk sekian sekian), karang emel cantik-cantik (mohon gunakan bahasa manusia, bahasa alien tidak dibenarkan!), attach fail proposal ataupun manuskrip, baca Bismillah, dan tekan Send! 

Mudah, mudah, mudah, bukan?

Lihat! Siapa kata perlu jumpa editor? Adakah terpengaruh dengan komik Bakuman? :P

Perlu faham, editor adalah manusia yang benar-benar sibuk. Mereka ada pelbagai tugasan di pejabat. Mereka perlu mengedit komik, membuat layout, membuat kerja-kerja filing, dan banyak lagi! Saya tahu, isteri saya bekas editor di PTS.

Jadi, sekiranya setakat mahu hantar proposal ataupun sampel komik, tidak perlulah bersusah payah datang ke pejabat PTS. Boleh memang boleh, tetapi saya tidak galakkan. Melainkan tuan editor nyatakan hasrat untuk berjumpa, barulah datang ke pejabat. Sekiranya tidak, berurusan sahaja menerusi emel. Bukankah lebih mudah, efisyen, dan efektif? :)

Untuk pengetahuan, saya dan Afiq hanya berjumpa editor selepas komik Aviasi Fantasi #1 terbit. Proposal, manuskrip, dan sebagainya, semua itu kami hantar menerusi emel. 

Oleh itu, bagi mereka yang masih tidak tahu cara bagi menghantar proposal komik kepada Komik-M, dan penerbit buku lain, entri ini adalah jawapannya.


Gunakan Internet sebaik-baiknya.

Wassalam.