Tuesday, December 20, 2011

Anugerah Peminat kepada Feeqry! ^_______^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga para pembaca sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah Maha Besar. 


Hari ini, saya mahu bercerita fasal 2 anugerah yang kami terima daripada pembaca komik kami. 

Anugerah pertama adalah lukisan yang sangat cantik daripada saudari Amirah Max. Beliau sanggup datang ke Mid Valley bersama ibu beliau semata-mata mahu bertemu dengan saya. Terima kasih banyak-banyak! Semoga saudari beroleh banyak manfaat selepas mendengar talk yang saya sampaikan tempoh hari.  Teruskan menyokong kami, ya! ^_________^




Anugerah kedua datangnya daripada Adik Irfan Zalaruddin. Beliau memilih komik Misi 10A sebagai komik terbaik manakala Kelab Da Vinci sebagai novel terbaik yang dibacanya pada tahun 2011. Terima kasih, Adik Irfan! Teruskan membaca komik Feeqry, ya! ^______^



Mungkin bagi sesetengah orang, kedua-dua perkara ini seperti tiada apa-apa. Tetapi, perkara-perkara inilah yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkarya. Teruskan menyokong kami, insya-Allah kami akan terus hasilkan komik yang terbaik untuk tatapan kamu semua!

Terima kasih! ^____________^

Wassalam.

Sunday, December 11, 2011

Perihal berkenaan melukis KOMIK!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hai, hai! Apa khabar? Seronok tak lihat blog ini semakin aktif?



FEEQRY IS STILL ROCKIN, YEAH!




Hari ini saya mahu bercakap fasal komik... lagi. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan inspirasi kepada semua pelukis muda yang baca blog ini, amin.... (^_____^)b


Saya dapati ramai pelukis muda mahu cuba terbitkan komik, walaupun usia mereka terlalu muda dan masih lagi bersekolah. Alasannya?  Kerana Afiq terbitkan komik pertama semasa tingkatan 3.

Ini sebenarnya satu perkembangan yang baik. Semakin hari semakin ramai generasi muda mahu menceburkan diri dalam bidang komik. Golongan inilah yang kelak akan mewarnai industri komik tanah air, insya-Allah.

Jadinya, saya mahu berikan sedikit panduan kepada barisan pelukis muda ini, supaya mereka lebih tahu dan faham berkenaan komik. Supaya mereka lebih yakin jalan yang mereka pilih. Supaya mereka boleh bertanya soalan yang betul. Supaya mereka boleh bina keyakinan diri dan selanjutnya menjadi seorang pelukis sejati.

* * *

1. Melukis Komik != Melukis Ilustrasi/Karikatur/Potret/Lanskap

Sekiranya anda pandai melukis potret, bukan bermakna anda sudah melepasi syarat bagi menjadi pelukis komik. Potret adalah satu cabang seni, manakala komik pula adalah cabang seni yang lain. Berlatih melukis potret tidak akan meningkatkan skil anda dalam melukis komik, dan sebaliknya juga.

Sekiranya mahu tingkatkan skil melukis komik, banyakkan berlatih melukis komik.


2. Tanya diri sendiri: Anda seriuskah mahu jadi pelukis komik?

Cuba tanya diri anda soalan ini: "Aku seriuskah mahu jadi pelukis komik?"

Sekiranya anda menjawab:
A. Entahlah/Tidak tahu/Agaknya/Mungkin/50-50 - Simpan semua alatan melukis dan tumpukan perhatian kepada pelajaran. Jangan buang masa melukis berjam-jam sehari tetapi tiada hala tuju.
B. Ya, aku serius! - Ini langkah pertama menjadi seorang pelukis komik. Sekiranya anda sudah serius mahu jadi pelukis komik, maka anda perlu juga serius melukis komik. SERIUS, bukan main-main.


3. Belajar melukis komik dengan serius

Melukis komik bukan semata-mata melukis manusia. Melukis komik memerlukan anda melukis:
A. Bangunan
B. Haiwan
C. Lanskap
D. Kenderaan
E. Pakaian
F. Dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda mahu belajar melukis komik, anda juga perlu belajar melukis manusia, rumah, kereta, pokok, hutan, gunung, baju, seluar jean, pasar, laut, permaidani, sofa dan semua yang ada di sekeliling anda.

Seorang pelukis bukan semata-mata melukis berdasarkan imaginasi, tetapi juga visi! Lukis apa yang anda lihat! 

Sekiranya mahu lukis bangunan, pergi ke pekan/bandar, tangkap gambar bangunan dan lukis berdasarkan gambar itu. Sekiranya tiada kamera, pergi sahaja ke Google, taip kata kunci 'building', pilih option Image dan cari gambar bangunan yang sesuai. Save gambar yang dipilih dan lukis berdasarkan gambar itu.

Itulah cara yang Afiq gunakan bagi melukis bangunan dalam komik Aviasi Fantasi.


4. Melukis komik kerana minat, dan bukan kerana mengejar wang dan populariti

Sekiranya mahu kaya, jadi ahli perniagaan. Sekiranya mahu popular, jadi pelakon/penyanyi. Menjadi pelukis komik langsung, diulangi, langsung tidak menjamin wang dan populariti. Industri komik di Malaysia masih kecil berbanding negara luar. Jadi, janganlah terlalu berharapan tinggi, selepas habis sekolah, terus sahaja mahu melukis komik sepenuh masa. Fikir dua kali.

Melukis komik langsung tidak semudah membacanya.

* * *

Sekian sahaja untuk hari ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada yang membaca. Selamat melukis dan jumpa lagi dalam entri seterusnya! (^___^)v


Wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

Bahana Facebook!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga anda semua sentiasa ceria dan tersenyum seperti keli --> (^________^)


Hari ini saya mahu membebel sedikit. Sedikit sahaja, tidak banyak. Sekiranya membebel banyak sangat, nanti semua orang akan klik 'unfollow' dan terus pergi ke blog lain. Itu adalah tidak berapa bagus. Baiklah, mari kita tegak ke titik (straight to the point).

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai rakan-rakan saya daripada kalangan pelukis, sangat cergas dan aktif berFB atau bermukabuku. Mereka berusia belasan tahun, muda dan berbakat besar! Tetapi, saya lihat semakin lama mereka semakin jarang upload lukisan di FB, sebaliknya hanya banyak upload status baru. Ini.... agak mengecewakan saya, kerana saya berharap mereka semakin maju.

Saya hairan....



DI MANAKAH SEMANGAT KAMU SEMUA, ANAK MUDA!? DI MANA IA MENGHILANG?



BerFB sahaja tidak akan sesekali memantapkan skil melukis kamu semua. Sesekali buka FB bagi mencari inspirasi, tiada masalah. Tetapi sekiranya bangun tidur sahaja terus buka FB hingga malam, ia adalah kurang bagus sedikit.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai publish komik. Kalau setakat melukis saja-saja tanpa ada sebarang kemajuan ataupun tujuan, ia membuang masa sahaja. *Tiba-tiba saya terfikir untuk adakan pertandingan melukis dengan hadiah menarik. ;))*

Jadi, kepada anak-anak muda yang sedang bercuti sekolah ketika ini... semata-mata berFB, main game,  menonton anime, membaca komik, tidak akan membuatkan kamu semua menjadi manusia hebat.

Baiklah, sekian sahaja bebelan saya. Sekiranya ada yang tersinggung, mohon maaf, ya! Akhir kata, stop dreaming, go out there and catch your dreams!



K Bye, wassalam!


Saturday, December 3, 2011

Akhirnya, entri baru! xD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?



Fuh.... Ehem.....



FEEQRY MUNCUL KEMBALI! ^____________^



Alkisahnya, Afiq baru sahaja tamatkan SPM, alhamdulillah. Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, Afiq terpilih bagi menyertai PLKN pada tahun hadapan. Jadi, dijangka dia akan bertolak ke kem PLKN pada bulan Januari 2012.

Namun....



NAMUN!



Selepas Afiq membuat semakan, rupa-rupanya dia akan sertai batch kedua yang akan bermula pada bulan 3 ataupun 4!

Yeah! Jadinya, maknanya, ertinya, kami boleh hasilkan satu lagi komik sebelum dia menghilang selama 3 bulan! ^_____^

Insya-Allah kami akan mulakan kerja melukis komik dalam masa terdekat. Tajuknya? Rahsia! Tetapi saya beri satu hint. Pada tajuknya ada perkataan MISI.



Hehe.



Okey, jumpa lagi semua!

Wassalam.



p/s: Di bawah ini adalah paparan eksklusif kaver komik Ali & Tuah: Sarang 4 Penjahat. Yippie! xD


Saturday, August 20, 2011

Tuah & Ali

Assalamualaikum dan Salam Ramadan.

Apa khabar? Semoga kalian semua sentiasa sihat dan ceria di bulan yang mulia ini.

Alhamdulillah, semalam (19 Ogos 2011) saya sudah pun menghantar manuskrip komik terbaru kepada tuan editor Komik-M. Semoga komik kami segera terbit dan menemui para pembaca yang dimuliakan. Kami berharap komik ini dapat diterima dengan baik oleh semua pembaca komik kami.

Kredit kepada: Aman Wan, Akulangit, Foner, Pac, Paan, Mulo, Reja, Hazwan, 
Amen codai, Ezzat, Lavendra & Azhar Abdullah.


Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, saya dan Afiq akan berhenti melukis buat sementara waktu. Afiq mahu menumpukan seluruh perhatiannya kepada pelajaran. Begitu juga dengan saya. Insya-Allah saya akan menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi, dan saya mengharapkan doa daripada kalian semua.

Blog ini mungkin akan lebih bersawang selepas ini. Harap maaf ya. Sekiranya mahu tahu perkembangan diri kami, bolehlah add kami di FB (pastikan perkenalkan diri dahulu, ya).

Sekian, terima kasih banyak atas segala sokongan kalian selama ini. Saya dan Afiq benar-benar menghargainya. Teruskan menyokong komik tempatan. Sekiranya bukan kita yang menyokong, siapa lagi?

Selamat menjalani ibadah di bulan mulia ini. 

Wassalam.

Friday, July 22, 2011

Mengapa Kami Hentikan Siri AF?

Assalamualaikum.


Hei, hei, lama tidak bertemu. Rindu? :">


Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya akan menjelaskan kepada kalian semua, sebab dan musabab tercetusnya status FB saya dan Afiq berkenaan penamatan siri komik Aviasi Fantasi.




Baru-baru ini, kami menerima cek royalti pertama sejak berkarya bersama Komik-M. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Pemurah.

Kami berterima kasih kepada unit Komik-M, PTS Pop dan PTS kerana sudi memberikan peluang kepada kami menerbitkan komik. Jasa kalian tidak akan kami lupakan selamanya.

Terima kasih kepada para pembeli dan pembaca yang sanggup mengeluarkan sebahagian wang demi mendapatkan komik kami. Kami benar-benar berterima kasih.




Bersama dua cek yang tertera nama saya dan Afiq, turut disertakan penyata royalti yang memaparkan pengiraan lengkap bagi royalti yang diterima. Pada pengiraan itu, ada disenaraikan beberapa maklumat berangka, seperti jumlah cetakan, jumlah buku yang dipulangkan, dan baki stok.

Baki stok adalah jumlah buku yang masih tersimpan di dalam stor.

Kami mendapati, jumlah baki stok bagi komik Aviasi Fantasi #1 dan #2 lebih daripada 10,000.

10,000.

Kami tidak sanggup menghadapi nombor yang banyak itu. Maka, kami bercadang menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi buat sementara waktu, bagi mengelakkan daripada stor PTS dipenuhi dengan siri komik itu. Juga, bagi mengelakkan daripada buku-buku itu dilupuskan :')




Komik Aviasi Fantasi adalah masterpiece kami setakat ini. Kami ambil masa 8 bulan bagi menyiapkan siri pertama, dan 6 bulan bagi menyiapkan yang kedua. Namun, ia tidak terjual.

Kami kecewa. Namun, kami tidak menyalahkan takdir. Kami tidak lagi menyalahkan pihak jualan. Kami pastinya tidak boleh menyalahkan pihak Komik-M yang begitu berdedikasi memperjuangkan hak-hak semua komik terbitannya.

Ia adalah salah kami sendiri.

Kami belum cukup bagus.

Kami sudah bertekad, kami akan menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi selama 2 tahun. Sekiranya siri 1 dan 2 dilupuskan, kami akan hasilkan nombor 3 dan itulah penamatnya.

Kepada sekalian peminat siri komik Aviasi Fantasi, maafkan kami ya!




Namun, jangan risau ya, kalian semua. Kami akan terus berkarya, dan tidak akan sekali-kali kami menarik diri daripada arena yang penuh mencabar ini, walaupun sebelah kaki. Teruskan menyokong kami, dan kami akan terus memberikan yang terbaik, insya-Allah.

Komik terakhir kami pada tahun ini adalah komik bertajuk Pengembaraan Ali dan Tuah: Sarang 4 Penjahat. Selepas siap, kami akan berhenti melukis selama beberapa bulan bagi memberi ruang kepada Afiq menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Ya, Afiq masih lagi seorang pelajar sekolah, sekiranya ada yang terlupa. Dia bakal menghadapi SPM pada hujung tahun.





Selepas tamatnya SPM, Afiq bakal menjalani program latihan khidmat negara (PLKN). Sudah pasti dia akan pergi, kerana dia tidak mahu masuk ke dalam penjara akibat mengingkari arahan kerajaan. Maka, sekali lagi, keadaan tidak mengizinkan kami berkomik.




Maka, selepas ini, Feeqry akan berehat panjang. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun. Namun, jangka masa itu bukanlah masa bagi kami tidur. Tidak sama sekali. Tidak.

Kami akan membuat 'comeback'. Kami akan jadi lebih hebat. Kami akan hasilkan komik yang jauh lebih mantap.

Nantikan.

Nantikan juga komik terbaru kami, Pengembaraan Ali & Tuah: Sarang 4 Penjahat. Ia adalah komik terbaik yang pernah kami hasilkan. Kami sendiri tidak sabar-sabar menanti saat komik ini diterbitkan.




Sekian sahaja, semoga kita bertemu lagi. Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang!



Wassalam.

Saturday, July 2, 2011

Naga, Tikus dan Sumpah-sumpah (~__~)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang baik hati sekalian! xD



Buat pengetahuan semua, komik terbaru kami sudah siap 80% !! Alhamdulillah !! ^________^ Doakan supaya kami berdua dapat menyiapkannya dengan cemerlang dan terbaik ya !!



Sebagai santapan mata, terimalah preview komik baru kami ini !! xD












Teruskan menyokong kami !! Jangan lupa mendapatkan komik Misi 10A dan novel Kelab Da Vinci ya !!



Wassalam.

Saturday, June 25, 2011

Dewan Siswa Keluaran Mei dan Jun !! ^___^

Assalamualaikum,


Jangan lupa dapatkan majalah Dewan Siswa keluaran bulan Mei dan Jun ya !! ^_____^




(Maaf gambar senget T____Technical problem sedikit... Haha T.T)


Komik Cikgu Heri Cikgu Bestari sudah sampai siri ke 12 !! Terima kasih atas sokongan para pembaca !! Korang memang terbaik !! ^________^



Antara isu yang dikupas dalam siri 9 hingga 12 adalah:

- Komik motivasi
- Pemain MP3
- Cuti Sekolah
- Lampu siling automatik


Dapatkan segera ya !! Terima kasih !! Teruskan menyokong kami !!



Wassalam.



p/s: Terima kasih kepada emak yang baik hati kerana sudi mengepos naskhah majalah DS ke rumah !! ^_______^

Wednesday, June 22, 2011

Persoalan Mengenai Alatan Melukis

Assalamualaikum,



Bertemu lagi kita di blog yang serba indah ini. Yoohoo!!!! xD



Baiklah, kali ini adalah sesi menjawab soalan lagi. Namun, soalan-soalan yang dipilih adalah berkaitan dengan alatan melukis. Maka, bagi para pelukis yang baru berjinak-jinak dalam bidang melukis komik, entri ini adalah sesuatu yang perlu kalian baca, wokeh?????



Soalan pertama, "Di manakah kami membeli pensil lead biru dan pen berus?"

Kami beli kedua-dua alatan itu di Selangor, atau lebih spefisik lagi di Jusco Cheras Selatan Kajang. Saya pasti alatan-alatan itu boleh ditemui di tempat lain, namun itulah tempat yang paling mudah dicari kerana ia dekat dengan rumah isteri *ehem ehem :">* saya.

Di JB?

Maaf diucapkan, kami sudah round satu JB namun tidak ketemu. Kedai Alat Tulis Rainbow di Taman U, POPULAR City Square, Badan Cemerlang Angsana, kesemua kedai ini tidak menjual lead biru dan pen berus. Maka, sekiranya kalian ingin membelinya, kalian terpaksa pergi ke Selangor atau KL. Bertabah ya!!

Kelebihan menggunakan lead biru (Pilot Color Eno) semasa melakar adalah, garisan lakaran pada manuskrip tidak perlu dipadam sebelum scan kerana ianya akan difilter oleh scanner. Woohooo!!!



Kalian tahu, betapa peritnya memadam garisan lakaran menggunakan pemadam getah pada beratus-ratus muka surat manuskrip??? Menguji kesabaran, tahu???? *tiba-tiba emo akibat terkenang masa lampau yang agak terlalu perit*

Namun kini, alhamdulillah, sudah tidak perlu lagi memadam. Selepas discan dan adjust setting "Brightness & Contrast", semua garisan lakaran akan terus menghilang dan kerja touch-up dapat dilakukan dengan mudah sekali. Sebelum ini, saya habiskan masa selama sejam untuk touch-up satu muka. Sekarang, tidak sampai 10 minit. Bayangkan, berapa banyak masa dapat dijimatkan :D

Satu lagi, tanpa memadam garisan lakaran menggunakan pemadam, kualiti garisan inking akan dikekalkan. Kadang-kala, apabila memadam garisan lakaran terlalu kuat, ia akan merosakkan atau mencacatkan sedikit garisan inking. Kini, tidak lagi! ^_____^

Walaupun harganya agak mahal, iaitu satu lead itu berharga lebih kurang 60 sen, namun ianya berbaloi. Bagi sesiapa yang ingin mencuba lead biru, berusaha mencari sehingga dapat ya!!

Apa pula kelebihan menggunakan pen berus?


Ini, saya akan bincangkan dalam entri yang lain kelak, insya-Allah....



Soalan kedua, "Perisian apakah yang digunakan untuk touch-up dan apakah jenis scanner yang digunakan untuk scan manuskrip?

Bagi soalan pertama, saya menggunakan perisian PAINT.NET , iaitu sebuah program mengedit foto yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia agak sukar digunakan dan jangan harap ia sebaik Adobe Photoshop. Namun, saya sudah menggunakan perisian ini sejak 3 tahun lalu, dan saya sudah terbiasa. Belum ada perancangan untuk bertukar kepada perisian lain.

Scanner yang digunakan pula adalah jenama Canon ScanLide 25, iaitu sebuah USB scanner yang tahan lasak dan best! Harganya pun agak berpatutan juga. Saya sudah scan lebih 500 muka manuskrip menggunakan scanner itu. Setakat ini, tiada masalah, alhamdulillah... :D


Baiklah, sekian sahaja buat masa ini. Jumpa lagi di entri yang seterusnya, insya-Allah.



Teruskan menyokong kami !! ^________^ Wassalam.

Monday, June 20, 2011

Cara Menulis Proposal Komik-M


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,



Sejak saya dan Afiq menerbitkan komik kami yang pertama, iaitu Aviasi Fantasi #1, sudah beratus kali kami menerima pertanyaan berikut:



1. Bolehkah saya berkarya dengan Komik-M?
2. Bolehkah Komik-M menerima karya saya?
3. Bagaimana cara untuk menerbitkan komik dengan Komik-M?
4. Bagaimana cara untuk menghantar komik ke Komik-M?
5. Bagaimana cara untuk menulis proposal komik?

.
.
.

100. Selepas saya menghantar karya saya kepada Komik-M, bolehkah Komik-M pos cek terus ke rumah saya yang beralamat sedemikian ... ? (Baiklah, ini soalan buat-buat...)





Baiklah, saya akan cuba membantu kalian menjawab semua soalan ini, agar tiada lagi kekeliruan selepas ini. Okey? ^_________^



Pesopol, (<--Sesiapa yang boleh teka maksud perkataan ini, akan diberi hadiah yang berupa pujian melangit)



Mari kita lihat setiap soalan yang saya senaraikan di atas. Sebagai salah seorang pengkarya Komik-M, saya akan cuba menjawab setiap satu soalan dengan penuh serius, mengikut pengalaman dan pengetahuan saya yang sangat terhad. Sekiranya ada di antara jawapan saya kurang tepat atau silap, mohon ampun dan maaf ya!



Yosh!! xD



Soalan 1: Bolehkah saya berkarya dengan Komik-M?

Jawapannya, boleh! Dengan syarat, kalian mampu melukis komik dengan baik. Melukis komik dengan baik bermaksud, kalian boleh hasilkan sebuah komik dengan lukisan yang cantik dan jalan cerita yang kukuh.



Soalan 2: Bolehkah Komik-M menerima karya saya?

Ya, boleh juga! Namun perlu diingat, sebelum menghantar karya, perlu hantar proposal kepada Komik-M terlebih dahulu. Hanya selepas editor Komik-M beri 'lampu hijau', barulah kalian boleh hantar karya atau manuskrip.

Satu lagi perkara yang perlu diingat, karya kalian perlulah mematuhi tiga kriteria ini:

- Bercirikan Malaysia
- Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi
- Patuh pada Syariah

Bercirikan Malaysia bermaksud, latar belakang cerita, pakaian watak, budaya, pemakanan dan sebagainya perlulah berdasarkan masyarakat di Malaysia. Jangan pula lukis komik dengan latar belakang KLCC, namun nama watak pula seperti Neko-chan, Fujiwaraya Animotobesar, John Travoltron dan lain lain. Itu sangat tidak kemalaysiaan, ya!

Menggunakan BMT, bermaksud dialog perlu ditulis menggunakan bahasa Melayu yang betul dan penuh. Jangan pula guna dialog sebegini di dalam komik:

Fujiwaraya Animotobesar: Hye, nk bwt perw pas nierw ewr?
Neko-chan: Kitew mkn anginw smpew kewmbung lewwwww....
John Travoltron: Kewlll... Kawaiii!!!! xD

(T______T) Mohon jangan!!!! Saya sudah hampir menangis di sini kerana tidak sanggup menulis ayat dialog seperti di atas!!!!!! DX

Akhir sekali, patuh syariah bermaksud segala apa yang kita sampaikan dalam komik tidak menyalahi ajaran Tuhan. Bermakna, jangan lukis watak utama wanita yang berpakaian tidak senonoh, atau ada watak-watak yang melakukan perkara haram dan tidak sepatutnya dibuat. Jangan buat itu semua. Sekali lagi, JANGAN!

Katakanlah, ada orang yang degil atau tidak tahu, dia ada lukis sesuatu yang tidak elok dan dilarang dalam agama. Al-kisah, komik itu pula diterbitkan sebanyak 10 000 unit, dan semua komik itu terjual. Maka, bayangkan apa akibatnya. Selagi komik itu dibaca dan membuatkan pembacanya lalai atau mengikut teladan yang buruk, maka selagi itulah pelukisnya mendapat dosa.

Perkara ini sangat penting. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita sampaikan. Maka, sampaikanlah perkara yang baik-baik dan dibenarkan oleh agama. Faham adik-adik? ^___^



Soalan 3: Bagaimana cara untuk menerbitkan komik dengan Komik-M?

Cara atau procedur bagi menerbitkan komik adalah seperti berikut:

1. Berlatih melukis sehingga mencapai tahap yang meyakinkan

2. Membaca banyak buku (yang baik-baik sahaja), menonton banyak cerita/filem (yang baik-baik sahaja) dan merantau ke banyak tempat, sehinggalah kalian mampu mencipta idea, konsep dan jalan cerita. Idea perlu segar, baru dan berinovasi. Namun perlu disebutkan di sini, 'baru' bukan bererti baru 100%. 'Baru' bermaksud, pengubahsuaian sesuatu yang lama sehingga ia menjadi baru. :D

3. Ada niat untuk menerbitkan komik, disertai dengan tekad dan dedikasi bersama semangat juang yang tidak mengenal erti kalah. Jika kalian tiada kesemua yang disebut di atas, maka sila .... (isi tempat kosong)

4. Tulis proposal cantik-cantik dan hantar ke komik-m (@) pts.com.my (mohon buang kurungan)

5. Bersabar, bersabar dan bersabar. Tunggu tuan editor balas emel, dan jangan terlalu tekan mereka. Digalakkan follow-up setiap seminggu atau dua minggu. Jangan hubungi mereka pada hari Sabtu atau Ahad, mereka pun mahu berehat juga. Paling penting, hormati mereka.

6. Jika editor tidak bersetuju dengan proposal, ubah suai semula proposal dengan hati terbuka, sebelum hantar semula buat kali kedua. Jika tidak diterima juga, maka mohon kembali ke langkah 1. Sekali lagi, dengan hati yang terbuka. Kerana apa???????

KERANA PELUKIS KOMIK SEJATI AKAN SENTIASA MENERIMA KRITIKAN DENGAN HATI YANG LUAS TERBUKA!!!!! XDXD

7. Jika diterima, syukur Alhamdulillah. Boleh mula melukis komik. Lukis dengan konsisten sehingga siap, dan hantar kepada editor.

8. Bersabar, bersabar dan bersabar lagi. Proses editing, layout, cover, pencetakan dan sebagainya sangat memakan masa. Selalunya komik akan diterbitkan 2-3 bulan selepas manuskrip dihantar. Jadi, jangan pula setiap hari menghantar emel kepada editor bertanya, "Bila buku saya akan terbit???" Bersabar ya adik-adik!

9. Sebaik komik telah terbit, syukur Alhamdulillah. Bukan semua orang mampu menerbitkan komik. Bolehlah mula fikirkan proposal bagi komik seterusnya pula. Pada masa yang sama, komik yang sudah terbit perlulah dipromo secara habis-habisan, mengikut jalan dan cara yang betul. Buatlah page, blog atau apa-apa media elektronik yang ada. Kemon man, melukis komik bukan sekadar satu bidang kerjaya! Ianya adalah perjuangan!!!!



Soalan 4: Bagaimana cara untuk menghantar komik ke Komik-M?

Ini adalah soalan yang paling mudah. Ada beberapa cara yang digunakan bagi menghantar karya atau komik atau manuskrip ke Komik-M:

- Pos ke pejabat PTS (Jangan lupa lekat setem!)
- Emelkan ke alamat emel editor (Yang ini perlukan talian internet yang agak cemerlang)
- Hantar terus ke pejabat PTS (Jangan lupa bawa manuskrip dan pisang goreng!)



Soalan 5: Bagaimana cara untuk menulis proposal komik?

Ada beberapa perkara perlu dimuatkan ke dalam proposal:


1. Sinopsis cerita lengkap, bukan blurb atau ringkasan cerita. Pastikan kalian karang cerita yang penuh, daripada A sampai Z.

Jangan pula letak soalan yang membuatkan editor berteka-teki, seperti, "Apakah yang akan terjadi kepada Neko-chan dan John Travoltron? Dapatkah Fujiwaraya Animotobesar menyelamatkan mereka daripada bencana yang sungguh besar itu???????? Sekiranya kalian buat juga seperti itu, nescaya kalian pula yang akan berteka-teki, bilakah editor akan membalas emel proposal kalian?


2. Rekaan watak utama. Lukis beberapa watak utama dengan full-figure dan beberapa pose yang lain.

Sertakan biografi, seperti nama penuh, ketinggian, berat, hobi, kekuatan, kelemahan, ciri-ciri dan sebagainya. Tulis dengan lengkap, agar pihak editor boleh mengenali watak utama kalian.


3. Masukkan juga latar belakang cerita, seperti lokasi yang sering digunakan dalam cerita komik kalian. Ya, benar. Ini juga perlu. Melukis komik bukan bermakna melukis watak manusia semata-mata. Kalian juga perlu melukis latar-belakang!!!!

Apa maksud latar belakang?

Bangunan, pokok, sekolah, rumah, kenderaan, lanskap, taman bunga, suasana sibuk, suasana romantik, dan macam-macam lagi.

Jadi, kepada yang sudah mahir melukis watak, berlatihlah pula melukis latar belakang. Ianya berbaloi, percayalah!


4, Sampel komik juga perlu disertakan. Ini penting bagi editor menilai kemampuan kalian melukis komik. Jadi, sebelum hantar proposal, lukislah satu dua muka surat bagi memudahkan kerja editor.

5. Biodata diri dan portfolio adalah bonus. Sekiranya kalian ada pengalaman melukis komik, pernah menerbitkan komik dengan mana-mana penerbit yang diiktiraf, insya-Allah proposal kalian akan lebih mudah diterima.



Baiklah, sekian sahaja buat masa ini. Insya-Allah sekiranya ada kelapangan, saya akan berkongsi lagi tips dan teknik bagi menghasilkan dan menerbitkan komik.



Kalau ada soalan, tanya sahaja okey! Malu bertanya sesat jalan dan no harm trying!



Jumpa lagi, teruskan menyokong kami!!!!



p/s:


Nantikan komik terbaru kami !! Dilakar menggunakan pensil lead biru, diinking dengan berus dan ditambah tone secara manual !! ^___________^



p/s/2:




Buat inspirasi, inilah meja melukis Afiq.



Wassalam.

Saturday, June 11, 2011

Novel Khas Untuk Para Pelukis !! xD


Assalamualaikum...





Mempersembahkan....





KELAB DA VINCI !!










Sebuah novel yang ditulis khas untuk para pelukis !!





Dapatkan ya !! ^______________^




Wassalam.


Tuesday, May 24, 2011

Debut kami di Majalah Gempak ^______^



Assalamualaikum,









Alhamdulillah, akhirnya.... ^________^ Ia bagaikan impian menjadi kenyataan. Kami akan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat, gigih dan gilang gemilanggg!!!




YAHOOOO!!!!!




Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan Afiq selama ini !! Korang rocks !! ^______^




Sekian sahaja, terima kasih, teruskan menyokong kami !!


Wassalam.





p/s: Komik MISI 10A adalah komik yang paling banyak terjual semasa pesta buku baru-baru ini. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah membelinya! ^______^





p/p/s: Saya (Nazry) telah berkahwin! \(^o^)/





Bye!

Tuesday, May 17, 2011

Teaser Komik Terbaru!


Assalamualaikum,






Mempersembahkan...






Teaser komik terbaru kami....







Jeng jeng jeng....








Jeng....










JENG!!!!!!!!!!!!!!




























Baik, itu sahaja teasernya!! :))








Komik ini sudah siap 60 muka surat. Namun, proses pembikinan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana pelukisnya sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.







Sekian, terima kasih!!



Wassalam.

Wednesday, May 4, 2011

Tempat kerja baru !! xD


Assalamualaikum,



Apa khabar kepada semua pembaca blog sekalian? Terima kasih kerana sudi buka dan baca blog ini! ^___________^



Kalian terbaik! <3 <3 <3 <--- ini adalah 'love' dan bukan buah pic



Baiklah, dalam entri kali ini, kami ingin mempersembahkan 'studio' kami yang sudah diupgrade sedikit. Saksikanlah !! ^___________^







Malahan semalam, 'studio' kami ini telah dipasang sebuah penghawa dingin !! :O



Mengejutkan bukan?? Sangat seronok kerana bilik kecil ini sudah menjadi sangat sejuk dan selesa !! \[^o^]/



Semoga penambahbaikan ini meningkatkan lagi tahap produktiviti kami. Harap lebih banyak buat kerja daripada tertidur kerana terlalu selesa. Haha! :P



Baiklah, sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi pada entri akan datang. Teruskan menyokong kami! ^_____^



Wassalam.

Tuesday, April 26, 2011

Akhirnya !! MISI 10A !! ^_____________^ SUDAH TERBIT !!

Assalamualaikum kepada para pembaca blog yang dihormati,



Kami, Nazry Salam dan Afiq Salam, mahu buat satu pengumuman (sebenarnya pengumuman ini telahpun dibuat di atas. Hihi.)



Bahawasanya...




KOMIK MSI 10A TELAHPUN SIAP DICETAK !! YAHOOOOO !! ^________^




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Taala yang telah memberi izin kepada kami untuk berkarya dan menerbitkan sebuah lagi komik bagi tatapan para pembaca yang dihormati sekalian.



Komik kali ini istimewa. Sungguh istimewa.



Mengapa??



Kerana...



IANYA PENUH BERWARNA !!!!



Tidak percaya?



Saksikan gambar ini....







Sudah percaya? :>



Harganya?



Ohh, tidak mahal. Bukan, bukan RM15.00... Bukan juga RM10.00.



Tetapi hanya RM8.90 sahaja !!



Komik MISI 10A ini mempunyai leibh banyak muka surat (144 muka), lebih banyak artikel, lebih banyak aksi dan lebih banyak unsur suspens !!



Cepat dapatkan MISI 10A !! ^__________^



Sekian sahaja, jumpa lagi dalam entri seterusnya. Wassalam.



p/s: Komik MISI 8A sedang diulang cetak sekarang ini. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membelinya !! ^__________^

Wednesday, March 16, 2011

Lukisan pada masa lapang !!


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini yang semakin ramai dan meriah. Terima kasih kerana sudi baca dan ikuti blog yang tidak seberapa ini. Semoga kalian beroleh sesuatu yang baik daripada entri-entri yang ada di sini.


Baiklah, hari ini saya sekadar ingin memaparkan beberapa buah lukisan Afiq yang dihasilkan semasa masa lapang. Buat pengetahuan semua, Afiq sangat gilakan motor besar. Dia memasang angan-angan untuk membeli sebuah motor besar setelah dewasa nanti. Angan-angan yang hebat! Berusahalah adik!! xD

Namun buat masa ini, apa yang dia boleh buat hanyalah melukis angan-angannya itu. Mari kita saksikan!







Baik, sekian sahaja untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di entri yang seterusnya.


Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG!


Wassalam.

Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulillah! Komik MISI 8A bakal diulang cetak! xD


Assalamualaikum,



Pagi-pagi tadi dapat emel daripada Tuan Wanzu a.k.a encik editor yang dihormati. Beliau memaklumkan kepada kami ...




Komik MISI 8A bakal diulang cetak sebanyak 5000 naskhah !!!!

^_________^ Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Pemurah.




Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi membeli dan membaca komik kami. Kami sangat hargainya !! :D


Sebagai penghargaan, terimalah pose istimewa daripada Tuan Pelukis komik MISI 8A!








Teruskan menyokong kami dua beradik! Insya-Allah, jika dikurniakan kudrat dan kesempatan, kami akan terus berjuang di jalan komik! Doakan kami! ^_______^



Sekian buat masa ini, wassalam.

Friday, March 11, 2011

Sebuah istana bermula dengan sebiji bata... xD


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!



Baru-baru ini, saya ada jumpa banyak lukisan Afiq yang dulu-dulu. Jadi sekadar hiburan, jom kita lihat!



Di bawah ini adalah komik Afiq yang pertama. Ia dilukis di atas buku nota (bukan buku sekolah ya). Komik ini setebal hampir 60 muka surat. Semasa dia buat komik ini, umurnya 9 tahun.







Ini pula adalah lukisan ilustrasi yang dihasilkan di atas sketchbook. Seperti yang tertera di bahagian bawah kiri lukisan, Afiq hasilkannya pada tahun 2004, semasa dia darjah 4.







Sekian sahaja buat masa ini, harap kalian terhibur dengan entri ringkas ini. Jika tidak terhibur pun tak mengapa, harap maafkan saya sahaja.


Jumpa lagi, teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG!


Wassalam.

Saturday, March 5, 2011

Jeng jeng jeng !!!!

Assalamualaikum para pembaca blog yang saya muliakan.





Err...




Bukan, ini bukan mimpi. Ini benar...




Mohon percaya...




Entry ketiga dalam masa SEMINGGU !!!!!!! INI ADALAH BENAR !!!!!!!!! BUKAN MIMPI YA !!!!!!




Ok, sudah. Jangan over sangat.



Kali ini, saya ingin memperlihatkan kepada kalian semua...



JENG JENG JENG !!



"Gobok" komik kami !! Yahooooo !!



*NOTA: "Gobok" bermaksud almari. Mohon jangan gunakan istilah ini dalam karangan kalian ya, wahai pelajar-pelajar sekolah yang dikasihani.









"Gobok" ini sangat best kerana ia mampu memuatkan kesemua komik kami, termasuklah komik import, Komik-M, komik Gempakstarz, Kreko, Ujang, APO dan sebagainya !!



Baik, itu sahaja! Terima kasih kerana sudi baca entri ini! Jumpa lagi di lain hari!

Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG !!



Wassalam.

Thursday, March 3, 2011

Terima kasih Cik Wartawan !! XD (Part II)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini yang dihormati dan dihargai atas usaha kalian melihat-lihat serta membaca setiap patah perkataan yang saya luahkan di teratak blog yang sederhana lagi sepi dan bersawang ini dek kesibukan penulisnya yang konon-konon rajin serta gigih belajar walhal sibuk disebabkan perkara lain yang tidaklah boleh diberitahu di sini atas sebab musabab yang kukuh! (Fuh, kemain tulis mukadimah panjang-panjang)


Baiklah, sekadar ingin memaklumkan, perihal mengenai komik kami sekali lagi telah tersiar di akhbar Berita Harian yang bertarikh 2 Mac 2011 bersamaan dengan hari Rabu. Alhamdulillah ... ^______^


Gambar di bawah menunjukkan Afiq a.k.a Afiq Salam Feeqry a.k.a si pelukis yang dengan gigihnya berposing sakan bagi menjayakan artikel di bawah ini.







Namun, pelik tak?



Mengapa hanya wajah si pelukis sahaja yang dimasukkan ke dalam artikel ini?

Mengapa si penulis diabaikan pula?

Mengapa?



MENGAPA??????









Keh keh keh. Jangan merusuh dahulu ya para peminat si penulis. Ada sebabnya.


Artikel ini diterbitkan dalam ruangan Skor, iaitu akhbar sisipan khas untuk pelajar-pelajar SPM. Maka, disebabkan si penulis sudah tidak lagi muda remaja seperti pelajar-pelajar sekolah, maka gambar beliau tidak boleh dipaparkan dalam artikel itewwww. Harap maklum ya!!!


Kepada peminat-peminat si penulis, JANGAN BERDENDAM KEPADA BERITA HARIAN
DISEBABKAN PERKARA INI YA!!!!!!!




Kami sangat berharap, dengan adanya publisiti sebegini, jualan komik-komik kami akan meningkat.




Kami mahu jualan komik kami tinggi ...


... bukannya demi royalti.


... bukannya kerana hendak tunjuk hebat.


... bukannya kerana hendak bersaing dengan pelukis lain.




Tetapi, kerana kami mahu ramai orang membaca komik kami.




Supaya lebih ramai orang mendapat kebaikan daripada komik-komik kami.


Supaya lebih ramai orang hargai perjuangan kami dalam bidang komik.


Supaya lebih ramai orang menghargai nilai sebuah komik.




Bagi kami,

Komik bukan semata-mata pekerjaan

Komik bukan semata-mata hobi

Komik bukan semata-mata punca pendapatan

Komik bukan semata-mata usaha



Ianya adalah sebuah perjuangan.


.
.
.
.
.
.


WAH!!!! TIBA-TIBA MASUK MOOD SERIUS PULA!!!! :O



Baik, sekian sahaja daripada saya. Terima kasih kerana sudi habiskan masa membaca coretan ini. Semoga kalian beroleh sesuatu yang baik daripada entri kali ini.



Sekian, teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG !!



Wassalam.

Sunday, February 27, 2011

Tools Melukis Afiq yang Baru !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.


Maaf kerana sudah lama tidak update blog yang semakin ramai followers ini. Saya harap, saya lebih rajin untuk berblog. Ha ha ... T.T


Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita masuk kepada isi penting (macam nak buat karangan pula).


Gambar di bawah ini menunjukkan tools melukis Afiq yang baru. Ia terdiri daripada:

- Berus cina berwarna coklat dengan mata berkembar (Ada 2 berus dengan saiz berbeza pada satu berus (confuse tak? T__T)).
- Berus cina berwarna kelabu dengan mata berkembar juga.
- Pensel mekanikal dengan lead berwarna biru





Baik, apa yang best pasal tools baru ini?

Pertama sekali, menggunakan pensel berwarna biru untuk hasilkan lakaran tidak memerlukan kami memadam garisan lakaran selepas siap inking. Ini kerana, semasa scan, garis lakaran berwarna biru akan lenyap dengan sendirinya !! Yeah !! Ini bermaksud, kerja touch-up manuskrip menjadi jauh lebih mudah!

Serius! Dahulu, saya ambil masa sejam untuk touch-up satu muka manuskrip. Kini, 5 minit sahaja sudah selesai semua! Menjimatkan masa, bukan?

Cuma, masalahnya adalah, susah sedikit untuk jumpa lead berwarna biru di kedai-kedai. Dan, harganya juga mahal. Namun, disebabkan ia menjadikan kerja membuat komik lebih mudah, maka kami sudah bertekad untuk terus menggunakan lead biru dalam proses lakaran. ^____^


Berus pula? Apa yang bagusnya berus?


Penggunaan berus membuatkan stroke nampak lebih halus, ketebalan garisan lebih bervariasi dan juga lebih berkualiti inknya. Secara overall, menggunakan berus membuatkan segala-galanya lebih berseni berbanding menggunakan pen melukis biasa!


BUKTI???


Nantikan komik terbaru kami yang menggunakan 80% berus !!

Preview sudahpun ditunjukkan di Facebook kami. Jika ingin melihatnya, mohon pergi ke FB saya atau Afiq, add as friend dan lihat di photo album.

Komik terbaru ini bertemakan seni persilatan Melayu lama. Settingnya adalah zaman sebelum penjajahan Jepun. Yang lebih best... komik ini penuh dengan AKSI PERTARUNGAN HEBAT !! ^________^



YEAHH!!!


Apa-apapun, komik ini masih lagi dalam pembikinan. Maka, jangan terlalu teruja sangat ya. Tetapi, jika mahu teruja pun tidak apa, dimaafkan, kerana....


KOMIK MISI 10A bakal keluar !!! WOOHOOO !!!


Kali ini, lebih kelakar, mencabar minda dan lebih misteri (?) !!

Sama seperti komik MISI 8A, dalam komik MISI 10A ada juga diselitkan artikel-artikel yang menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar!

Jadi, nantikan dengan penuh kesabaran ya!!








Gambar di atas ini menunjukkan komik-komik hasil karya kami yang telah diterbitkan dan diedarkan di kedai-kedai buku.


Beli jangan tak beli !! ^___________^



Sekian sahaja kali ini daripada saya. Semoga kita bertemu di lain hari. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG !!

Wassalam.

Saturday, January 8, 2011

Resepi Memasak Pisang Goreng


Assalamualaikum.


Hai, apa khabar semua !! Selamat tahun baru !! Semoga kalian semua baik-baik sahaja ya !! ... ^______^


Baik, hari ini kita lupakan seketika hal komik. Hari ini, saya ingin mengajar kalian semua cara memasak pisang goreng Misi 8A (PGM8A). Baik, mohon ambil kertas dan pensel sekarang kerana saya akan senaraikan ramuan yang diperlukan.

Ramuan PGM8A

1- Pisang Masak bergred A
2- Minyak
3- Tepung
4- Telur
5- Kuali
6- Dapur
7- Gas (untuk hidupkan api)
8- Masa

1 Okey, pertama sekali, kopek kulit pisang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Lepas itu, masukkan tepung dan telur ke dalam mangkuk itu. Lepas itu, gaul, gaul dan gaul.





2 Kemudian, masukkan pisang bersalut tepung ke dalam kuali yang terisi minyak panas.





3 Lepas itu, kacau pisang itu perlahan-lahan. Namun jangan kacau kuat sangat, nanti pisang akan terkeluar dari kuali dan tiada siapa rela memakan pisang yang kasihan itu.





4 Pastikan jarak anda dengan kuali adalah sekurang-kurangnya 1 meter. Ini penting bagi mengelakkan diri daripada terkena percikan minyak panas yang mampu melecurkan kulit gebu anda.






5 Keajaiban berlaku !! Siap sudah pisang gorengnya !! SELAMAT MENCUBA !! ^______^ (Nota: Yang hitam-hitam pada pisang itu adalah disengajakan. Diulangi, ia disengajakan. Ia memang perlu ada bagi memastikan kejayaan resepi PGM8A ini. Maka, berusaha ya!! Bukan mudah mendapatkan tompok hitam itu. Perlu cuba beberapa kali baru boleh mendapatnya. Berusaha !! T___T)





Baik, sampai di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi pada entri yang seterusnya. Cuba jangan tak cuba !!


Wassalam.