Tuesday, December 20, 2011

Anugerah Peminat kepada Feeqry! ^_______^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga para pembaca sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah Maha Besar. 


Hari ini, saya mahu bercerita fasal 2 anugerah yang kami terima daripada pembaca komik kami. 

Anugerah pertama adalah lukisan yang sangat cantik daripada saudari Amirah Max. Beliau sanggup datang ke Mid Valley bersama ibu beliau semata-mata mahu bertemu dengan saya. Terima kasih banyak-banyak! Semoga saudari beroleh banyak manfaat selepas mendengar talk yang saya sampaikan tempoh hari.  Teruskan menyokong kami, ya! ^_________^




Anugerah kedua datangnya daripada Adik Irfan Zalaruddin. Beliau memilih komik Misi 10A sebagai komik terbaik manakala Kelab Da Vinci sebagai novel terbaik yang dibacanya pada tahun 2011. Terima kasih, Adik Irfan! Teruskan membaca komik Feeqry, ya! ^______^



Mungkin bagi sesetengah orang, kedua-dua perkara ini seperti tiada apa-apa. Tetapi, perkara-perkara inilah yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkarya. Teruskan menyokong kami, insya-Allah kami akan terus hasilkan komik yang terbaik untuk tatapan kamu semua!

Terima kasih! ^____________^

Wassalam.

12 comments:

  1. Hai! Tahniah! Bangga dengan kejayaan kamu. Teruskan berkarya ye!

    ReplyDelete
  2. gua rasa sgt familiar sama lu berdua.pernah msuk mjlh kn dulu?oh yeah~

    tahniah2.oh yeah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pernah juga dahulu masuk majalah. Hihi. Terima kasih! :)

      Delete
  3. Tahniah! Seronoknya bila dapat anugerah dari pembaca. Saya tumpang gembira ^^_

    Oh ya, shoutmix sekarang sudah ubah sistem - tiada lagi servis percuma. Jadi, sekarang saya guna cbox (selagi masih percuma, hehehe.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! :)

      Oh, ya. Saya sudahpun buang shoutmix daripada blog. Belum ada keinginan untuk guna chat box. Hihi!

      Delete
  4. haloo!! saya reader baru.. sila beri tunjuk ajar..(sambil tunduk!)

    ReplyDelete
  5. Salam!
    Sy baru je beli misi 10A kt mid valley. Kawan sy nangis masa baca! bukan sbb sedih tp kelakar sgt. huhu saya steady je

    Btw.. thanx to k.Ain coz sy ttarik nk beli sbb dia n sy x menyesal beli ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Wah, terima kasih kerana sudi beli. Sampaikan salam saya kepada kawan saudari, ya. :)

      Jangan lupa dapatkan komik Misi 10A Plus, iaitu sambungan kepada Misi 10A. :)

      Delete