Saturday, April 17, 2010

Perkembangan Feeqry pada bulan April ... ^___^

Assalamualaikum,


Fuh!! Sangat lama tidak update!! Maaf!!


Ada satu je puncanya berlaku perkara sebegini:

EXAM ...


Saya, Nazry Salam Feeqry, akan menghadapi peperiksaan akhir pada 19 dan 20 hb April 2010.


Maka, sepanjang masa ini telah banyak dihabiskan dengan belajar a.k.a. study.


Subjek-subjek yang saya ambil semester ini adalah:

1) Kepintaran Buatan - Tahap kesukaran 3 bintang
2) Kejuruteraan Perisian - Tahap kesukaran 3 1/2 bintang
3) Sistem Komunikasi Satelit - Tahap kesukaran 3 bintang
4) Sistem Komunikasi Digital Lanjutan - Tahap kesukaran 6 bintang (Study banyak pun tak guna, takkan faham jugak. Percayalah! :-P)


Baiklah, ini bukan blog Nazry tetapi blog Feeqry, maka saya tidak bolehlah bersikap selfish dengan menceritakan segala macam perihal peribadi saya semata-mata tanpa mempedulikan langsung perasaan dan hati Afiq.


Baik!!


Di entry ini, kami ingin simpulkan peristiwa2 penting yang berlaku sepanjang 17 hari pada April 2010:


- Komik 3 muka untuk REMAJA@PTSOne telah siap! Berikut adalah excerpt daripada komik tersebut.

Tajuk: Nasib & Rezeki
Masa Diambil: 2 hari
Sinopsis Pendek: 3 orang perompak telah merancang untuk menyamun sebuah rumah. Namun dalam rumah itu, bukan harta yang mereka temui, tetapi sesuatu yang lebih berharga. Sesuatu yang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit. Sesuatu yang datang, tanpa disangka-sangka. Sesuatu yang dipanggil, ******* (Nak tahu apa, kena beli REMAJA@PTSOne 2010 okey? :-P)





- Komik 10 muka untuk Komik-M Raya juga telah siap! Berikut adalah sedikit spoiler daripada komik ini.

Tajuk: Aviasi Fantasi: Krisis Raya!
Masa Diambil: 10 hari
Sinopsis Pendek: Krisis telah melanda Pulau Batu Besar. Nasib pulau itu kini terletak di tangan Hadi & Aidil. Apakah sebenarnya krisis yang melanda? Berjayakah Hadi & Aidil menyelesaikannya? Nantikan komik ini di Komik-M Raya 2010!




- Kelmarin, komik Misi 8A telah dibawa ke Sekolah Tun Fatimah, iaitu antara sekolah terbaik di Malaysia. Orang dalam telah melaporkan, komik Misi 8A telah mendapat sambutan yang agak luar biasa. Alhamdulillah. ^___^

- 19 hb April ini, kami akan diinterview buat kali ketiga. Akhbar apa? Nanti kami akan war-warkan.

- Kami telah dijemput untuk mengadakan talk di SMK Dato Penggawa Timur, Johor, pada 28 hb April. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kami mempromosikan komik-komik kami dan juga Komik-M. Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.




Baik, sekian sahaja entry pada kali ini. Kami harap, perjuangan kami terus disokong oleh semua pihak. Doakan kejayaan kami ya! Teruskan menyokong Feeqry, REVgang dan Komik-M !!! ... ^___^