Wednesday, June 22, 2011

Persoalan Mengenai Alatan Melukis

Assalamualaikum,



Bertemu lagi kita di blog yang serba indah ini. Yoohoo!!!! xD



Baiklah, kali ini adalah sesi menjawab soalan lagi. Namun, soalan-soalan yang dipilih adalah berkaitan dengan alatan melukis. Maka, bagi para pelukis yang baru berjinak-jinak dalam bidang melukis komik, entri ini adalah sesuatu yang perlu kalian baca, wokeh?????



Soalan pertama, "Di manakah kami membeli pensil lead biru dan pen berus?"

Kami beli kedua-dua alatan itu di Selangor, atau lebih spefisik lagi di Jusco Cheras Selatan Kajang. Saya pasti alatan-alatan itu boleh ditemui di tempat lain, namun itulah tempat yang paling mudah dicari kerana ia dekat dengan rumah isteri *ehem ehem :">* saya.

Di JB?

Maaf diucapkan, kami sudah round satu JB namun tidak ketemu. Kedai Alat Tulis Rainbow di Taman U, POPULAR City Square, Badan Cemerlang Angsana, kesemua kedai ini tidak menjual lead biru dan pen berus. Maka, sekiranya kalian ingin membelinya, kalian terpaksa pergi ke Selangor atau KL. Bertabah ya!!

Kelebihan menggunakan lead biru (Pilot Color Eno) semasa melakar adalah, garisan lakaran pada manuskrip tidak perlu dipadam sebelum scan kerana ianya akan difilter oleh scanner. Woohooo!!!



Kalian tahu, betapa peritnya memadam garisan lakaran menggunakan pemadam getah pada beratus-ratus muka surat manuskrip??? Menguji kesabaran, tahu???? *tiba-tiba emo akibat terkenang masa lampau yang agak terlalu perit*

Namun kini, alhamdulillah, sudah tidak perlu lagi memadam. Selepas discan dan adjust setting "Brightness & Contrast", semua garisan lakaran akan terus menghilang dan kerja touch-up dapat dilakukan dengan mudah sekali. Sebelum ini, saya habiskan masa selama sejam untuk touch-up satu muka. Sekarang, tidak sampai 10 minit. Bayangkan, berapa banyak masa dapat dijimatkan :D

Satu lagi, tanpa memadam garisan lakaran menggunakan pemadam, kualiti garisan inking akan dikekalkan. Kadang-kala, apabila memadam garisan lakaran terlalu kuat, ia akan merosakkan atau mencacatkan sedikit garisan inking. Kini, tidak lagi! ^_____^

Walaupun harganya agak mahal, iaitu satu lead itu berharga lebih kurang 60 sen, namun ianya berbaloi. Bagi sesiapa yang ingin mencuba lead biru, berusaha mencari sehingga dapat ya!!

Apa pula kelebihan menggunakan pen berus?


Ini, saya akan bincangkan dalam entri yang lain kelak, insya-Allah....



Soalan kedua, "Perisian apakah yang digunakan untuk touch-up dan apakah jenis scanner yang digunakan untuk scan manuskrip?

Bagi soalan pertama, saya menggunakan perisian PAINT.NET , iaitu sebuah program mengedit foto yang boleh dimuat turun secara percuma. Ia agak sukar digunakan dan jangan harap ia sebaik Adobe Photoshop. Namun, saya sudah menggunakan perisian ini sejak 3 tahun lalu, dan saya sudah terbiasa. Belum ada perancangan untuk bertukar kepada perisian lain.

Scanner yang digunakan pula adalah jenama Canon ScanLide 25, iaitu sebuah USB scanner yang tahan lasak dan best! Harganya pun agak berpatutan juga. Saya sudah scan lebih 500 muka manuskrip menggunakan scanner itu. Setakat ini, tiada masalah, alhamdulillah... :D


Baiklah, sekian sahaja buat masa ini. Jumpa lagi di entri yang seterusnya, insya-Allah.



Teruskan menyokong kami !! ^________^ Wassalam.

1 comment:

  1. uwah!!!! Terima kasih sesangat terutamanyer yg memberi penerangan tentang pensil lead biru tu (dan jenamanyer LOL)~ harap2 ni boleh jumpa kat Port Dickson! T^T

    ReplyDelete