Monday, September 6, 2010

10 Tips Menjadi Pelukis Hebat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Harap semua pembaca baik-baik sahaja.


Baiklah, entri pada hari ini sangat istimewa !!


... kerana ...


... saya akan mendedahkan 10 TIPS MELUKIS yang diamalkan oleh Afiq Salam Feeqry (pelukis komik Aviasi Fantasi & Misi 8A) !!


WOOHOO!!


Kepada semua remaja yang mahu bergelar pelukis komik, korang memang kena baca entri ini okey! Wajib gitu!


Baik! *ehem*


Sebelum saya selaku abangnya mendedahkan 10 tips itu, biarlah saya menunjukkan kepada semua lukisan Afiq 6 tahun lalu.

Jangan terkejut ya! Sesiapa yang lemah semangat. mohon jangan lihat. Kah kah! Gurau sahaja. Tidak kelakar? Siapa peduli. ... :-p


Baik, baik. Mari kita lihat, harta karun yang kami telah jumpa setelah menyelongkar lukisan-lukisan lama di stor rumah tidak berapa lama dahulu.

.


.


.


.


.



TADAAAA!!!!





Terkejut?! Hahahahaha! Inilah lukisan Afiq ketika beliau baru berusia 10 tahun (ketika masih sunti gitu! :-P).


Besar bezanya dengan lukisan dia sekarang bukan? Ini kerana, dia telah mengamalkan 10 tips melukis yang hebat.


Mahu tahu tips-tips itu? Mari kita saksikan!



10 TIPS MELUKIS


1) Melukis setiap hari

2) Melukis berpandukan imaginasi dengan sedikit rujukan

3) Banyak membaca komik dan tutorial melukis

4) Tidak mudah mengaku kalah

5) Sentiasa mendengar komen dan kritikan

6) Sentiasa ingat bahawa orang yang lebih hebat ada di mana-mana

7) Melukis kerana minat, bukan demi wang atau perhatian

8) Jangan kedekut melabur sedikit wang dan masa untuk melukis

9) Berkawan dengan ramai pelukis

10) Berlatih, berlatih dan terus berlatih



Bagi adik-adik yang ingin mengikuti jejak langkah Afiq, iaitu untuk menjadi pelukis muda, sedikit kata-kata pencerah untuk korang.

Bukan mudah untuk menjadi pelukis komik.

Melukis ialah satu perkara. Melukis komik ialah satu perkara yang lain. Saya luahkan kata-kata ini, bukanlah untuk menjatuhkan keyakinan korang. Tapi untuk memberitahu fakta dan kenyataan.

Namun, impian adalah matlamat yang dipenuhi kesukaran. Go for it guys! Kalau korang tetapkan matlamat untuk menerbitkan komik sebelum habis sekolah, go for it! Jika ada halangan, cuba tempuhi! Jika mak dan ayah halang, yakinkan mereka bahawa korang di jalan yang betul! Semua itu bergantung pada usaha korang! Jangan sesekali lupakan impian korang semata-mata demi memenuhi impian orang lain!

Dan lagi...

Jangan menyerah kalah! Kerana orang yang menyerah kalah adalah orang yang melepaskan impian. Dan orang yang melepaskan impian, adalah bagaikan burung yang hidup di dalam sangkar tidak berpintu. Sampai bila mahu hidup selesa di dalam sangkar dan hanya mampu mencemburui burung lain yang bebas berterbangan di langit yang luas?

Keluarlah!


"Sky is the limit. Go fly and catch your dreams"


Akhir kata, BERUSAHALAH!



Sekian, teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang !!

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri !! Maaf zahir dan batin !!

Wassalam.