Friday, July 22, 2011

Mengapa Kami Hentikan Siri AF?

Assalamualaikum.


Hei, hei, lama tidak bertemu. Rindu? :">


Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya akan menjelaskan kepada kalian semua, sebab dan musabab tercetusnya status FB saya dan Afiq berkenaan penamatan siri komik Aviasi Fantasi.




Baru-baru ini, kami menerima cek royalti pertama sejak berkarya bersama Komik-M. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Pemurah.

Kami berterima kasih kepada unit Komik-M, PTS Pop dan PTS kerana sudi memberikan peluang kepada kami menerbitkan komik. Jasa kalian tidak akan kami lupakan selamanya.

Terima kasih kepada para pembeli dan pembaca yang sanggup mengeluarkan sebahagian wang demi mendapatkan komik kami. Kami benar-benar berterima kasih.




Bersama dua cek yang tertera nama saya dan Afiq, turut disertakan penyata royalti yang memaparkan pengiraan lengkap bagi royalti yang diterima. Pada pengiraan itu, ada disenaraikan beberapa maklumat berangka, seperti jumlah cetakan, jumlah buku yang dipulangkan, dan baki stok.

Baki stok adalah jumlah buku yang masih tersimpan di dalam stor.

Kami mendapati, jumlah baki stok bagi komik Aviasi Fantasi #1 dan #2 lebih daripada 10,000.

10,000.

Kami tidak sanggup menghadapi nombor yang banyak itu. Maka, kami bercadang menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi buat sementara waktu, bagi mengelakkan daripada stor PTS dipenuhi dengan siri komik itu. Juga, bagi mengelakkan daripada buku-buku itu dilupuskan :')




Komik Aviasi Fantasi adalah masterpiece kami setakat ini. Kami ambil masa 8 bulan bagi menyiapkan siri pertama, dan 6 bulan bagi menyiapkan yang kedua. Namun, ia tidak terjual.

Kami kecewa. Namun, kami tidak menyalahkan takdir. Kami tidak lagi menyalahkan pihak jualan. Kami pastinya tidak boleh menyalahkan pihak Komik-M yang begitu berdedikasi memperjuangkan hak-hak semua komik terbitannya.

Ia adalah salah kami sendiri.

Kami belum cukup bagus.

Kami sudah bertekad, kami akan menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi selama 2 tahun. Sekiranya siri 1 dan 2 dilupuskan, kami akan hasilkan nombor 3 dan itulah penamatnya.

Kepada sekalian peminat siri komik Aviasi Fantasi, maafkan kami ya!




Namun, jangan risau ya, kalian semua. Kami akan terus berkarya, dan tidak akan sekali-kali kami menarik diri daripada arena yang penuh mencabar ini, walaupun sebelah kaki. Teruskan menyokong kami, dan kami akan terus memberikan yang terbaik, insya-Allah.

Komik terakhir kami pada tahun ini adalah komik bertajuk Pengembaraan Ali dan Tuah: Sarang 4 Penjahat. Selepas siap, kami akan berhenti melukis selama beberapa bulan bagi memberi ruang kepada Afiq menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Ya, Afiq masih lagi seorang pelajar sekolah, sekiranya ada yang terlupa. Dia bakal menghadapi SPM pada hujung tahun.





Selepas tamatnya SPM, Afiq bakal menjalani program latihan khidmat negara (PLKN). Sudah pasti dia akan pergi, kerana dia tidak mahu masuk ke dalam penjara akibat mengingkari arahan kerajaan. Maka, sekali lagi, keadaan tidak mengizinkan kami berkomik.




Maka, selepas ini, Feeqry akan berehat panjang. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun. Namun, jangka masa itu bukanlah masa bagi kami tidur. Tidak sama sekali. Tidak.

Kami akan membuat 'comeback'. Kami akan jadi lebih hebat. Kami akan hasilkan komik yang jauh lebih mantap.

Nantikan.

Nantikan juga komik terbaru kami, Pengembaraan Ali & Tuah: Sarang 4 Penjahat. Ia adalah komik terbaik yang pernah kami hasilkan. Kami sendiri tidak sabar-sabar menanti saat komik ini diterbitkan.




Sekian sahaja, semoga kita bertemu lagi. Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang!



Wassalam.

18 comments:

  1. Assalamualaikum.. Aku doakan kalian berdua akan mencapai apa yang diimpikan. Perjuangan harus terus :D

    ReplyDelete
  2. Sedihnya...saya tak sabar tunggu AF3 keluar...hm,, apa2 pun..semoga berjaya saya ucapkan...semoga dengan rehat yang panjang itu kalian dapat memikirkan jalan cerita yang hebat!

    Ganbatte!!

    ReplyDelete
  3. Argghh..!! Berita buruk nih! Dua isu AF itu aku kira baru warm up, buku ketiga dah nak ending? Wargghh! Aku suka kot cerita dia.

    Wei rakyat Malaysia sekalian, tolonglah beli Aviasi Fantasi ni banyak2! Kalau yang dah beli tu belilah lagi, hadiah kat sepupu2,maklang,toklang,makngah, Achik dan bakal mertua anda.

    ReplyDelete
  4. buat yang terbaik bro...

    jgn berputus asa yer~ kawan2 menyokongmu dibelakang

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Sabar saudara Nazry..

    Saya ada membeli komik AF vol 1,tapi tak dapat membeli AF vol 2 kerna tak jumpa di kedai buku..

    Jalan ceritanya ok dan menarik..
    Jika ada semangat untuk melaksanakan siri ketiga nnti.. apa kata chibbykan watak-watak dalam siri itu.. mana tau dapat menarik perhatian ramai pembaca wanita.. kuasa membeli more to perempuan sebenarnya..

    Just my two cents..
    Yang pasti teruskan perjuangan dan jangan putus asa..

    Salam persahabatan,

    Silver Hero..

    ReplyDelete
  6. Salam bro, it is alright !!!

    saya mmg meminati Aviasi Fantasi kerana jalan cerita yg mudah dan terbaik !!!!

    i love to read ur comics !!

    anyway dont give up k !!!

    ReplyDelete
  7. sedihnya... tiap kali ghi kedai buku mesti cari AF3... Apapun, sabar dan teruskan perjuangan, jangan prnah putus asa bak kata Aidil dan Hadi 'tiada apa yang mustahil...selagi kita bekerjasama', walaupun saya x mnyumbng apa2...haha

    ReplyDelete
  8. BAwak ke oversea sana.. aku jamin student2 luar negara ada lagi yang gila komik x baca lagi komik nie..

    ReplyDelete
  9. Bawak ke oversea sana.. aku jamin ramai lagi kaki komik sana yg belum baca komik AF nie yang boleh abeskan unit berbaki tue eheheh. Incha Allahh..

    ReplyDelete
  10. argh.. tak mukin akan diberhentikan.... aku berharap agar ceritanya disambung sehingga ke 100jilit... argh... cerita die sangat best... best dari pandangan mata aku... korang jangan berhentikan jilid nye... lagi pon komik m baru lagi... so jangan nak salahkan diri korang jer... salahkan komik m gak... laen lah kalo korang kat GEMPAK.. den rase kalo korang buat komik pon 9juta dah laku kat GEMPAK... series aku cakap... cerita AF yg korang buat ni memang best... laen dari cerita jepon yg GEMPAK import dari jepon tu.... sejak aritu aku bace komik mengarot kat GEMPAK terus tak beli komik jepon diorang(komik JEPON yg DIORANG IMPORT JER)... aku lagi suke layan JUMP komik dari komik yg jepon kat gempak tu... lagi satu aku lagi suke komik yg dari GEMPAK yg pelukisnya org malaysia buat yg laen memg rejek!!!(especially komik jepon gempak) ... berbanding komik GEMPAK yg JEPON tu... perg memg tak best... den memg nak sangat korang teruskan jilitnye... memg cerita nye best... lagi 1... kalo nak sangat laku suroh publisher korang jangan jual kat kedai yg populer jer... mane laku... rezeki nak mengalir pon lambat... kalo den nak beli pon nak kene gi IOI.. kalo dekat takpe r... ni semue pasal publisher korang lah ni... apepon good luck... aku akn terus menyokong korang... ^___^V

    ReplyDelete
  11. ni semue pasal publisher korang lah ni.... >:O
    patotnye korang perlu sedar yg publisher korang perlu membuat perubahan... takkan kedai populer jer kot orang nak beli... aku nak beli kedai biase pon susah... nak carik komik korang pon kene gi naek bas... argh.... berci...

    ReplyDelete
  12. To afiq and Nazry,,eventhough I never read AF tu,,but komik korg yg misi 8A and 11A was really mesmerising..So I believe that the other comic might be the same style..So keep it up,k..Don't ever give up,,k..There are many people keep supporting you..!

    ReplyDelete
  13. Pada pandangan saya, cerita Aviasi Fantasi memang cukup 'menangkap'. Agak kasihan dengan orang yang tak mengenali Aviasi Fantasi.

    Teruskan perjuangan saudara berdua!

    ReplyDelete
  14. wahh~~ tolong lah jangan membiarkan saya hampa .. wuuU~~ +__+

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kepada semua! :) Doakan semoga kami dibukakan hati untuk menyambung siri komik Aviasi Fantasi. :)

    ReplyDelete
  16. semoga berjaya kepada afiq dan tenag2lah menjawab spm tuuu

    ReplyDelete