Showing posts with label Aviasi Fantasi. Show all posts
Showing posts with label Aviasi Fantasi. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Mengapa Kami Hentikan Siri AF?

Assalamualaikum.


Hei, hei, lama tidak bertemu. Rindu? :">


Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya akan menjelaskan kepada kalian semua, sebab dan musabab tercetusnya status FB saya dan Afiq berkenaan penamatan siri komik Aviasi Fantasi.




Baru-baru ini, kami menerima cek royalti pertama sejak berkarya bersama Komik-M. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Pemurah.

Kami berterima kasih kepada unit Komik-M, PTS Pop dan PTS kerana sudi memberikan peluang kepada kami menerbitkan komik. Jasa kalian tidak akan kami lupakan selamanya.

Terima kasih kepada para pembeli dan pembaca yang sanggup mengeluarkan sebahagian wang demi mendapatkan komik kami. Kami benar-benar berterima kasih.




Bersama dua cek yang tertera nama saya dan Afiq, turut disertakan penyata royalti yang memaparkan pengiraan lengkap bagi royalti yang diterima. Pada pengiraan itu, ada disenaraikan beberapa maklumat berangka, seperti jumlah cetakan, jumlah buku yang dipulangkan, dan baki stok.

Baki stok adalah jumlah buku yang masih tersimpan di dalam stor.

Kami mendapati, jumlah baki stok bagi komik Aviasi Fantasi #1 dan #2 lebih daripada 10,000.

10,000.

Kami tidak sanggup menghadapi nombor yang banyak itu. Maka, kami bercadang menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi buat sementara waktu, bagi mengelakkan daripada stor PTS dipenuhi dengan siri komik itu. Juga, bagi mengelakkan daripada buku-buku itu dilupuskan :')




Komik Aviasi Fantasi adalah masterpiece kami setakat ini. Kami ambil masa 8 bulan bagi menyiapkan siri pertama, dan 6 bulan bagi menyiapkan yang kedua. Namun, ia tidak terjual.

Kami kecewa. Namun, kami tidak menyalahkan takdir. Kami tidak lagi menyalahkan pihak jualan. Kami pastinya tidak boleh menyalahkan pihak Komik-M yang begitu berdedikasi memperjuangkan hak-hak semua komik terbitannya.

Ia adalah salah kami sendiri.

Kami belum cukup bagus.

Kami sudah bertekad, kami akan menghentikan pembikinan siri komik Aviasi Fantasi selama 2 tahun. Sekiranya siri 1 dan 2 dilupuskan, kami akan hasilkan nombor 3 dan itulah penamatnya.

Kepada sekalian peminat siri komik Aviasi Fantasi, maafkan kami ya!




Namun, jangan risau ya, kalian semua. Kami akan terus berkarya, dan tidak akan sekali-kali kami menarik diri daripada arena yang penuh mencabar ini, walaupun sebelah kaki. Teruskan menyokong kami, dan kami akan terus memberikan yang terbaik, insya-Allah.

Komik terakhir kami pada tahun ini adalah komik bertajuk Pengembaraan Ali dan Tuah: Sarang 4 Penjahat. Selepas siap, kami akan berhenti melukis selama beberapa bulan bagi memberi ruang kepada Afiq menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

Ya, Afiq masih lagi seorang pelajar sekolah, sekiranya ada yang terlupa. Dia bakal menghadapi SPM pada hujung tahun.





Selepas tamatnya SPM, Afiq bakal menjalani program latihan khidmat negara (PLKN). Sudah pasti dia akan pergi, kerana dia tidak mahu masuk ke dalam penjara akibat mengingkari arahan kerajaan. Maka, sekali lagi, keadaan tidak mengizinkan kami berkomik.




Maka, selepas ini, Feeqry akan berehat panjang. Mungkin 6 bulan, mungkin setahun. Namun, jangka masa itu bukanlah masa bagi kami tidur. Tidak sama sekali. Tidak.

Kami akan membuat 'comeback'. Kami akan jadi lebih hebat. Kami akan hasilkan komik yang jauh lebih mantap.

Nantikan.

Nantikan juga komik terbaru kami, Pengembaraan Ali & Tuah: Sarang 4 Penjahat. Ia adalah komik terbaik yang pernah kami hasilkan. Kami sendiri tidak sabar-sabar menanti saat komik ini diterbitkan.




Sekian sahaja, semoga kita bertemu lagi. Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang!



Wassalam.

Thursday, January 7, 2010

AVIASI FANTASI #1


Salam semua,


Aviasi Fantasi adalah komik solo kami yg pertama dan akan diterbitkan pd 8 Jan 2010 (eh? esok?)..

Ia mengisahkan tentang 2 remaja yang terjumpa bengkel kapal terbang terbiar. Mereka kemudiannya bertekad untuk membaiki sebuah kapal terbang yang terburai di bengkel itu. Selepas bertahun bertungkus-lumus, akhirnya kapal terbang itu berjaya dibaiki dan diterbangkan.

Dari situ, bermulalah satu pengembaraan yang mencabar minda dan jiwa!!

Kepada peminat2 komik, harap anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan senaskhah komik ini.

Bagi yang ingin membeli secara online, boleh klik link di bawah:

Beli Aviasi Fantasi #1

Komik ini dikeluarkan oleh Komik-M dari syarikat PTS. Klik link ni kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal Komik-M:

Website Komik-M
Blog Komik-M

Ok, saper yang nak tgk preview dan ulasan berkenaan Aviasi Fantasi #1 bolehlah pergi ke link di bawah:

Preview dan Ulasan Aviasi Fantasi #1

Orait, that's all for now. Jumpa lagi di lain post. Teruskan menyokong Feeqry!! :D