Monday, January 11, 2010

Proses Menghasilkan Komik


Salam semua,

Di atas ini adalah sample page daripada Aviasi Fantasi #1. Sekadar tatapan utk pengunjung2 blog yang sy muliakan.. :P

Kebelakangan ini sy ada terjumpa ramai geng pelukis komik di Facebook. Ada yg otai, ada juga yang baru mula bekecimpung. Antara nama yang ingin sy highlight di sini adalah Ellusionist Malaysia dan Iman Anuar. Masing2 baru berumur 15 dan 12 tahun, tetapi mereka menunjukkan minat serta potensi yang tinggi dalam bidang komik. Syabas pada mereka!! :D

Sepanjang mengenali mereka, banyak sgt soalan yang telah mereka utarakan pd sy. Kebanyakkannya adalah soalan yang umum, yg biasa ditanya oleh pelukis2 muda yg lain.

Ini adalah antara soalan yang biasa sy dapat daripada mereka ini:

- Pen apa yang digunakan utk inking ?
- Bagaimana mahu membuat lipatan baju?
- Bagaimana mahu melukis perempuan bertudung?
- Apakah proses penghasilan komik?

Bagi membantu golongan pelukis2 muda ini menjadi lebih maju dan berjaya, kami akan menjawab persoalan2 di atas sedikit demi sedikit di blog ini.

Soalan pertama yg ingin kami jawab adalah "Apakah proses penghasilan komik?"...

Ini adalah soalan asas yang perlu difahami oleh setiap pelukis muda.

Bagaimana mahu menghasilkan komik jika tidak tahu caranya? :D

Jadi, di bawah ini adalah langkah2 yg boleh diikuti utk menghasilkan komik.

1- Cari Idea (Brainstorm)
2- Lakar Idea (Thumbnailing/Naming)
3- Lakar Komik(Sketching)
4- Lukis Belon Dialog (Dialog Ballon Inking)
5- Lukis Garisan Panel (Panel Inking)
6- Lukis Watak & Latar Belakang (Characters & Background Inking)
7- Padam Garisan Lakaran
8- Scan
9- Edit Berkomputer (Computer Editing)
10- Terbitkan (Publish)
11- Perkembangan (Improvement)

Insyaallah start esok kitaorg akan jelaskan setiap satu step di atas, supaya korang blh faham lebih lanjut lagi berkenaan proses penghasilan komik....

K, that's all for now...

Teruskan menyokong Feeqry..See ya!! :D

No comments:

Post a Comment