Friday, January 8, 2010

MISI 8A


Salam semua,

Misi 8A ialah komik solo kami yang kedua. Ianya sedang dlm pembikinan dan insyaallah akan diterbitkan sebelum Pesta Buku Mac 2010.

Ok, sedikit sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Aizad yang ada segala-galanya, tetapi sangat lemah dalam pelajaran. Satu hari, ibunya telah merampas segala sumber kegembiraannya (PSP, internet, TV dll) dan memaksa Aizad utk belajar.

Nak tak nak, terpaksalah Aizad fokus pada akademik. Ujian seterusnya, dia masih lagi mendapat markah yg rendah. Dia jd risau jikalau dia tidak mendapat kembali brg2 kesayangannya.

Walaubagaimanapun, takdir menemukan Aizad dengan Zahid, pelajar terbaik sekolah. Demi merubah keputusan peperiksaannya, Aizad bersemuka dengan Zahid dan meminta untuk berguru dengannya.

Apa yang akan terjadi selepas itu? Silalah nantikan kemunculan komik ini di kedai2 buku berhampiran.

Bagi kami, komik ini SGT UNIK, dan ianya adalah yang pertama di Malaysia.

Mengapa?

1) Komik ini memuatkan pelbagai tips dan tricks utk cemerlang dlaam peperiksaan.
2) Byk fakta2 umum yang menarik dimuatkan.
3) Komik ini menampilakan realiti sebenar kehidupan pelajar sekolah di Malaysia.

Jika BAKUMAN (karya Takeshi Obata) adalah komik mengenai KOMIK,
MISI 8A adalah komik mengenai PELAJARAN!!

Preview:







more previews, sila klik link di bawah:
More Previews Misi 8A


Well, that's all for now. Teruskan menyokong kami!! See ya!! :D

3 comments:

  1. Hahaha.. Serius korang ni memang jelmaan Takeshi Obata versi Malaysia la.. Dan lebih serius lagi, aku pun dah terjadi peminat setia korang lak. Demmm.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. haha...tima kasey en poyo kerana sudi meminati kami...kami pun meminati en poyo gak.. :D

    ReplyDelete