Thursday, January 14, 2010

[Langkah 2] Lakaran Idea aka Thumbnailing




Salam....

Ok, sekarang kita akan beranjak ke step seterusnya,iaitu

Lakaran Idea atau dalam istilah BInya "Thumbnailing".. :D

Di bawah adalah langkah2 yg biasa digunakan utk melakar idea:

[Step 1]- Ambik kertas A4

[Step 2]- Bahagi kertas tu pd 2, pastikan sama saiz (tp takyahlah smpi guna pembaris, lipat 2 je)

[Step 3]- Lakar komik anda pd setiap bahagian - Satu Bahagian Lakar Satu Page


PENTING:
  • Lakaran TAK PERLU detail dan cantik.
  • Masa ini anda perlu reka panelling *akan diterangkan kemudian
  • Nomborkan setiap bahagian supaya tidak LOST dan mudah utk RUJUK KEMBALI
  • Pada masa ini juga, anda perlu tentukan kedudukan belon dialog (dialog balloon). Sila pastikan FLOW DIALOG BALLON anda TIDAK MEMENINGKAN PEMBACA.
****fakta menarik: Benda pertama yang dilukis oleh NAOKI URUSAWA apabila melukis komik adalah DIALOG BALLOON.. :-> *****


[Step 4]- [Optional] Utk menjadikan thumbnail anda lebih jelas dan mudah dilihat, INK thumbnail guna pen lukis.

Tp, kalau mcm tak da masa, takyah ink pun takpe... :-D

[Step 5]- Bila da siap thumbnail, tunjuklah pada sesiapa, editor atau rakan2. Biar derang komen dan kritik. Jgn lukis syok sendiri je..Da lukis, pastu puji lukisan sendiri cantik..Adik2 sekalian, sila jauhkan diri dari benda2 camtu. :->

Ok, sekarang dah ada thumbnail da. Pasni apa pulak? Tidur?

Salah tu!

Lepas thumbnail da siap, tiba masa utk lakar komik... :-D

Next: Melakar Komik (Sketching)

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!! :D



Nota Kaki: ======================= Panelling =================================

Panelling yg baik memudahkan pembaca faham komik anda. Pada beginner, tak perlulah nak buat panel2 yg havoc dan fancy. MAKE IT SIMPLE and EASY TO UNDERSTAND!! :D

Rule of thumb: FANCY PANEL sesuai utk CERITA YG SEDANG BERGERAK LAJU (belajar dari en azhar abdullah)

cth: Rujuk Dragon Ball, masa Son Goku VS Cell. Byk fancy panel digunakan, utk menggambarkan kelajuan cerita... :D

Kalau setakat kalau CERITA TU BERGERAK PERLAHAN, TAK PERLU pakai FANCY PANEL. MERIMASKAN!!

cth: Kalau setakat 2 org character berbual2 kosong, takyah la nak pakai fancy panel. Ok guys? :P
====================================================
===================

4 comments:

  1. A very informative post!...timer kacih!!! :)

    ReplyDelete
  2. tenkiu sammy....teruskan menjenguk blog ni k.. :D

    ReplyDelete
  3. Di mana saya boleh dapatkan tone ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tone digital boleh didapati daripada perisian komputer seperti Adobe Photoshop.

      Tone manual pula sedikit sukar ditemui selain harganya mahal. Sekiranya tidak silap, ia ada dijual di Kino, KLCC. Saya tidak pernah menggunakannya. :)

      Delete