Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, sudah seminggu sejak pesta buku antarabangsa menutup tirai.
Syukur, saya (Nazry) berpeluang menjejakkan kaki di sana sebanyak 3 kali. Sepanjang berada di sana, saya gembira sekali. Lebih-lebih apabila melihat pengunjung membeli hasil karya kami. Rasa riang dalam hati hanya Allah yang tahu. Seronok tidak terkata! :)
Alhamdulillah, komik Misi 10A Plus sempat diterbitkan semasa pesta buku.
Mereka yang sudah membeli komik ini boleh dianggap sebagai antara pembaca terawal, kerana komik ini belum lagi tiba di kedai-kedai buku. Mungkin dalam seminggu dua lagi. Jadi, kepada mereka yang belum memiliki komik Misi 10A Plus, harap dapat bersabar, ya! :)
Baru-baru ini, PTS mengeluarkan senarai 200 judul buku paling laku dalam pesta buku baru-baru ini. Senarai itu disusun mengikut jumlah unit yang terjual.
Alhamdulillah, lima hasil karya Afiq dan Nazry tersenarai.
4. Misi 10A Plus (hampir 1000 naskhah terjual)
17. Misi 10A
27. Misi 8A
79. Komika: Ada Apa Dengan Komik? (Novel)
110. Ali & Tuah: Sarang Empat Penjahat
Apa yang mengejutkan saya, komik Misi 8A sudah dua tahun terbit, namun ia berada pada kedudukan yang agak tinggi (27). Begitu juga komik Misi 10A yang sudah setahun terbit.
Alhamdulillah, syukur.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi membeli dan membaca hasil karya kami! Semoga buku-buku yang kami hasilkan dapat berikan banyak manfaat. :)
Saya sangat gembira sekiranya hasil karya kami terjual banyak. Oh, oh! Adakah ini bermakna saya penggila wang? Adakah ini bermakna saya berkarya demi royalti?
Tidak sama sekali tidak. Nehi.
Semakin banyak komik terjual, semakin banyak royalti yang kami dapat. Ya, ini adalah fakta. Tetapi, saya tidak melihat dari sudut itu (ada juga sebenarnya, tetapi sekali-sekala sahaja).
Sudut pandang saya adalah, semakin banyak komik terjual, semakin ramai orang membaca karya kami. Semakin ramai juga orang boleh mendapat manfaat daripada karya kami, insya-Allah.
Kebanyakan pengkarya mahu orang ramai melihat hasil karya mereka. Sebab itulah mereka berkarya. Mereka mahu dilihat oleh semua orang, kalau boleh, mereka mahu dilihat oleh setiap pasang mata yang ada di atas muka bumi. Memang itulah fitrah manusia yang bergelar seniman, artis, pelukis, penulis dan sebagainya.
Saya juga begitu. Kalau boleh, saya mahu semua pelajar di Malaysia membaca siri komik Misi. Semua. Itulah matlamat saya. Saya akan berusaha menggapai matlamat itu, bersama-sama Afiq. :)
Semoga dipermudahkan, amin....
Wassalam.
Saturday, May 12, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Contoh Proposal Komik (Komik-M)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Bagaimanakah caranya menghasilkan proposal komik?"
Saya selalu menerima pertanyaan ini daripada pelukis-pelukis komik muda yang mahu berkarya dengan Komik-M.
Dan inilah jawapan yang selalu saya berikan kepada mereka:
Dalam sebuah proposal yang baik, perlu ada perkara-perkara berikut:
- Sinopsis cerita yang lengkap - Ringkasan cerita bagi komik yang akan dilukis
- Rekaan watak-watak utama - Lukis beberapa watak utama dan sertakan biodata mereka
- Rekaan setting/latar belakang (Optional) - Lukis ataupun lakar konsep latar belakang
- Biodata pelukis/penulis (Tidak perlu sekiranya dikenali editor) - Perkenalkan diri kepada editor
- Sampel komik yang final sebanyak beberapa halaman - Sebagai bukti kemampuan menghasilkan komik
Untuk lebih memudahkan, di bawah ini adalah contoh proposal komik yang boleh dijadikan panduan.
Contoh Proposal Komik
Tajuk: Misi Empat Komikus (Komik Antologi Aku, Kau & Komik #2)
Pelukis: Afiq
Penulis: Nazry

Sesudah siap kesemuanya, zip fail-fail berkaitan dan emelkan kepada:
komik-m(at)pts.com.my (gantikan "(at)" dengan "@").
Nota: Proposal komik adalah seperti borang permohonan bagi menerbitkan komik dengan Komik-M. Orang yang akan menentukan samada permohonan ditolak ataupun diterima adalah editor-editor Komik-M. Keputusan mereka adalah muktamad. Sekiranya ditolak, janganlah simpan dalam hati ataupun berputus asa. Teruskan berlatih melukis dan kemudian cuba lagi. Jangan berhenti mencuba sehinggalah permohonan diterima.
Sekian, selamat berjaya! :)
Wassalam.
Saturday, May 5, 2012
Humor dan Komedi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Humor dan komedi adalah elemen yang sangat penting dalam mana-mana medium penceritaan, tidak kisahlah sama ada novel, komik, siri animasi mahupun filem. Berdasarkan pemerhatian saya, cerita yang di dalamnya terkandung humor biasanya lebih digemari berbanding cerita yang serius.
Seorang ilustrator hebat pernah memberitahu saya, sebuah karya hebat mampu menguasai emosi pembaca ataupun penonton.
Sebagai contoh, komik.
Komik yang hebat mampu membuatkan pembaca mengalirkan air mata apabila tiba pada babak sedih, mampu membuatkan pembaca tertawa terbahak-bahak apabila tiba pada babak lucu, dan mampu membuatkan pembaca rasa bersemangat apabila tiba pada babak yang bermotivasi.
Selalunya, jenis emosi manusia yang paling mudah dikawal adalah tawa. Manusia lebih mudah tertawa berbanding menangis. Oleh itu, memasukkan humor dalam karya adalah langkah pertama yang bijak dalam usaha mengawal emosi pembaca.
Humor paling mendatangkan kesan adalah humor yang muncul secara tiba-tiba dalam adegan serius. Istilahnya, humor serius. Contoh humor serius ada dalam filem Avengers, iaitu semasa Hulk menghentam Loki ke tanah secara bertalu-talu. Perbuatan Hulk dalam babak itu sangat ganas, malah atmosfera dalam adegan itu juga tegang dan serius, tetapi ia dapat menggeletek hati penonton.
Humor serius paling tinggi tingkatnya, namun paling sukar difikirkan.
Dua kunci utama dalam penciptaan humor adalah watak dan situasi. Kedua-dua kunci ini, sekiranya digunakan sepenuhnya, pasti akan dapat menghasilkan humor yang mampu membuatkan pembaca/penonton sekurang-kurangnya tersenyum.
Saya mahu mengambil contoh babak daripada komik Misi 10A, iaitu semasa Aizad dan Zahid belajar bahasa Inggeris bersama-sama John Perry. Saya mendapat maklum balas daripada para pembaca, agak ramai yang mengatakan adegan itu lucu,
Selepas saya melihat semula adegan itu, saya dapati rencahnya mudah sahaja.
1. Watak:
John Perry - pelajar pertukaran yang sedang belajar bahasa Melayu.
Aizad & Zahid - watak utama.
2. Situasi:
Aizad & Zahid belajar bersama John Perry.
Adegan asal: Aizad dan Zahid belajar berkumpulan bersama-sama John Perry.
Adegan ini terlalu biasa dan membosankan. Jadi, saya terfikir untuk tambah sesuatu dengan memanipulasi watak dan situasi.
Adegan dengan humor: Aizad dan Zahid belajar bersama-sama John Perry. Sebelum bersurai, sempat Aizad dan Zahid menguji kebolehan John Perry berbicara dalam bahasa Melayu. Akibatnya, John Perry berbicara dalam bahasa Melayu, tetapi dengan loghat Inggeris.
Dengan hanya penambahan sedikit rencah, adegan ini menjadi lebih menarik dan diingati.
Setiap kali saya menulis, itulah yang akan saya lakukan. Semasa menulis satu-satu adegan, saya akan sentiasa mencari ruang bagi memasukkan humor ke dalam adegan itu.
Saya yakin dan saya percaya, dalam setiap adegan dan plot cerita, pasti ada sedikit ruang yang boleh diselitkan humor ataupun unsur komedi.
Namun, jangan pula hasilkan watak dan situasi semata-mata kerana mahu menjayakan komedi. Hasilnya adalah humor kosong yang tiada isi. Sekiranya ada terlalu banyak komedi sebegini dalam sesebuah karya, cerita menjadi lambat dan penonton akan cepat berasa bosan.
Sekadar ingatan, sekiranya ada banyak idea humor, jangan pula penuhkan cerita dengan humor hingga membuatkan pembaca ketawa daripada halaman pertama hingga halaman terakhir. Sebarkan (spread) humor dengan rata ke seluruh cerita. Masukkan humor dengan niat mengekalkan tumpuan pembaca, dan sekadar perencah cerita. Bukan objektif utama cerita itu ditulis.
Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

Subscribe to:
Posts (Atom)