Assalamualaikum.
Hai, apa khabar semua !! Selamat tahun baru !! Semoga kalian semua baik-baik sahaja ya !! ... ^______^
Baik, hari ini kita lupakan seketika hal komik. Hari ini, saya ingin mengajar kalian semua cara memasak pisang goreng Misi 8A (PGM8A). Baik, mohon ambil kertas dan pensel sekarang kerana saya akan senaraikan ramuan yang diperlukan.
Ramuan PGM8A
1- Pisang Masak bergred A
2- Minyak
3- Tepung
4- Telur
5- Kuali
6- Dapur
7- Gas (untuk hidupkan api)
8- Masa
1 Okey, pertama sekali, kopek kulit pisang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Lepas itu, masukkan tepung dan telur ke dalam mangkuk itu. Lepas itu, gaul, gaul dan gaul.
2 Kemudian, masukkan pisang bersalut tepung ke dalam kuali yang terisi minyak panas.
3 Lepas itu, kacau pisang itu perlahan-lahan. Namun jangan kacau kuat sangat, nanti pisang akan terkeluar dari kuali dan tiada siapa rela memakan pisang yang kasihan itu.
4 Pastikan jarak anda dengan kuali adalah sekurang-kurangnya 1 meter. Ini penting bagi mengelakkan diri daripada terkena percikan minyak panas yang mampu melecurkan kulit gebu anda.
5 Keajaiban berlaku !! Siap sudah pisang gorengnya !! SELAMAT MENCUBA !! ^______^ (Nota: Yang hitam-hitam pada pisang itu adalah disengajakan. Diulangi, ia disengajakan. Ia memang perlu ada bagi memastikan kejayaan resepi PGM8A ini. Maka, berusaha ya!! Bukan mudah mendapatkan tompok hitam itu. Perlu cuba beberapa kali baru boleh mendapatnya. Berusaha !! T___T)
Baik, sampai di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi pada entri yang seterusnya. Cuba jangan tak cuba !!
Wassalam.
Hahahahaha! Terima kasih atas resepi ini. Kemain!
ReplyDelete1 meter?
ReplyDeletejauhnya...haha
cantiknye pisang goreng...
ReplyDeletebetulke ini goreng pisang nampak macam nugget ayamas je.....
ReplyDeletewow.. pisang goreng misi 8a!!! susah nak wat tu.. afiq ke yang goreng tu? patut ar. cume boleh dibuat oleh pelajar berkeputusan 8A je pmr...
ReplyDeletejarak satu meter itu sangat spesifik.
ReplyDeletemesti tak kena sedikit pun minyak panas.
hahaaa..1meter meyh?....
ReplyDeleteresepi neh bantai sndri ke mk aja?.ngee
Hadui~ Tergelak membaca resepi anak bujang. Saya selalu masak dan dapat tompok hitam, adakah bermakna saya pelajar memasak gred 8A1? HAHAHA!! XD
ReplyDeleteAnyway, nice one!
Wahahaha! Terima kasih semua! Cuba jangan tak cuba, Pisang Goreng Misi 8A! ... ^____________^
ReplyDeletenak gelak jer psl jarak 1 meter tu XD nanti cubalah Pisang Goreng Misi 8A hahaha
ReplyDeletecara memasak yang baguys bro..
ReplyDeletewkwkwkwkwkwk
nice blog neh..
btw.. kunjungi lapak ane juga yak..
neh..
http://gandasyahputra.blogspot.com/
slam kenal bro