Tuesday, December 6, 2011

Bahana Facebook!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Semoga anda semua sentiasa ceria dan tersenyum seperti keli --> (^________^)


Hari ini saya mahu membebel sedikit. Sedikit sahaja, tidak banyak. Sekiranya membebel banyak sangat, nanti semua orang akan klik 'unfollow' dan terus pergi ke blog lain. Itu adalah tidak berapa bagus. Baiklah, mari kita tegak ke titik (straight to the point).

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai rakan-rakan saya daripada kalangan pelukis, sangat cergas dan aktif berFB atau bermukabuku. Mereka berusia belasan tahun, muda dan berbakat besar! Tetapi, saya lihat semakin lama mereka semakin jarang upload lukisan di FB, sebaliknya hanya banyak upload status baru. Ini.... agak mengecewakan saya, kerana saya berharap mereka semakin maju.

Saya hairan....



DI MANAKAH SEMANGAT KAMU SEMUA, ANAK MUDA!? DI MANA IA MENGHILANG?



BerFB sahaja tidak akan sesekali memantapkan skil melukis kamu semua. Sesekali buka FB bagi mencari inspirasi, tiada masalah. Tetapi sekiranya bangun tidur sahaja terus buka FB hingga malam, ia adalah kurang bagus sedikit.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai publish komik. Kalau setakat melukis saja-saja tanpa ada sebarang kemajuan ataupun tujuan, ia membuang masa sahaja. *Tiba-tiba saya terfikir untuk adakan pertandingan melukis dengan hadiah menarik. ;))*

Jadi, kepada anak-anak muda yang sedang bercuti sekolah ketika ini... semata-mata berFB, main game,  menonton anime, membaca komik, tidak akan membuatkan kamu semua menjadi manusia hebat.

Baiklah, sekian sahaja bebelan saya. Sekiranya ada yang tersinggung, mohon maaf, ya! Akhir kata, stop dreaming, go out there and catch your dreams!



K Bye, wassalam!


5 comments:

  1. post kali ni mmng menyentuh jiwa ini.. Semenjak kwn2 yg lain ckp yg saya xkan ke mane2 kalo satu terus dngn melukis komik. saya 'ter'putus harapan & akhirnya menjadi seperti pelajar2 asrama yg lain. kate dorang akademik lagi penting. tapi lepas baca kali ni saya ada semangat baru dan akan terus melukis! terima kasih banyak2 sbb kembalikan semangat saya abg Afiq & Nazry!

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhuh... terasa la pulak..

    ReplyDelete
  3. la bukan x nak melukis tapi kekangan masa amatlah mencemburui...rindu sangat nak melukis tp tu la.....banyak sangat file2 kes yg nak kna settle....insyaAllah after exam akan mula melukis balik...

    ReplyDelete
  4. saya baru habis exam dan rancang nak buat komik... tapi kadang2 hilang semangat, kalaulah ada pertandingan melukis dengan hadiah menarik, rasa macam boleh bersemangat pula~ buatlah~ ;P

    ReplyDelete
  5. Hahaha...hebat abg berdua...Nor Jazlan Ukasyah Zulkifle di Facebook...tak kenal ?

    Di facebook mungkin kenal / tahu saya...hehehe...misi 10A Finale bakal menggegarkan seluruh warga peminat ! Pasti !

    ReplyDelete