Saturday, April 28, 2012

Kreativiti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagaimana sekiranya ada orang mencabar kita untuk buat/hasilkan/bina sesuatu daripada batang mancis? Semata-mata batang mancis. Tidak boleh gunakan bahan lain.

Adakah kita akan melakukannya? Ataupun, adakah kita akan mencipta banyak persoalan dan alasan?

Contoh:
Mengapa batang mancis, mengapa bukan bahan lain yang lebih mudah?
Mengapa terlalu strict? Mengapa tidak boleh gabungkan dengan bahan-bahan lain?
Mengapa mengekang kreativiti dengan menetapkan hanya batang mancis sebagai bahan?

Cuba lihat imej di bawah ini:



Ini adalah replika Jambatan Menara London yang dibina daripada sejuta enam ratus ribu (1,600,000) batang mancis. Semata-mata batang mancis. Orang yang menghasilkannya bernama Michael Williams. Beliau mengambil masa selama 10 tahun bagi menyiapkannya.


Sekarang.... Siapa kata peraturan mengekang kreativiti?


Kreativiti bukannya seperti pisau. Semakin digunakan, semakin tumpul. Kreativiti sifatnya seperti akal. Semakin digunakan, semakin tajam. Jesteru, apabila ada banyak peraturan perlu dipatuhi semasa melakukan sesuatu, kreativiti seseorang akan lebih terasah.

Oleh itu, saya langsung tidak bersetuju kepada kenyataan, peraturan mengekang kreativiti. Sebaliknya, saya berpegang kepada, peraturan mengasah kreativiti.

Satu lagi, apabila sesuatu itu dilakukan dengan peraturan yang ketat, ataupun keterbatasan yang sempit, ataupun kekangan yang banyak, hasilnya adalah sesuatu yang pasti hebat dan lebih bernilai.

Sekiranya ada orang meminta kita hasilkan lukisan daripada debu pada kereta, adakah kita akan melakukannya? Ataupun, adakah kita hanya akan mencipta alasan dan persoalan?

Contoh:
Mengapa debu? Mengapa tidak kertas dan pensel?
Gilakah? Tiada orang yang melukis dengan debu!
Get a life!


Lihat gambar di bawah:



Ini adalah lukisan potret Albert Einstein, yang dihasilkan semata-mata daripada debu pada cermin kereta.

Bandingkan dengan lukisan di bawah ini:


Ini adalah lukisan potret tokoh yang sama tetapi dengan medium berbeza, iaitu pensel dan kertas.

Rasanya, lukisan mana lebih tinggi nilai seninya? Lukisan mana lebih mengagumkan? Saya yakin, 99% pembaca blog ini akan memilih lukisan debu pada cermin kereta.

Ada orang mengatakan Komik-M menetapkan banyak peraturan yang ketat-ketat. Ada yang mengatakan, Komik-M menyekat kreativiti.

Bagi saya, peraturan mengasah kreativiti. Apa yang menyekat kreativiti adalah, kemalasan untuk berfikir dan berimaginasi.

Wassalam. :)

6 comments:

  1. Jika mereka berkata menyekat kreativiti, maka mereka sama seperti mempertikaikan agama sendiri. Bakatnya hanya pinjaman dari-Nya. Orang begini sebenarnya sudah hitam hatinya sehingga tanpa rasa malu dengan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam(sambil tunduk), saya salah seorang reader baru blog ini, bagi saya, dunia kreativiti zaman sekarang amat mengagumkan, terpulang pada semua, bagaimana ingin mengexpresikan bakat dan kreativiti masing2, kalau nak memilih sebagai kerier, kena tekun dan mendalami industri ini betul2. Tapi ingat, kalau boleh jgn kaitkan kreativiti dengan politik atau keagamaan bangsa sejagat.. dan setiap orang ada perspektif masing2 dalam menghasilkan karya masing2.. cuba hormati hasil yang orang lain usahakan...kerana dia telah berusaha...hehe...sila beri tunjuk ajar..Noah Nothat Endra..
    http://adayinthelifewithnoah.blogspot.com/p/artwork.html

    ReplyDelete
  3. Saudara Noah, saya tidak nampak di mana perkaitannya kreativiti dengan politik dan agama dalam artikel yang saya tulis. :)

    ReplyDelete
  4. hehe.... saya kongsi secara umum la... by da way... good artikel... thanks for share(sambil tunduk)...:)

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Peraturan tidak menyekat pengolahan idea. Cuma perlukan usaha dan kerajinan, supaya kelihatan paparan idea itu kelihatan lain dari yang lain- atau dinamakan kreatif dari pelbagai sudut.

    Saya setuju.

    ReplyDelete