Tuesday, April 24, 2012

Alasan dan Pilihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ada (ataupun mungkin ramai) orang kata, membaca komik dengan banyak mampu meningkatkan kebolehan melukis komik.

Saya ada soalan.
  • Bolehkah kita belajar berenang dengan hanya melihat orang berenang?
  • Bolehkah kita jadi pemain bola sepak bertaraf antarabangsa dengan hanya menonton perlawanan bola sepak?
  • Bolehkah kita bermain tenis dengan baik selepas melihat Roger Federer bermain tenis?
Jelas sekali, jawapan bagi ketiga-tiga soalan ini adalah TIDAK.

Komik adalah seni. Seni adalah kemahiran. Kemahiran bersifat praktikal dan bukannya teori semata-mata. 

Jadi, bagaimana caranya untuk meningkatkan kemahiran dalam melukis komik?

Jawapannya, dengan melukis komik. Bukannya semata-mata melukis ilustrasi ataupun menconteng. Tetapi, melukis komik. Tidak kisahlah, sama ada komik loose, strip, one-shot, ataupun bersiri. Asalkan, komik. Hanya dengan melukis komik, kemahiran menghasilkan komik dapat dipertingkatkan.

Bukannya dengan membaca 1001 judul komik, kononnya mahu mengkaji ataupun belajar membuat komik. Itu adalah alasan bagi orang yang berangan-angan mahu menjadi pelukis komik, tetapi tidak mahu berusaha dan hanya mahu duduk bersenang-lenang sambil membaca komik online.

Sekiranya mahu jadi perenang yang baik, banyakkan berenang.
Sekiranya mahu jadi pemain bola sepak yang baik, banyakkan bermain bola sepak.
Sekiranya mahu jadi pemain tenis yang baik, banyakkan bermain tenis.
Sekiranya mahu jadi pelukis komik yang baik, banyakkan melukis komik (bukannya banyakkan membaca komik).

Syarat menjadi mangaka adalah menghasilkan manga, bukannya dengan hanya membaca manga Bakuman. 

Bagi mereka yang ada inisiatif, latihan perlu dilakukan dengan cara yang betul, kerana komik yang baik ada keseimbangan antara lukisan dan cerita.

Sekiranya banyak berlatih melukis tetapi tidak berikan penekanan kepada cerita, hasilnya adalah komik yang cantik tetapi membosankan, kosong dan merapu.

Sekiranya banyak berlatih menulis cerita tetapi tidak berlatih melukis, hasilnya adalah komik yang tidak difahami.

Sekiranya banyak berlatih melukis dan menulis cerita, hasilnya adalah komik yang baik, seimbang dan menyeronokkan.

Sekiranya tidak berlatih melukis dan tidak berlatih menulis cerita, tiada hasil.

Pilihan terletak di tangan anda. :)

4 comments:

  1. " Cukuplah beralasan dan lakukanlah apa yang kau patu lakukan."

    Itulah yang saya fahami dari entri diatas. Encik Nazry, awak bukanlah sahaja seorang guru kepadaku, malahan seorang penunjuk arah untuk aku melakukan apa yang aku sebenarnya mahu buat. Nantikanlah komik/ novel atas nama " HAMDU HAJIME " suatu hari nanti. Dan doa-doakanlah, hehe :P

    _ HAMDU HAJIME _

    ReplyDelete
  2. haloo, saya nak share, saya comic artist juga and animator.. http://adayinthelifewithnoah.blogspot.com/p/video-artworks.html

    ReplyDelete