Monday, May 31, 2010

Youth '10 !! Sangat happening !!





Assalamualaikum para pembaca semua,

Semoga korang sentiasa dirahmati Allah s.w.t ... ^___^



Kadang-kadang, blog ini akan bersawang. Bermaksud, ditinggalkan dengan agak lama. Bukan sebab malas, tapi sebab takda idea nak tulis apa. Serius!


Maka, harap korang maafkan kami ya! ... ^___^


Setiap kemalasan, ada penjelasan ... :-P


Baik, mari kita mulakan cerita!



28-30 Mei yang lalu, kami telah ke KL untuk menghadiri event belia terbesar, iaitu Youth '10. Ia adalah sebuah festival belia yang dianjurkan setiap 3 tahun. Tahun ini, ianya bertempat di PWTC.


Kami berada di sana selama 3 hari dan hanya satu perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaannya ....



Happening!



Memang best, meriah dan seronot!!


Kami ke sana atas jemputan UTM, maka kami telah menumpang booth UTM. Dengan hanya sebuah meja dan kerusi, Afiq dengan ajaibnya telah menarik ramai orang ke tempat kami. Dia bagaikan magnet di sana. Ada satu ketika, laluan di hadapan kami jammed dengan teruk dek kerumunan orang ramai di meja kami. Hebat!



Terima kasih pada semua yang sudi bersinggah di meja kami yang kecil itu!! ... ^___^


Sepanjang beberapa hari, Afiq telah menerima banyak tempahan lukisan dan karikatur. Komik MISI 8A yang kami bawa untuk dijual juga hampir habis! Hebat!



Terima kasih pada semua yang sudi beli komik kami!! ... ^____^



3 hari di KL ini sangat seronot! Kami harap akan ada lagi peluang2 sebegini pada masa akan datang.



Encik UTM, nanti invite la lagi kami ye kalau ada event2 sebegini!! ^______^



Baik, sekian sahaja cerita dari kami untuk kali ini. Jumpa lagi di entry yang lain. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG ya!


Wassalam.

1 comment:

  1. karikatur? aku x pernah tgk karikatur dr afiq. pos la sket..

    ReplyDelete