Wednesday, May 26, 2010

Misi Olimpiad

Assalamualaikum semua,



Selamat bertemu kembali .... ^___^ Harap semuanya sihat dan ceria di samping yang tersayang.


Baiklah, setelah menerima teguran dan nasihat daripada beberapa orang (especially Cik Gadis Misteri, terima kasih ya... ;-)), akhirnya kami update juga blog kami yang semakin hari semakin kasihan ini. Maafkan kami!!





Setiap kemalasan, ada penjelasan ....





Baik, abaikan sahaja pepatah di atas ini, hari ni nak cerita sedikit pasal projek komik kami.


Alhamdulillah, proses pembikinan komik AVIASI FANTASI #2 berjalan dengan lancar. Insyaallah kami jangka ia akan keluar dalam bulan 7 atau 8. Doakan segala-galanya baik-baik sahaja ya! ... ^___^


Selepas AVIASI FANTASI #2, kami bercadang untuk hasilkan satu lagi siri komik MISI, iaitu MISI OLIMPIAD (tajuk tentatif).



Amaran: MISI OLIMPIAD bukanlah kesinambungan MISI 8A. Oleh itu, diharap tidak kecewa apabila mendapati watak Aizad dan Zahid tiada dalam MISI OLIMPIAD kelak.



OLIMPIAD dalam konteks ini merujuk kepada Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan. Ia adalah sebuah kejohanan berprestij tinggi yang menguji kemahiran peserta dalam subjek matematik.


Kami tidak berani memberikan sinopsis cerita ini, masih terlalu awal. Namun, apa yang kami boleh dedahkan ketika ini adalah 2 buah poster teaser MISI OLIMPIAD. Enjoy!


Teaser 1





Teaser 2






Baik, sekian sahaja entry kami pada kali ini. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG!!


P/S: Sesiapa yang rasa blog ini bosan, bolehlah beranjak ke blog lain seperti blog DR ROZMEY (2 Alam) ataupun blog Yew Yee Cap Limau yang lebih happening ... :-P


Wassalam ... ^___^

2 comments:

  1. even blog yew yee cap limau sgt happening dan hot, tapi blog ni masih jadi blog kesukaan aku. Blog WAJIB baca. hehe

    Seriusly, masa pembikinan MISI 8A, aku da dapat mengagak sket bagaimana penceritaan yang akan disampaikan. (secara basic) tapi MISI OLIMPIAD ni aku xde idea.. hahaha. jadi, sebab tu aku sgt menunggu2 komik ni. Sesuatu yang baru dari FEEQRY mmg sesuatu yg baru buat industri.

    teruskan berusaha! ^____^

    ReplyDelete
  2. (^_____^)v ...selamat maju jaya...

    ReplyDelete