Monday, May 3, 2010

Update Update Update !! ... ^___^

Assalamualaikum semua,



Apa khabar? Semoga korang semua sentiasa di bawah rahmat-Nya ... ^___^


Kami semakin malas mengupdate blog, bukan? Betul tak?




.....




T____T Iya, baik, tak perlulah angguk dengan sebegitu gigih. Kami sedar, blog kami semakin lama semakin kurang kerap diupdate.


Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Entahlah. T.T


Tapi satu punca yang kami rasakan logik adalah, kerana kami bertambah sibuk. Yaaaa, mungkin juga kan. Saya (Nazry) baru sahaja selesai final exam yang hebat itu. Tambahan pula. 2-3 minggu lepas kami ada wawancara, program bual bicara dan sebagainya. Hasilnya, kami bz.....


Yaaa....Alasan yag baik bukan..... Ha ha ha... T.T



Baik! Takpelah! Maafkan sahajalah kami okey?




....





Baik, sudah dimaafkan!!! Terima kasih si pembaca yang mulia!!!



Mari, kita terus lihat pada perkembangan terbaru Feeqry aka Afiq & Nazry!




- Khamis minggu lepas (22/04), artikel mengenai kami telah tersiar di BH. Ini adalah kali kedua keluar di akhbar itu. Namun, pada kali ini, berita kami hanya disiarkan dalam Edisi Johor, yang bermaksud, hanya orang di Johor sahaja yang boleh baca. Hebat bukan menjadi orang Johor? Baik, marilah anda semua berpindah ke Johor! Ha ha ha (Sebenarnya agak kecewa kerana tidak semua orang boleh membaca artikel itu, namun sepatutnya kami berasa bersyukur kerana berpeluang diberikan liputan sedemikian)

Niat di hati ingin post keratan yang telah discan di sini, namun kami sudah pun postnya di FB. Maka, agak over a.k.a gedik sekiranya kami post dua kali. Sekali cukuplah deyy. Kalau nak tengok keratan itu, sila layari FB saya ataupun Afiq (Search FB: Nazry Salam Feeqry @ Afiq Salam Feeqy).




- Rabu yang lalu (28/04), kami telah menyampaikan ceramah mengenai teknik belajar serta teknik menghasilkan komik di hadapan lebih seratus pelajar SMK Dato' Penggawa Timur di Johor, dengan jayanya. Itu adalah...errr....pertama kali kami terlibat dalam program sebegitu. Namun, bersyukur kepada Allah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Kehadiran kami di sana telah disambut dengan baik, walaupun sekiranya ada kompang ia akan menjadi lebih baik (Ngee hee hee..Gurau jek! :-P).

Terima kasih ya pelajar SMKDPT di atas sambutan yang menggalakkan iteww!! Insyaallah sekiranya ada rezeki dan kekuatan, kami akan bertandang lagi ke sana!!

Semasa di sana, banyak juga gambar yang diambil. Namun, setakat hingga ke hari ini, kami belum lagi ditag di FB, meskipun sudah ramai pelajar yang mengikuti program itu add kami. Mereka belum ada kesempatan untuk upload, rasanya. Busy.

Nanti bila dah dapat gambar, kami akan post di blog ini ya! Nantikan!! :D

(Kredit kepada Aman Wan di atas kesudian beliau mereka hand-out yang hebat untuk kami gunakan dalam program itu. Kau memang ROCKSTAR!! Haha!)




- Sehari selepas program di SMKDPT, ada satu perkara yang agak mengejutkan telah berlaku. Yakni, artikel fasal kami telah disiarkan dalam NST, ataupun New Straits Time. Fuh!!! Yang ini, kami tidak jangka. Serius!

Pagi itu, saya Google keyword "komik Misi 8A", dan terjumpa satu link yang membawa saya pergi ke laman web Johor Buzz. Di situ, ada artikel mengenai kami, dalam English!! Peh!! Mulanya, ingatkan sekadar online artikel, yang diterjemahkan daripada artikel yang keluar dalam BH tempohari. Namun, saya lihat pada URL, ada perkataan NST. Lepas tu, saya pun serkap jarang, "Aku rasa ni keluar kat NST hari ni". Tengahari tu, lepas ambil Afiq, kami pun pergi ke kedai dan membeli NST (First time seumur hidup beli paper tu, hahaha! =">).

Selak, selak...

Fuh!!! Ada!!! Haha! Agak terkejut bila nampak artikel itu, kerana ianya tidak dijangka pun.

Oleh kerana keratan di NST itu tidak pernah dipost di FB mahupun di tempat lain, maka dengan muka tidak malunya kami akan post di sini buat tatapan peminat-peminat semua (Har har har, tetiba terasa macam poyo pulak :-P).

Ini dia keratan yang memberikan kejutan iteww:




Baiklah, setakat itewww sahaja entry pada kali ini. Kepada pembaca komik kami, jangan risau k. Walaupun kami nampak busy, namun kerja melukis komik tetap berjalan seperti biasa. Aviasi Fantasi #2 sudah hampir setengah siap. Insyaallah akan keluar pada bulan 6 atau 7, berdasarkan perancangan kami. Saya (Nazry) juga sudah mula merangka cerita untuk komik seterusnya. Ia adalah sebuah komik Misi (lebih kurang Misi 8A), namun jalan ceritanya lebih hebat dan wataknya pula lebih istimewa. Nantikan ya!



Orait, sekian sahaja! Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang!! Jumpa lagi di lain entry. Wassalam...

2 comments:

  1. baju chelsea yg xtahan tu...nie mesti peminat MU dgn Liverpool xnak beli komik ko sebab ko penyokong Chelsea...hahaha!!!

    ReplyDelete
  2. mohon save gamba.. tuk project bi. haha

    ReplyDelete