Kali ini, bersama-sama kita adalah Nizam Pac, pelukis komik sains fiksyen yang tidak asing lagi. Beliau adalah pemenang Anugerah Pekomik Terbaik dalam Anugerah Pekomik 2010. Mereka yang pernah membaca hasil karya Pac tentu mengagumi ketelitiannya dalam melukis latar belakang. Dalam entri ini, Pac berkongsi cerita berkenaan latar belakang dalam komik.
Kepentingan Latar Belakang
Latar belakang
amat penting dalam komik, kerana ia dapat menjelaskan situasi dalam sesebuah
adegan. Sesetengah pelukis komik menganggap latar belakang adalah sesuatu yang
tidak penting. Ataupun, bagi mereka, latar belakang adalah sesuatu yang leceh
untuk dilukis.
Logik juga. Lukis
bersusah payah, tetapi harga 1 halaman komik tetap RM50. Sama ada lukis latar
belakang ataupun tidak, bayarannya sama sahaja, iaitu RM50. Jadinya, latar
belakang diketepikan.
Bagi aku, ini
satu sikap yang tidak bagus. Kita mengharapkan nama komik Malaysia boleh naik.
Tetapi, sedikit pun kita tidak mengambil inisiatif bagi menaikkan nama komik Malaysia
itu sendiri, dengan harapan orang lain melakukannya. Ini tidak adil! Pada masa
yang sama, kita mengagumi komik dari Jepun ataupun negara luar dengan hasil
kerja yang amat teliti, dinamik, dan rajin. Tidak boleh begini.
Berbalik kepada
latar belakang, ia bukanlah formula yang sangat perlu diutamakan dalam
berkomik. Ada sesetengah panel tidak perlu dilukis latar belakangnya supaya ia
tidak nampak terlalu semak ataupun sesak. Latar belakang juga kadang-kala tidak
perlu ada supaya panel dan penceritaan nampak lebih dramatik.
Namun, ada
pelukis tidak mahu melukis latar belakang dengan alasan tidak mahu komik mereka
terlalu sesak, dan demi menjadikan komik mereka lebih dramatik. Hal ini
diselesaikan dengan memperbanyakkan adegan close-up
(bahagian muka biasanya). Ada juga yang memenuhkan kotak panel dengan garis
gerakan. Garis gerakan memang penting bagi menjadikan adegan lebih dinamik, tetapi
sekiranya ia dilukis berlebihan, pembaca akan menjadi bosan dan mengesyaki
pelukis seorang yang malas.
Lukisan Pac sebelum terbitnya TwinX #1 |
Formula Melukis Latar Belakang
Jadi, formula
yang aku gunakan bagi melukis latar belakang adalah begini:
Bagi adegan watak
sedang membeli-belah di pasar ataupun sedang berada di pasar, aku akan lukis
latar belakang besar bagi menunjukkan suasana di pasar dalam panel pertama
ataupun kedua. ataupun di dalam mana-mana panel selagi halaman itu menerangkan
yang watak berada di pasar. Bagi panel-panel seterusnya (selagi berada di pasar)
sekiranya tidak lukis latar belakang pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya,
gambar close-up (bahagian muka/muka dan
badan/watak berdua ataupun bertiga) dan long-shot
(watak berkumpulan) dilukiskan dengan sedikit latar belakang pasar.
Secara jujurnya,
aku sendiri masih belum pernah melukis latar belakang yang terlalu rumit, dan
masih ada jenis-jenis latar belakang yang belum pernah aku lukis.
Soal cantik ataupun
tidak sesebuah latar belakang, itu perkara lain. Berkenaan lukisan perspektif,
latar belakang yang dramatik ataupun dinamik memerlukan daya kreativiti dan
imaginasi yang kuat. Ia memerlukan daya kefahaman yang tinggi berkenaan objek
di sekeliling kita. Dalam hal ini, kemampuan ini memerlukan daya pemerhatian
yang mantap terhadap fizikal realiti.
Aku ambil analogi begini bagi menerangkan maksud aku di atas.
Katakanlah,
seseorang itu tidak pernah melihat motosikal yang sebenar di dalam dunia
sebenar, gambar, ataupun televisyen, orang ini tidak akan dapat melukis motosikal
walaupun perkataan motosikal disebut kepadanya berkali-kali. Bagi individu yang
pernah melihat motosikal ataupun memahami motosikal dengan fungsinya, dia tidak
akan ada masalah bagi membayangkan motosikal. Dengan latihan yang cukup,
individu ini mampu melukis motosikal dengan proportion
yang tepat, tidak mengira dari sudut mana sekalipun. Kes ini dapat dipadankan dalam
melukis latar belakang juga.
Objek motosikal
juga sangat penting di dalam komik Malaysia moden. Ini disebabkan masyarakat
kita tidak dapat dipisahkan dengan kenderaan ini. Di kampung, kawasan pedalaman,
ataupun di bandar, kita boleh temui kenderaan ini. Kebanyakan pelukis komik
baru selalu terlupa memasukkan kenderaan ini di dalam komik. Sebaliknya,
pelukis komik akan melukis watak hanya berjalan kaki tanpa mengira jarak
perjalanan, sama ada 200 meter ataupun 2500 kilometer. This is insane!
Dalam komik Jepun,
perkara ini tidak mustahil, kerana mungkin watak akan berjalan kaki berpuluh
kilometer dan menaiki kenderaan transit aliran ringan seperti keretapi, monorel,
dan LRT. Tetapi, kita orang Malaysia. Orang Malaysia lukis cerita komik di
negara Jepun. Come on! Kamen rider
pun menaiki motosikal.
Pembaca juga
dapat menilai cara pemikiran pelukis ataupun penulis komik. Sama ada pelukis seorang
yang teliti, matang, suka loyar buruk, skema, delusional, mahu komik segera siap, rasional, liberal, dan
sebagainya.
Antara lukisan latar belakang dalam salah satu hasil karya Pac |
Menulis Realiti dan Sains Fiksyen
Aku gemar melukis
cerita yang berkaitan realiti dan juga sains fiksyen. Pada pendapat aku,
realiti sangat mudah dijelaskan terutamanya dengan sains. Subjek yang aku cuba
elakkan sekarang adalah berkenaan hantu, kuasa mistik, paranormal, dan UFO.
Bukan apa, secara jujurnya, aku sedikit pun tidak dapat jelaskan subjek-subjek
yang aku sebutkan tadi. Dan aku jamin, tiada siapa pun dapat menjelaskannya.
Let’s be honest. Aku dan orang lain makan benda yang
diperbuat daripada bahan yang sama, pernah berasa letih, lapar, dan sakit. Kita
sama-sama tidur apabila mengantuk. Apabila kita semua sudah cukup tidur, kita
bangun. Kita sama-sama bangun pagi dan pergi kerja. Soalannya sekarang,
bagaimana orang lain boleh tahu benda yang aku tidak tahu?
Tetapi, sekiranya
penerbit sanggup bayar aku gaji yang tinggi untuk mengkaji subjek-subjek di atas,
memang aku sanggup buat. Biasalah, mahu hidup. Dalam dunia aku, duit tidak
datang dari langit seperti sesetengah orang fikirkan.
Aku hanya akan
tulis cerita berkenaan perkara yang aku faham. Bagi mereka yang pernah baca
komik Twin X aku, aku ada sertakan pautan yang menjelaskan nama saintifik dan
istilah-istilah yang sukar difahami. Sekiranya pembaca skeptikal terhadap
penerangan aku, aku harap pembaca boleh belajar sendiri subjek yang berkaitan. Sekiranya
tahu sahaja tidak mencukupi, perlu fahamkan juga, barulah betul.
TwinX adalah
komik fiksyen sains, jadi aku tidak boleh terus pergi kepada sains. Sekiranya
mahu belajar sains, lebih baik baca buku sains, bukan? Jadi, bagi menjadikan komik
TwinX menarik, aku perlu twist fakta
sains yang ada dan berikan sedikit penjelasan, supaya pembaca yakin dan faham
penulisan aku. Banyak unsur yang aku terpaksa ubah sedikit dalam komik itu,
terutamanya meriam positron, kepintaran buatan yang begitu advance, dan spontaneous
mutation yang dialami oleh Joshua dan Aizam.
Itu tidak
bermaksud positron tidak wujud, cuma proses penyediaan partikel anti-matter bukanlah proses yang mudah
dan boleh dilakukan dalam ruang yang kecil seperti VHECM. Namun, bagi memikirkan
senjata super yang ideal bukannya kerja yang mudah.
Pac melukis latar belakang tanpa bantuan pembaris; semuanya dengan tangan kosong |
Pesanan
Akhir kata, melukis komik bukan kerja mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira dari sekecil-kecil hal sekalipun. Memilih jalan untuk melukis komik, memerlukan ketabahan yang luar biasa. Ya, ada orang di luar sana menyangka melukis komik menyeronokkan dan boleh memberikan keuntungan yang banyak. Tidak semestinya.
Secara jujurnya, nasib memainkan peranan yang penting dalam hal ni. Ada juga orang bekerja keras untuk berjaya dalam bidang ni, contohnya dengan berkolaborasi, berkarya untuk komik luar negara, dan lain-lain.
Akhir kata, melukis komik bukan kerja mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira dari sekecil-kecil hal sekalipun. Memilih jalan untuk melukis komik, memerlukan ketabahan yang luar biasa. Ya, ada orang di luar sana menyangka melukis komik menyeronokkan dan boleh memberikan keuntungan yang banyak. Tidak semestinya.
Secara jujurnya, nasib memainkan peranan yang penting dalam hal ni. Ada juga orang bekerja keras untuk berjaya dalam bidang ni, contohnya dengan berkolaborasi, berkarya untuk komik luar negara, dan lain-lain.
Akhir kata,
majulah komik untuk negara.
Berkenaan Penulis
Pac adalah seorang pelukis komik dan ilustrasi sepenuh masa. Antara karya popular beliau adalah siri novel grafik berjudul TwinX, iaitu sebuah komik aksi bertemakan sains fiksyen. Alamat blog beliau adalah http://pacuniverse.blogspot.com
yes the background is an important element in a comic, mmg akan jd sgt menarik sekiranya dilukis scr detailed dan kemas..nicely put ^^
ReplyDeletep/s: buat tuan blog 2 org, just got a chance to buy your 'misi 10A plus' at ipoh's popular bookstore the other day, nicely done bros..keep it up ^^
Majulah komik 'baik' utk negara ^^
betul tu
Deleteaku selalu terbayangkan kalau vhecm dalam komik pac direalisasikan..penerangan dari dalam komik tu macam meyakinkan aku yang ia boleh dibuat..mesti ohsem..hehe..
ReplyDeleteaku lukis motor tak lawa
macam tak percaya yang enche pac lukis latar blakang tanpa pembaris...hebat!
ReplyDeletemempunyai bakat sendiri yg telah dikurniakan sedia ada. :)
ReplyDelete