Friday, August 31, 2012

Internet

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam lebaran kepada para pembaca blog ini! Diharapkan raya tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Semoga kita disampaikan kepada Ramadan dan Syawal pada tahun akan datang, amin....

Internet.

Ciptaan manusia paling signifikan dalam sejarah peradaban manusia.

Ia mampu menghubungkan insan-insan yang terpisah oleh batasan ruang dan waktu. Ia juga mampu menyalurkan pelbagai informasi dan ilmu dengan hanya satu klik. Akhir sekali, ia mempermudahkan sebegitu banyak urusan manusia, lebih-lebih lagi yang melibatkan komunikasi.

Pelukis dan penulis adalah antara manusia yang mendapat manfaat besar daripada penciptaan Internet.

Mahu dengar beberapa fakta menarik?


  • Saya dan Afiq tidak pernah berjumpa tuan editor Komik-M, hingga selepas komik Aviasi Fantasi #1 terbit.
  • Sepanjang proses penghasilan komik Misi 10A Plus, saya dan Afiq tidak pernah bertemu.
  • Sekarang ini, saya (Nazry) sedang terlibat dalam dua projek komik bersama-sama dua orang pelukis baru yang berbakat besar - seorang di Melaka, seorang lagi di Sabah. Projek sedang berjalan tanpa kami bersemuka.
Internet memungkinkan kerjasama tanpa keperluan bertemu muka. Komik, novel dan novel grafik; semua itu boleh dihasilkan secara bekerjasama tanpa perlu pelukis dan penulisnya berjumpa. 

Oleh itu, gunakan kemudahan yang ada bagi bersinergi. Kerjasama mampu menghasilkan sesuatu yang hebat, lebih hebat daripada hasil kerja sendirian. 

Anda seorang penulis? Mahu buat komik tetapi tidak mampu melukis dengan baik? Cari sahaja pelukis yang bersesuaian di Facebook ataupun DeviantArt.

Anda seorang pelukis? Mahu buat komik tetapi tiada idea? Cari sahaja penulis di laman-laman yang sama.

Talian Internet dicipta bukannya semata-mata untuk permainan online, ya. He he!

Sekian sahaja. 

Wassalam.

1 comment:

  1. Pendapat yang sangat berguna sekaligus memberikan kata-kata semangat buat saya yang sedang berlatih dalam kedua-dua penulisan dan lukisan komik. Terima kasih atas idea yang diberikan. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete