Tuesday, March 9, 2010

Sneak Preview Komik MISI 8A



Adik-adik, cuba teka.....

Tangan buruk yang berbulu itu tangan siapa? :-p

Iya, tepat sekali adik-adik...itu adalah tangan AFIQ!!!!

MARI, MARI GELAKKAN BELIAU!! HAHAHAHAHAHA....ulp!! (tertelan pen)



Baik! Tamat drama pembukaan. Mari kita ke isi yang sebenar (Sesiapa yang tak faham lawak di atas, sila buka balik buku karangan darjah 6. Terima kasih).


Alhamdulillah, Misi 8A sudah siap sepenuhnya!! YIPPIEEEE!!

Kami juga sudah siap baca pruf komik itu...

Iya, pruf!

PRUF!!

Woohoo!! (Kes first time baca pruf. Agak ketinggalan bukan? T__________T)



Gambar di atas (abaikan tangan yang kasar itu) menunjukkan preview cover komik Misi 8A yang lengkap dengan tajuk, nama kami dan logo komik-m. Yeah!! :D

Kami tak boleh nak tunjuk keseluruhan cover itu kerana ianya belum lagi final. Apabila cover sudah final, kami akan paparkannya di sini (pastilah tanpa tangan menghalang).

Insyaallah, komik Misi 8A akan keluar semasa pesta buku nanti. Dapatkannya ye!!!!


p/s: Semalam (bersamaan dengan 8 Mac 2010), ada rakan saya menghantar mesej melalui sistem chat FB...

Rakan: Naz, aku dah carik Misi 8A kat kedai, takda pun....

T___________T

Pastilah tiada, kerana ianya belum diprint pun.....

Maka, dengan sopan saya memberitahu beliau bahawa komik itu akan keluar semasa pesta buku nanti, iaitu 19 Mac - 28 Mac..

Akhirnya, beliau telah bertenang...

Terima kasih rakan kerana sudi mencari komik kami yang tak seberapa itu, 2 minggu sebelum tarikh keluaran. T___________T (tangisan terharu)



Baik, tamat cerita Misi 8A..

Sekian sahaja kali ini. Teruskan menyokong Feeqry, REVgang dan Komik-M !!









Cerita sampingan (ini tiada kena mengena dengan komik ye, peminat komik sudah boleh bersurai).

Kami ada seorang anak saudara. Nama beliau Syafiq. Baru 2 hari lepas menyambut hari kelahiran yang ke 2...


Soalan: Apakah hobi beliau?


a- Bermain permainan kereta mainan.

b- Membaca buku ABC

c- Berbaring-baring sambil menghisap jari

d- Menonton Upin & Ipin


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Semuanya salah!!




Jawapannya.......




BERMAIN PSP SAMBIL MENIARAP !!!!!!






Sekian, terima kasih!!

^__________^

5 comments:

  1. hebat cargas dan rajin membuat komik..

    malu saya di buatnya...saya sendiri tak mampu nak hasilkan komik sepantas ini..

    kolaborasi adik beradik yg mantap dan hebat..

    rajin bekarya..byk komik mereka di pasaran..gerenti best seller!

    ReplyDelete
  2. haha, terima kasih encik Azhar..biasa-biasa aje...

    insyaallah, harap2 komik kami blh jadi bestseller....

    tenkiuuu!! ^____^

    ReplyDelete
  3. best gilaa komik 8A tu !

    ReplyDelete
  4. saya baru darjah 4 .......nak buka buku darjah 6....:-P
    apa-apapun....komik abang memang terbaik...tahniah sebab komik abang menjadi komik bestseller.....huhuh
    from - budak penyibuk dari Afrika

    ReplyDelete
  5. kan best boleh bace online..nak bli x sempat..bnyk homework sgt..nnti saya bli!!!

    ReplyDelete