Monday, March 29, 2010

Hikayat Misi 8A ^____^

Assalamualaikum...


Kali ni, kitorg nak citer pasal komik terbaru kitorg, iaitu MISI 8A !!


Ada orang dgn terang-terangan menuduh kitorg PLAG*** !! T__________T

Salahkah sekiranya kami terinspirasi? Salahkah? SALAHKAH !!?

.
.
.


*Ehem ehem*


Baik, takpelah. Desebabkan kami ni junior, mentah, berhingus, maka segala kesilapan kami pasti akan dikecam. Namun, kalau yg senior buat perkara yg sama, diampunkan pula.

Erm, iya. Itulah resam kehidupan. Hidup takkan selalu manis. Kami mengerti itu.


DAN KAMI AKAN ANGGAP ITU SEBAGAI CABARAN YG PERLU KAMI TEMPUHI DALAM MENGEJAR CITA2 UTK MENJADI PELUKIS TERBAIK MALAYSIA !!!



Pac, we will beat you next year !! ^____^





Baik, cukup cerita mengenai kontroversi, mari buka cerita yg lebih gumbira... :->



MISI 8A telah mendapat sambutan yang SANGAT MENGGALAKKAN di Pesta Buku Antarabangsa !! Wah, tahniah !! ^__________^



Ini adalah antara gambar2 menarik yang berkaitan dgn komik Misi 8A yang dapat dirakam sepanjang Pesta Buku berlangsung:






Gambar:
Cikpuan Husna (bertudung biru) sedang memegang komik Misi 8A sambil bergambar bersama Hatim (berbaju merah) dan pelajar-pelajar SAMER.






Gambar: Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) bersama komik Misi 8A.

Caption (Ditulis sendiri oleh Ustaz Hasrizal): Anda mesti mendapatkan komik ini. Pembacanya akan bertukar! Dari Kaki Komik kepada Otak Komik Gred 8A!

Nota: Komik MISI 8A adalah satu-satunya buku komik yang dibeli oleh beliau sepanjang Pesta Buku Antarabangsa 2010. ^____^






Gambar: Tuan Nazri M Annuar (penulis novel Karipap-Karipap Cinta) bersama Tuan Zamri (pakar motivasi terkemuka)

Caption (Ditulis sendiri oleh Tuan Zamri): Saya sudah membaca komik ini. Ini adalah komik motivasi yang menggalakkan skor A di dalam dan di luar sekolah. Komik ini menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar sehingga habis di rak di pesta buku sepanjang hari sehingga stok baru diambil dari stor setiap hari! Misi 8A untuk pelajar.





Untuk pengetahuan korang juga, komik Misi 8A ini telah dibaca oleh tokoh motivasi, Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah. Ini adalah testimoni daripada beliau:

"Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak."



Jadi, tunggu apa lagi? DAPATKAN KOMIK INI SEKARANG !!!


Belikan utk anak, adik, adik angkat, sepupu, sepapat, anak buah, cucu cicit dan jiran korang !!





Siapa yang nak beli online, boleh layari laman web ini:


Kedai esastera




Sekian, teruskan menyokong Feeqry, REVgang dan Komik-M !!

Wassalam... ^_____^

6 comments:

  1. Tanpa menghiraukan segala desas desus dan kontroversi yang timbul, saya telah membeli dan membaca komik Misi 8A. Jalan cerita yang bersahaja, menarik dan memberi inspirasi walaupun saya telah lama meninggalkan alam persekolahan. Syabas buat kalian. Teruskan usaha anda untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu dan Islamik.

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha anda... Berjuanglah untuk Allah dan Rasulnya. Insyaallah

    ReplyDelete
  3. T^T...sedih..dah la..aku tak nak ckap bende yang same..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Cik Ruzaini di atas komen yang diberikan. Kami sangat hargainya. Insyallah selepas ini kami akan buat yang lebih baik lagi. Teruskan menyokong kami !! ^___^


    Haziq, terima kasih !! Erm, baik. Doakan kejayaan kami ya ! ^___^


    Amin, nape sedih? Hehe..

    ReplyDelete
  5. wah ade sekolah samer...huhuhu untunglah~!!!
    sekolah samten x de ?? :(

    ReplyDelete
  6. well, its cover is a copycat from bakuman. people only see that and i also like, at first, "copycat". BUT, that's before i read it. After i read it, it's like, Kaboom! a revolution in malaysia comics industry! fresh ideas! congrats!

    ReplyDelete