Sunday, February 27, 2011

Tools Melukis Afiq yang Baru !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati.


Maaf kerana sudah lama tidak update blog yang semakin ramai followers ini. Saya harap, saya lebih rajin untuk berblog. Ha ha ... T.T


Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita masuk kepada isi penting (macam nak buat karangan pula).


Gambar di bawah ini menunjukkan tools melukis Afiq yang baru. Ia terdiri daripada:

- Berus cina berwarna coklat dengan mata berkembar (Ada 2 berus dengan saiz berbeza pada satu berus (confuse tak? T__T)).
- Berus cina berwarna kelabu dengan mata berkembar juga.
- Pensel mekanikal dengan lead berwarna biru





Baik, apa yang best pasal tools baru ini?

Pertama sekali, menggunakan pensel berwarna biru untuk hasilkan lakaran tidak memerlukan kami memadam garisan lakaran selepas siap inking. Ini kerana, semasa scan, garis lakaran berwarna biru akan lenyap dengan sendirinya !! Yeah !! Ini bermaksud, kerja touch-up manuskrip menjadi jauh lebih mudah!

Serius! Dahulu, saya ambil masa sejam untuk touch-up satu muka manuskrip. Kini, 5 minit sahaja sudah selesai semua! Menjimatkan masa, bukan?

Cuma, masalahnya adalah, susah sedikit untuk jumpa lead berwarna biru di kedai-kedai. Dan, harganya juga mahal. Namun, disebabkan ia menjadikan kerja membuat komik lebih mudah, maka kami sudah bertekad untuk terus menggunakan lead biru dalam proses lakaran. ^____^


Berus pula? Apa yang bagusnya berus?


Penggunaan berus membuatkan stroke nampak lebih halus, ketebalan garisan lebih bervariasi dan juga lebih berkualiti inknya. Secara overall, menggunakan berus membuatkan segala-galanya lebih berseni berbanding menggunakan pen melukis biasa!


BUKTI???


Nantikan komik terbaru kami yang menggunakan 80% berus !!

Preview sudahpun ditunjukkan di Facebook kami. Jika ingin melihatnya, mohon pergi ke FB saya atau Afiq, add as friend dan lihat di photo album.

Komik terbaru ini bertemakan seni persilatan Melayu lama. Settingnya adalah zaman sebelum penjajahan Jepun. Yang lebih best... komik ini penuh dengan AKSI PERTARUNGAN HEBAT !! ^________^



YEAHH!!!


Apa-apapun, komik ini masih lagi dalam pembikinan. Maka, jangan terlalu teruja sangat ya. Tetapi, jika mahu teruja pun tidak apa, dimaafkan, kerana....


KOMIK MISI 10A bakal keluar !!! WOOHOOO !!!


Kali ini, lebih kelakar, mencabar minda dan lebih misteri (?) !!

Sama seperti komik MISI 8A, dalam komik MISI 10A ada juga diselitkan artikel-artikel yang menarik dan sesuai untuk dibaca oleh pelajar-pelajar!

Jadi, nantikan dengan penuh kesabaran ya!!








Gambar di atas ini menunjukkan komik-komik hasil karya kami yang telah diterbitkan dan diedarkan di kedai-kedai buku.


Beli jangan tak beli !! ^___________^



Sekian sahaja kali ini daripada saya. Semoga kita bertemu di lain hari. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG !!

Wassalam.

Saturday, January 8, 2011

Resepi Memasak Pisang Goreng


Assalamualaikum.


Hai, apa khabar semua !! Selamat tahun baru !! Semoga kalian semua baik-baik sahaja ya !! ... ^______^


Baik, hari ini kita lupakan seketika hal komik. Hari ini, saya ingin mengajar kalian semua cara memasak pisang goreng Misi 8A (PGM8A). Baik, mohon ambil kertas dan pensel sekarang kerana saya akan senaraikan ramuan yang diperlukan.

Ramuan PGM8A

1- Pisang Masak bergred A
2- Minyak
3- Tepung
4- Telur
5- Kuali
6- Dapur
7- Gas (untuk hidupkan api)
8- Masa

1 Okey, pertama sekali, kopek kulit pisang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Lepas itu, masukkan tepung dan telur ke dalam mangkuk itu. Lepas itu, gaul, gaul dan gaul.





2 Kemudian, masukkan pisang bersalut tepung ke dalam kuali yang terisi minyak panas.





3 Lepas itu, kacau pisang itu perlahan-lahan. Namun jangan kacau kuat sangat, nanti pisang akan terkeluar dari kuali dan tiada siapa rela memakan pisang yang kasihan itu.





4 Pastikan jarak anda dengan kuali adalah sekurang-kurangnya 1 meter. Ini penting bagi mengelakkan diri daripada terkena percikan minyak panas yang mampu melecurkan kulit gebu anda.






5 Keajaiban berlaku !! Siap sudah pisang gorengnya !! SELAMAT MENCUBA !! ^______^ (Nota: Yang hitam-hitam pada pisang itu adalah disengajakan. Diulangi, ia disengajakan. Ia memang perlu ada bagi memastikan kejayaan resepi PGM8A ini. Maka, berusaha ya!! Bukan mudah mendapatkan tompok hitam itu. Perlu cuba beberapa kali baru boleh mendapatnya. Berusaha !! T___T)





Baik, sampai di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi pada entri yang seterusnya. Cuba jangan tak cuba !!


Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Tahun 2010 - Tahun Yang Hebat !!

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog,

Semoga kalian semua beroleh kesejahteraan walau di mana sahaja kalian berada.



Baiklah, tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirai, dan tahun 2011 pula sudah mengintai.

Pada tahun 2010 yang sudah hampir berlalu, pasti setiap insan mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Kami juga mempunyai jalan cerita kami. Bagi kami, tahun 2010 adalah tahun yang paling mengujakan setakat ini. Banyak perkara telah berlaku. Dalam tahun ini juga, karier kami telah berkembang dengan sangat pesat.



Di bawah ini, kami merumuskan peristiwa-peristiwa penting yang telah terjadi sepanjang tahun 2010:



8/1 Komik solo pertama kami, AVIASI FANTASI # 1 telah terbit!



21/1 Kisah kami di BERITA HARIAN



30/1 Sesi bertemu peminat di Plaza Angsana



20/2 Sesi pertemuan pelukis-pelukis Komik-M



5/3 Komik pendek, LIGA RAHSIA (Aku, Kau & Bola #1) telah terbit!



20/3 Komik solo kedua, MISI 8A telah terbit!



23/3 Sesi bertemu peminat di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC KL



22/4 Kisah kami di BERITA HARIAN



28/4 Ceramah motivasi & bengkel melukis di SMK Dato' Penggawa Timur, Johor



28/4 Kisah kami di NEWS STRAITS TIME



28/5 FEEQRY@YOUTH10 !!



7/6 Komik pendek, NASIB & REZEKI (Remaja@PTSOne 2010) telah terbit!



25/6 Komik pendek, AF VERSI RAYA (Komik-M Raya #2) telah terbit!



3/7 Sesi bertemu peminat di SMK Taman Mutiara Rini, Johor



3/7 Kisah kami di BERITA HARIAN



30/7 FEEQRY@KONMAS 2010 !!



1/8 Kisah kami di DEWAN SISWA



6/10 Komik solo ketiga, AVIASI FANTASI #2 sudah terbit!





Kami ingin mengambil peluang ini bagi berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokong dan membantu kami samada secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang mampu balas.



Sekalung perhargaan tertinggi khas untuk:


- Ahli keluarga, yang tersayang serta sanak saudara yang telah banyak membantu kami.

- Ahli-ahli REVgang; Irfan, Laven, Ainaa & Aman.

- Editor-editor KOMIK-M yang sangat berdedikasi; Abang Wanzu, Encik Alif & Encik Lobak.

- Staf-staf PTS.

- Pembeli, pembaca serta peminat komik kami.

- Followers di blog ini yang sudah mencecah ratusan.

- Rakan-rakan FB.




Terima kasih !! Kalian memang terbaik !! ... ^______^




Baik, sekian sahaja entri untuk kali ini. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG !!

Jumpa lagi pada tahun hadapan !! ... ^______^



Wassalam.