Saturday, February 9, 2013

Penutupan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kadang-kala, kita tidak terperasan kesalahan diri sepertimana kita sering terlihat kesalahan orang lain. Dan, apabila orang menepuk bahu kita dan menyedarkan akan kesalahan yang dilakukan, barulah mata terbuka luas, namun tekak menelan pahit. Akan tetapi, pahit itu adalah ubat. Perlu ditelan sebelum bertambah parah keadaan.

Tujuan asal saya menulis blog adalah untuk berkongsi ilmu saya yang secetek lopak air hujan. Akan tetapi, apabila jari bergerak pantas menulis perkongsian, kadang-kala terlupa, hati ini boleh dicemari noda hitam lagi menghitamkan.

Lantas, keputusan menutup blog ini adalah sebaik-baiknya. Sepertimana saya membuat keputusan tidak lagi berkongsi ilmu di FB. Kedua-dua tindakan ini bersumberkan harapan yang sama; supaya saya tidak terus-menerus perasan diri ini seorang yang tinggi ilmu.

Jutaan terima kasih kepada lebih 700 pengikut yang mengikuti blog Dunia Feeqry. Anda semua terbaik! Mohon maaf sekiranya terdapat salah kata dan silap bicara sepanjang blog ini aktif. Semoga anda dan saya dirahmati oleh Allah Taala.

Assalamualaikum.

Nazry

3 comments:

  1. Wslm....
    saya terperanjat ni. Betul2 ke main2 je ni?
    Dah lama saya ikuti blog ini, walaupun hanya sebagai pembaca yg senyap. Tolong pertimbangkan semula soal ni. Jgn la tutup blog ini..

    Saya pernah menulis sekali mengenai Ali dan Tuah di blog saya.
    http://amnashark.blogspot.com/2012/05/ali-tuah.html

    Sudah banyak perkara saya belajar dari blog ini. Jadi saya rasa, kewujudan blog ini sesuatu yg baik. Terima kasih sudi berkongsi ilmu selama ini.

    ReplyDelete
  2. Habis tu macam mana nk menyebarkan ilmu penulisan dan lukisan komik? Ilmu byk mana baru boleh dikira baru 'layak' utk berkongsi ilmu? Biarlah berkongsi ilmu walau cetek dibandingkan kepada manusia-manusia yg takde ilmu langsung pasal komik ni..

    ReplyDelete
  3. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete