Tuesday, May 8, 2012

Contoh Proposal Komik (Komik-M)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


"Bagaimanakah caranya menghasilkan proposal komik?"


Saya selalu menerima pertanyaan ini daripada pelukis-pelukis komik muda yang mahu berkarya dengan Komik-M.

Dan inilah jawapan yang selalu saya berikan kepada mereka:

Dalam sebuah proposal yang baik, perlu ada perkara-perkara berikut:
  1. Sinopsis cerita yang lengkap - Ringkasan cerita bagi komik yang akan dilukis
  2. Rekaan watak-watak utama - Lukis beberapa watak utama dan sertakan biodata mereka 
  3. Rekaan setting/latar belakang (Optional) - Lukis ataupun lakar konsep latar belakang 
  4. Biodata pelukis/penulis (Tidak perlu sekiranya dikenali editor) - Perkenalkan diri kepada editor
  5. Sampel komik yang final sebanyak beberapa halaman - Sebagai bukti kemampuan menghasilkan komik

Untuk lebih memudahkan, di bawah ini adalah contoh proposal komik yang boleh dijadikan panduan.



Contoh Proposal Komik

Tajuk: Misi Empat Komikus (Komik Antologi Aku, Kau & Komik #2)
Pelukis: Afiq
Penulis: Nazry








Sesudah siap kesemuanya, zip fail-fail berkaitan dan emelkan kepada:

komik-m(at)pts.com.my (gantikan "(at)" dengan "@"). 



Nota: Proposal komik adalah seperti borang permohonan bagi menerbitkan komik dengan Komik-M. Orang yang akan menentukan samada permohonan ditolak ataupun diterima adalah editor-editor Komik-M. Keputusan mereka adalah muktamad. Sekiranya ditolak, janganlah simpan dalam hati ataupun berputus asa. Teruskan berlatih melukis dan kemudian cuba lagi. Jangan berhenti mencuba sehinggalah permohonan diterima.



Sekian, selamat berjaya! :)


Wassalam.

6 comments:

  1. hoho..ni sangat bermakna, boleh di jadikan panduan bagi pelukis-pelukis komik yang baru,..terima kasih atas perkongsian yang hebat ni..^^

    Akanku teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. hm, mcm mana pula boleh masukkan lukisan ke dalam komputer. guna scanner ke?
    sila tunjuk ajar.hehee....:)

    ReplyDelete
  3. sy x reti letak dialog guna komputer...tlg ajar

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya tertanya-tanya, bagaimanakah mahu mengisi dialog ke dalam belon dialog komik kita jika kita mahu menghantar komik ke komik-m? Adakah perlu menggunakan kertas turas, mengisi dengan komputer, atau menulis dialog yang diingini terus pada lukisan?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, mana ya contoh proposal komik Tuan Nazri? tak keluar pun gambarnya?

    ReplyDelete
  6. boleh x tolong ajar macam mane mahu letak dialog kedalam belon2 komik menggunakan komputer & poskan melalui emel

    ReplyDelete