Monday, September 6, 2010

10 Tips Menjadi Pelukis Hebat

Assalamualaikum, apa khabar semua? Harap semua pembaca baik-baik sahaja.


Baiklah, entri pada hari ini sangat istimewa !!


... kerana ...


... saya akan mendedahkan 10 TIPS MELUKIS yang diamalkan oleh Afiq Salam Feeqry (pelukis komik Aviasi Fantasi & Misi 8A) !!


WOOHOO!!


Kepada semua remaja yang mahu bergelar pelukis komik, korang memang kena baca entri ini okey! Wajib gitu!


Baik! *ehem*


Sebelum saya selaku abangnya mendedahkan 10 tips itu, biarlah saya menunjukkan kepada semua lukisan Afiq 6 tahun lalu.

Jangan terkejut ya! Sesiapa yang lemah semangat. mohon jangan lihat. Kah kah! Gurau sahaja. Tidak kelakar? Siapa peduli. ... :-p


Baik, baik. Mari kita lihat, harta karun yang kami telah jumpa setelah menyelongkar lukisan-lukisan lama di stor rumah tidak berapa lama dahulu.

.


.


.


.


.



TADAAAA!!!!





Terkejut?! Hahahahaha! Inilah lukisan Afiq ketika beliau baru berusia 10 tahun (ketika masih sunti gitu! :-P).


Besar bezanya dengan lukisan dia sekarang bukan? Ini kerana, dia telah mengamalkan 10 tips melukis yang hebat.


Mahu tahu tips-tips itu? Mari kita saksikan!



10 TIPS MELUKIS


1) Melukis setiap hari

2) Melukis berpandukan imaginasi dengan sedikit rujukan

3) Banyak membaca komik dan tutorial melukis

4) Tidak mudah mengaku kalah

5) Sentiasa mendengar komen dan kritikan

6) Sentiasa ingat bahawa orang yang lebih hebat ada di mana-mana

7) Melukis kerana minat, bukan demi wang atau perhatian

8) Jangan kedekut melabur sedikit wang dan masa untuk melukis

9) Berkawan dengan ramai pelukis

10) Berlatih, berlatih dan terus berlatih



Bagi adik-adik yang ingin mengikuti jejak langkah Afiq, iaitu untuk menjadi pelukis muda, sedikit kata-kata pencerah untuk korang.

Bukan mudah untuk menjadi pelukis komik.

Melukis ialah satu perkara. Melukis komik ialah satu perkara yang lain. Saya luahkan kata-kata ini, bukanlah untuk menjatuhkan keyakinan korang. Tapi untuk memberitahu fakta dan kenyataan.

Namun, impian adalah matlamat yang dipenuhi kesukaran. Go for it guys! Kalau korang tetapkan matlamat untuk menerbitkan komik sebelum habis sekolah, go for it! Jika ada halangan, cuba tempuhi! Jika mak dan ayah halang, yakinkan mereka bahawa korang di jalan yang betul! Semua itu bergantung pada usaha korang! Jangan sesekali lupakan impian korang semata-mata demi memenuhi impian orang lain!

Dan lagi...

Jangan menyerah kalah! Kerana orang yang menyerah kalah adalah orang yang melepaskan impian. Dan orang yang melepaskan impian, adalah bagaikan burung yang hidup di dalam sangkar tidak berpintu. Sampai bila mahu hidup selesa di dalam sangkar dan hanya mampu mencemburui burung lain yang bebas berterbangan di langit yang luas?

Keluarlah!


"Sky is the limit. Go fly and catch your dreams"


Akhir kata, BERUSAHALAH!



Sekian, teruskan menyokong Feeqry, Komik-M dan REVgang !!

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya Aidilfitri !! Maaf zahir dan batin !!

Wassalam.

13 comments:

  1. WAU!....umur 10 tahun dah boleh lukis secantik itu...mantap, memang ada bakat ar....teruskan usaha, selamat maju jaya buat Afiq =)

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula kalau hendak menjadi penulis komik? Adakah ia sukar untuk penulis berkerjasama dengan seorang pelukis untuk menghasilkan komik di Malaysia? Saya faham yang pelukis kebanyakannya lebih selesa melukis idea mereka sendiri. Ia menjadi impian saya untuk berkerjasama dengan seorang pelukis suatu hari nanti...

    Apa-apa pun, teruskan usaha untuk memajukan dunia komik Malaysia. Sokongan saya adalah pasti! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri (Nazry) adalah seorang penulis komik. Saya bernasib baik, adik saya berbakat dalam melukis komik. Jadi saya berkolaborasi dengannya bagi menghasilkan komik. :)

      Cubalah cari seorang pelukis yang mahu bekerjasama. Pasti ada di mana-mana.

      Selamat berjaya! :)

      Delete
  3. 10 tahun lukis bagus mcm tu, +6tahun, lukis hari2.
    ..
    dapat publish Misi 8A.

    lama tu.. D:

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...errr...boleh tak buat tutorial atau tips ke camne nak lukis tangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

      Setakat ini, kami belum ada kesempatan membuat tutorial melukis. Saudari boleh rujuk di Internet ataupun Youtube. Ada banyak tutorial melukis di situ.

      Satu lagi, saudari boleh lukis tangan dengan melihat tangan saudari sendiri. Ataupun ambil gambar tangan saudari (dengan pose tertentu), kemudian lukis dengan merujuk gambar itu.

      Selamat mencuba!

      Delete
  5. asalamualaikum...Idola saya mamat nie saya juga pelukis komik sekolah yange bertaraf rendah saya juga seorang pembikin filem sendiri.Selepas membaca tips tadi hati saya berdebar-debar bagaikan adrenalin memecut 4km 2 saat tips yg berguna saya akan saje saje meng adaptasi komik aviasi ke homemade film dengan bantuan efek murah....ASALAMUALIKUM Komik-M rocks

    ReplyDelete
  6. walaupun saya dah membaca entry ini, saya masih lagi membaca!! ^________________^

    ReplyDelete
  7. En.Afiq mmg berbakat besar!! saya pon nak melukis macam dia juga lah!! tapi saya bukannya tahu sangat teknik2 melukis ni.. ^_____^

    ReplyDelete
  8. Hebat betul.Bravo..n_n.Saya pun sedang cuba berlatih menulis komik.Ah,malangnya,susah benar nak lukis latarnya!Ehemmm...boleh bagi sedikit tip-tip tak?Dah try cuba cari dari internet,tapi susah nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya mahu lukis latar belakang, banyakkan merujuk gambar sebenar. Sekiranya tiada gambar yang sesuai di internet, ambil gambar sendiri.

      Satu lagi, cuba pelajari teknik perspektif satu titik dan dua titik. Insya-Allah, latar belakang yang dilukis akan menjadi lebih tepat dan cantik.

      Selamat melukis! :)

      Delete
  9. Tak sangka... Aku memang buat semua tu sebelum terbaca entri ni :D

    ReplyDelete
  10. sy nk jd plukis komik pd usia skg ni(14 thn)..sy dan abg sy mmpunyai bakat mlukis..byak idea y ade utk buat komk..tp sy x tau mcm mane nk jd plukis komk rasmi ataupun diiktiraf mcm En. Afiq..10 tips tu mmg ada pd dri saya...bolh tolg bgtau camne crenye nk jd plukis komik y diiktiraf spt En.Afiq? nk sgt2 jd plukis komik pd usia skg ni..kwn2 sy cukup ske mbaca komik y sy hsilkn sndiri..

    ReplyDelete