Saturday, July 3, 2010

Hari Terbuka Yang Meriah di SMKTMR !! ... ^_____^

Assalamualaikum,


Semoga korang semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Hari ini (Sabtu, 3 Julai 2010), ada 2 perkara telah berlaku. Yang pertama adalah, di sekolah Afiq (Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini) berlangsung hari terbuka dan juga hari keusahawanan. Selain daripada pelajar dan ibubapa berjumpa para guru. ada juga berlangsung pesta jualan kecil-kecilan di perkarangan sekolah. Pada waktu ini, setiap kelab sekolah akan diberikan satu lot/booth dan mereka dikehendaki menjual apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan.

Alkisah, bersempena dengan acara yang agak meriah itu, kami telah mengambil kesempatan untuk mempromosi dan menjual komik (pastilah komik keluaran Komik-M). Dengan sebuah bunting khas MISI 8A dan sebuah meja yang kecil, Afiq dan rakan-rakan telah membuka sebuah booth di bawah nama kelab fotografi. Beberapa puluh buah komik telah dibawa dari rumah dan dijual di pesta jualan itu. Alhamdulillah, semua komik yang dibawa telah habis dibeli. Kami sangat bersyukur di atas sambutan yang menggalakkan ini. Kami harap agar lebih ramai orang mengenali Komik-M.

Di bawah ini adalah antara gambar yang sempat dirakam semasa pesta jualan berlangsung.









Baik, sekian sahaja cerita mengenai pesta jualan di hari terbuka SMKTMR.

Tadi saya kata ada 2 perkara yang berlaku hari ni bukan? Ini baru satu, mana lagi satu.

Insyaallah cerita yang lagi satu akan saya kongsikan dengan korang semua dalam entry yang berikutnya. Nantikan ya!

Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M & REVgang !!


Wassalam.


p/s: Result Afiq masih lagi okey dan terkawal. Jangan risau ya semua ... :-P

1 comment:

  1. wahh...siapakah yang memakai baju pink itu? mcm barbie doll saja comelnya..

    kahkahkah

    ReplyDelete