Tuesday, June 8, 2010

Siapakah yang bertuah itu? :->

Assalamualaikum,

Semoga para pembaca sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.



Alkisah, pada acara Youth '10 yang lalu, kami telah lakukan sesuatu. Ada sebuah komik MISI 8A yang kami bawa telah terkoyak sedikit. Dan, kami malu untuk jual komik yang kurang elok itu. Jadi, pada hari terakhir Youth '10, sebelum beredar keluar dari tapak acara, kami telah meletakkan komik itu di atas sebuah white board, untuk diambil secara percuma.


Kami sangat harap orang yang bertuah yang mendapat komik itu melaporkan diri kepada kami. (Kalau ada yang ambillah. Haha!) Bukannya nak suruh pulang balik. Sekadar nak tahu sahaja. :-P


Kami akan berikan hadiah pada si bertuah yang melaporkan diri itu!! Ini serius!! ^_____^


Perhatian: Jika anda si bertuah itu, sila snap gambar page terakhir komik itu (ruangan autograf) dan emelkan ke nazrysalam (at) hotmail.com. Jika ianya sah, kami akan berikan hadiah misteri ... ^_____^



Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di entry yang seterusnya.

Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG!!



Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment