Tuesday, January 12, 2010

[Langkah 1] Cari Idea aka Brainstorming

Ok, utk menghasilkan komik, inilah langkah yang pertama!!

Mencari Idea.....

Brainstorming...

Nak sebut senang, masalahnya nak buat tu yang payah...

Takpe2, rileks....First skali, apa objektif pencarian idea ini?

Utk menghasilkan sebuah cerita yang unik, solid dan best!!!!

Unik - original, takda ciplak idea2 org lain...
solid - jalan citer yang mantap, logik dan tak merapu....
best - fresh, tak membosankan dan membolehkan pembaca enjoy ngan citer ni...

jadi sekarang, apakah caranya utk menghasilkan cerita yang seperti ini?

BERANGAN!!


Ya...itulah dia...

Untuk menghasilkan cerita, anda perlu BERANGAN.. *tak perlulah ulang skali lagi ye..*

Adik2 di luar sana, berangan di sini bukan bermaksud fikir pasal awek yg kita minat kat kelas, ataupun berfantasi ttg duit atau lain2...

Berangan dalam konteks ni bermaksud - membayangkan sebuah cerita...VISUALIZE A STORY....

Akan tetapi, semata-mata berangan pun tak menjadi juga.. ada formula lain yg perlu dimasukkan juga:

CITER BEST = ANGAN2 + ILHAM + PENGETAHUAN + PENGALAMAN + BAKAT

Wow!! Susahnya formula ni!!

Jgn risau ye, formula ni tak perlu dihafal kerana ianya takkan keluar dlm peperiksaan... :P

Jika anda byk berangan sekalipun, tetapi anda tiada ilham/pengetahuan/pengalaman/bakat, citer anda akan menjadi hampeh!!

Ok, mari kita lihat satu persatu:

ilham - idea yg lahir dari dlm hati, juga dikenali sbg ESP (Extra Sensory Perception)..tetapi perlu diingatkan di sini, tidak mudah utk kita dpt ilham.

pengetahuan - hasil bacaan segala jenis material (komik, majalah , buku teks etc), hasil pembelajaran di sekolah dan lain2...apa cara utk meningkatkan pengetahuan? well, STUDY of course...

Pengalaman - kebanyakan org hasilkan cerita based on pengalaman mereka..ini adalah sumber cerita yang paling mudah dan ringkas...anda cuma perlu ceritakan balik pengalaman dan tukarkannya kepada bentuk komik..mudah kan? :D

Bakat - benda ni tak sumer org ada...tp tanpa benda ni pun, anda masih blh hasilkan sebuah cerita yg GEMPAK!! percayalah!! :D

OK, tips utk dpt idea best utk buat citer:

sentiasa bersikap tenang....jgn stress....stress akan menyekat idea keluar daripada kepala atau hati..

be calm, insyaallah idea akan dtg mencurah-curah...

mengapa perlu tenang?

otak kita blh beroperasi dlm beberapa mode, antaranya alfa dan beta...

selalunya, otak kita berada pd tahap beta...pd tahap ini, kita dlm keadaan sedikit stress dan kelam kabut...

faktanya adalah, otak pd tahap beta akan menyukarkan seseorg itu mendapat idea...

otak akan berada pd tahap alfa ketika kita berehat atau bersantai...pada masa ini, idea akan lebih mudah didapati...



Jadi, cara terbaik utk membolehkan idea mudah keluar adalah JANGAN STRESS... :D

Ok, that's all for now...Sori kalau post kali ni terpanjang sikit...Harap korang tak bosan membacanya...

Next: Melakar Idea (Thumbnailing/Naming)

Teruskan menyokong Feeqry!! See ya!! :D

4 comments:

  1. hohoho,
    cool la feeqry! bagus utk org2 yg mahu berjinak2 dlm komik. boleh jd rujukan yg baik.

    looking 4 d next tutorials~!

    ReplyDelete
  2. haha....tq aman...harap org blh faham ngan tutorial aku.. :D

    ReplyDelete
  3. tip yang sangat menarik sekali!! tapi bro, aku terbalik lah pulak!! kalau dok santai-santai idea hampeh. tapi kalu terdesak dateline, mula datang macam2 idea untuk siapkan storyboard dan skrip. lagi stress lagi mencurah idea. ohh, aku di aliran animasi. tapi apa-apa pun tip ini sangat menarik!!aku nak add link kau dalam blog aku boleh?? terima kasih

    p(♦_♦)q

    ReplyDelete
  4. terima kasih nuox sbb sudi jengah blog ni...

    mmm, ianya bergantung pd org juga sebnarnya...

    mungkin dlm kes kau, istilah yg lebih tepat ialah produktiviti...keadaan yg stress selalunya mampu meningkatkan produktiviti secara signifikan, sbb pd masa itu tahap motivasi seseorg itu sgt tinggi..

    cam ni, benda yg hebat terletak di minda separa sedar...maklumat yg berpindah dari minda separa sedar ke akal dinamakan ilham..selalunya, perpindahan ni berlaku pd waktu seseorg itu aman dan tenang...

    dlm kes kau, aku rs maklumat tu semua dah ada dlm kepala..tinggal nak convertkan je maklumat tu semua kepada skrip dan storyboard...

    camni...

    MASA TENANG

    minda separa sedar -> akal

    *Ilham dtg, tp disimpan dulu dalam kepala. belum perlu utk dikeluarkan...



    MASA STRESS

    akal -> kerja

    *Keadaan memerlukan kau bekerja kuat, so otak kau diperah utk buat kerja. masa ni, produktiviti tinggi, tp takda ilham...

    cam tu kot aku rs...hehe...

    orait, post la...aku no hal...makin ramai org baca, makin bagus.. :D

    thanks...

    ReplyDelete