Monday, March 29, 2010

Hikayat Misi 8A ^____^

Assalamualaikum...


Kali ni, kitorg nak citer pasal komik terbaru kitorg, iaitu MISI 8A !!


Ada orang dgn terang-terangan menuduh kitorg PLAG*** !! T__________T

Salahkah sekiranya kami terinspirasi? Salahkah? SALAHKAH !!?

.
.
.


*Ehem ehem*


Baik, takpelah. Desebabkan kami ni junior, mentah, berhingus, maka segala kesilapan kami pasti akan dikecam. Namun, kalau yg senior buat perkara yg sama, diampunkan pula.

Erm, iya. Itulah resam kehidupan. Hidup takkan selalu manis. Kami mengerti itu.


DAN KAMI AKAN ANGGAP ITU SEBAGAI CABARAN YG PERLU KAMI TEMPUHI DALAM MENGEJAR CITA2 UTK MENJADI PELUKIS TERBAIK MALAYSIA !!!



Pac, we will beat you next year !! ^____^





Baik, cukup cerita mengenai kontroversi, mari buka cerita yg lebih gumbira... :->



MISI 8A telah mendapat sambutan yang SANGAT MENGGALAKKAN di Pesta Buku Antarabangsa !! Wah, tahniah !! ^__________^



Ini adalah antara gambar2 menarik yang berkaitan dgn komik Misi 8A yang dapat dirakam sepanjang Pesta Buku berlangsung:






Gambar:
Cikpuan Husna (bertudung biru) sedang memegang komik Misi 8A sambil bergambar bersama Hatim (berbaju merah) dan pelajar-pelajar SAMER.






Gambar: Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) bersama komik Misi 8A.

Caption (Ditulis sendiri oleh Ustaz Hasrizal): Anda mesti mendapatkan komik ini. Pembacanya akan bertukar! Dari Kaki Komik kepada Otak Komik Gred 8A!

Nota: Komik MISI 8A adalah satu-satunya buku komik yang dibeli oleh beliau sepanjang Pesta Buku Antarabangsa 2010. ^____^






Gambar: Tuan Nazri M Annuar (penulis novel Karipap-Karipap Cinta) bersama Tuan Zamri (pakar motivasi terkemuka)

Caption (Ditulis sendiri oleh Tuan Zamri): Saya sudah membaca komik ini. Ini adalah komik motivasi yang menggalakkan skor A di dalam dan di luar sekolah. Komik ini menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar sehingga habis di rak di pesta buku sepanjang hari sehingga stok baru diambil dari stor setiap hari! Misi 8A untuk pelajar.





Untuk pengetahuan korang juga, komik Misi 8A ini telah dibaca oleh tokoh motivasi, Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah. Ini adalah testimoni daripada beliau:

"Komik ini dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak."



Jadi, tunggu apa lagi? DAPATKAN KOMIK INI SEKARANG !!!


Belikan utk anak, adik, adik angkat, sepupu, sepapat, anak buah, cucu cicit dan jiran korang !!





Siapa yang nak beli online, boleh layari laman web ini:


Kedai esastera




Sekian, teruskan menyokong Feeqry, REVgang dan Komik-M !!

Wassalam... ^_____^

Tuesday, March 23, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010 & Kontroversi

Salam pada semua,


Ok, saya pasti ramai yang mahu melihat wajah Afiq secara close-up (tanpa dilindung oleh abangnya yang agak kacak itu :-P).

Baik, saya harap anda semua (lebih2 lagi awex2 di luar sana) tidak pengsan atau membuat rusuhan. Ini bukan main2. Ini adalah serius.



*Ehem*



Baik, inilah wajah Afiq yang sebenar....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





Sila percaya. Jika tdk percaya, takpe. Saya takkan rugi apa2 ye. ^__________^




Baik, berbalik kepada pokok dan pangkal jalan.


Hujung minggu yang lalu, kami telah dijemput oleh Komik-M untuk menghadiri acara temubual di PWTC bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2010. Woohoo!!

Baik, pictures speaks louder than words. Malas cakap byk, tenung je la gambar2 sepanjang kami berada di PWTC ...






(Dari kiri: Afiq, Suffian, Nazry & Saurukent)

Macam biasa, si abang akan berposing lebih daripada adiknya. Maaf, ini adalah tidak disengajakan. Namun saya pasti peminat2 Afiq sudah mula marah pada saya. Saya juga blh jangka dalam sikit masa lagi akan tertubuh page "We hate Nazry Salam for being acting like he's way better than Afiq Salam" ... T____________T






Ini adalah sesi melayan peminat (WAH!! PEMINIAT !! :-p). Sampai sekarang saya dan Afiq saling tampar menampar untuk memastikan kami tidak bermimpi.






Ini adalah antara saat-saat yang dinanti-nanti oleh penonton acara ini. Demo melukis oleh Afiq !! Maka, dengan hidung yang kembang tidak terkuncup, beliau telah menunjukkan sedikit skil melukis di hadapan khalayak ramai. ^____^

Info Tambahan: Yang berbaju biru di dalam gambar di atas ialah Tuan Faizal Mukhtar. Beliau telah menjadi MC untuk acara kami. Dan yang blh kami kata, beliau mmg MANTAP!! Acara pada hari itu telah menjadi meriah dengan kehadiran beliau. Tenkiu bro !!

p/s: Beliau juga adalah seorang pelakon. ^___^






(Dari kiri: Jeff aka Poyo, Alifstyle [Baju biru], Lavendra, Al-'Ainaa, Aman Wan, Afiq, Nazry, Irfan, Wanzu dan Reja)

Ini adalah sesi fotografi artis2 Komik-M. Mereka semua begitu sporting pada hari tu. Hebat!! Korang mmg rock lah!! :D



Selain itu, pada hari tu, KAMI JUGA TELAH DITEMURAMAH OLEH TV9 !!! WAH !!


*sesi tampar menampar bermula lagi*


Harap2 lepas ni saya akan sefofular Robert Pattison dan Afiq pula sefofular Justin Bibir. Har har har (Angan2 di malam hari T______________T)




Baik, sekian sahaja kali ni....Berjumpa lagi di post seterusnya.......

.

.

.

Pembaca: Jap2, apa yang kontroversinya?

Feeqry: Bukak PERGH.COM, lu pikir ah sendiri. Assalamualaikum.....

Tuesday, March 16, 2010

Sepuluh T_____T




Alkisah.....kitorg telah ditag.....oleh minah ni (gadis di dalam gambar di atas)...


Sebenarnya, saya malas nak layan. Tapi, mengenangkan yang dia adalah adik saya dan akak Afiq, maka terpaksa layan juga.

Demi memeriahkan majlis, saya telah menjemput Afiq utk menjawab sekali....Hoyeeeee........ ^____^

*Tepuk tepuk*



Baik, mulakan...



----------------------------------------------------------------------------------------------
Nazry [Hanya menjawab dengan sepatah perkataan kerana bz]
----------------------------------------------------------------------------------------------

[#1] Siapakah diri anda di rumah? -Aie

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan? -Nazry

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai -PhD, Isteri, Ferrari, Nobel & Studio

[#4] Siapakah nama pasangan anda? - Nur


[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda -Comel, Memahami, Bijak, Kelakar, Comel

[#6] Bila tarikh anda couple? - Lupa

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda? -Takda

[#8] Lagu tema cinta anda? -Entah

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda -Tiadabuatmasani

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain -Malas (Ni bukan soalan T____T)



---------------------------------------------------------------------------------------
Afiq [Tidak menukar caps kerana malas]
---------------------------------------------------------------------------------------

[#1] Siapakah diri anda di rumah? -SEORANG ADIK YG SELALU DIBULI

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan? -SEORANG KETUA YG BERWIBAWA

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai? -BADAN YG TOUGH

[#4] Siapakah nama pasangan anda? -BELUM ADA

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda -BELUM TAHU

[#6] Bila tarikh anda couple? -BELUM BERLAKU

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda? -BELUM ALAMI

[#8] Lagu tema cinta anda? -BELUM DENGAR

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda -BELUM MAHU

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain

--------------------------------------------------------------------------------------
TAMAT SOALAN
--------------------------------------------------------------------------------------



Nazry: Maka, ada satu kepastian di sini...ehem.......AFIQ SINGLE !! WOOHOO!! KEPADA GADIS2 DI LUAR SANA, INILAH PELUANG KEEMASAN....REMAJA TERHANGAT DI PASARAN TU WOI....RUGI KORANG KALAU TAK DPT!! HAHAHAHA....ULP!! (tertelan pen)