Monday, August 2, 2010

KONMAS 2010 !! ^____^

Assalamualaikum,



Wah, rupa-rupanya sudah hampir sebulan kami mengabaikan blog ini.

Sah--ngat peh--ma--las ... T_____________T

Maafkan kami ya sekalian pembaca yang budiman dan kacak serta cantik! Marilah kita memulakan entry kali ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Takmo masam-masam muka, nanti muka tumbuh kedut dan jerawat. Takmo ya. Nah gula-gula buat mamam --> O---



Baik, hari ni nak cerita pasal KONMAS 2010. Ia adalah sebuah festival yang berlangsung di UNISEL Shah Alam pada Sabtu dan Ahad yang lalu (30 Julai & 1 Ogos). Di sana, ada gerai doujin, pertunjukan cosplay, exhibition oleh artis-artis dari UNISEL dan ada juga Encik Gayour membuat presentation dan demo melukis. Sambutannya juga boleh tahan.

Di sana, kami telah menyewa sebuah booth dan menjual komik-komik hasil karya kami, iaitu Aviasi Fantasi #1, Misi 8A, AKK #2, AKB #1, Komik-M Raya #2 dan REMAJA@PTSOne 2010. Kami tidak dibenarkan menjual karya orang lain dan sebab itulah tiada title-title Komik-M seperti TWINX dan Ultra Qalif. Maaf ya!

Pada mulanya, kami bercadang untuk hadir pada kedua-dua hari festival, iaitu Sabtu dan Ahad. Namun, agak kurang bernasib baik apabila saya (Nazry) kurang sihat pada hari kedua. Maaf ya kepada sesiapa yang ingin menemui kami pada hari Ahad itu! Semoga kita boleh berjumpa di lain acara atau festival! ... ^____^

Sebagai santapan mata, ini ada sedikit gambar yang sempat dirakam ketika kami di acara itu.











Baik, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua. Teruskan menyokong Feeqry, REVgang & Komik-M ya! ... ^_____^

Wassalam.

Monday, July 5, 2010

Terima kasih Cik Wartawan !! ^____^

Assalamualaikum,


Semoga anda semua dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T.

Baik, seperti yang dijanjikan, saya akan beritahu perkara yang kedua berlaku pada Sabtu yang lalu.

Perkara itu ialah...



Kami masuk akhbar lagi !! Alhamdulillah ... ^___^



Secara spesifiknya, artikel mengenai kami telah keluar di Berita Harian 3 Julai 2010, dalam sisipan XY segmen "Di Sebalik Nama". Di bawah ini adalah keratannya yang telah discan.


*Oleh kerana keratan beritanya besar, maka saya terpaksa pecahkannya kepada 4 bahagian. Maaf ya sekiranya ianya menyusahkan korang semua ... :-P


Bahagian 1





Bahagian 2





Bahagian 3





Bahagian 4





Baik, sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi baca entry yang tak seberapa ini. Teruskan menyokong FEEQRY, REVGANG & KOMIK-M ya !! ... ^___^ Jumpa lagi!


Wassalam.

Saturday, July 3, 2010

Hari Terbuka Yang Meriah di SMKTMR !! ... ^_____^

Assalamualaikum,


Semoga korang semua dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Hari ini (Sabtu, 3 Julai 2010), ada 2 perkara telah berlaku. Yang pertama adalah, di sekolah Afiq (Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini) berlangsung hari terbuka dan juga hari keusahawanan. Selain daripada pelajar dan ibubapa berjumpa para guru. ada juga berlangsung pesta jualan kecil-kecilan di perkarangan sekolah. Pada waktu ini, setiap kelab sekolah akan diberikan satu lot/booth dan mereka dikehendaki menjual apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan.

Alkisah, bersempena dengan acara yang agak meriah itu, kami telah mengambil kesempatan untuk mempromosi dan menjual komik (pastilah komik keluaran Komik-M). Dengan sebuah bunting khas MISI 8A dan sebuah meja yang kecil, Afiq dan rakan-rakan telah membuka sebuah booth di bawah nama kelab fotografi. Beberapa puluh buah komik telah dibawa dari rumah dan dijual di pesta jualan itu. Alhamdulillah, semua komik yang dibawa telah habis dibeli. Kami sangat bersyukur di atas sambutan yang menggalakkan ini. Kami harap agar lebih ramai orang mengenali Komik-M.

Di bawah ini adalah antara gambar yang sempat dirakam semasa pesta jualan berlangsung.









Baik, sekian sahaja cerita mengenai pesta jualan di hari terbuka SMKTMR.

Tadi saya kata ada 2 perkara yang berlaku hari ni bukan? Ini baru satu, mana lagi satu.

Insyaallah cerita yang lagi satu akan saya kongsikan dengan korang semua dalam entry yang berikutnya. Nantikan ya!

Teruskan menyokong Feeqry, Komik-M & REVgang !!


Wassalam.


p/s: Result Afiq masih lagi okey dan terkawal. Jangan risau ya semua ... :-P