Saturday, June 19, 2010

3 Buah Imej

Assalamualaikum,

Semoga semua pembaca sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah S.W.T.

Hari ni takda cerita, tapi ada gambar. Well, a picture could describe a thousand words.

So, enjoy! ^____^



Imej 1: Preview Komik AVIASI FANTASI #2




Imej 2: Replika Bi-Plane Yang Cantik (Hadiah Oleh Seseorang =">)





Imej 3: Fanart PARAMORE !! Dilukis oleh Afiq & diwarnakan oleh Lavendra





Okey, that's all !! Nantikan komik terbaru kami, AVIASI FANTASI #2 !! Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG ya !! ... ^____^

Wassalam.

Tuesday, June 8, 2010

Siapakah yang bertuah itu? :->

Assalamualaikum,

Semoga para pembaca sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.



Alkisah, pada acara Youth '10 yang lalu, kami telah lakukan sesuatu. Ada sebuah komik MISI 8A yang kami bawa telah terkoyak sedikit. Dan, kami malu untuk jual komik yang kurang elok itu. Jadi, pada hari terakhir Youth '10, sebelum beredar keluar dari tapak acara, kami telah meletakkan komik itu di atas sebuah white board, untuk diambil secara percuma.


Kami sangat harap orang yang bertuah yang mendapat komik itu melaporkan diri kepada kami. (Kalau ada yang ambillah. Haha!) Bukannya nak suruh pulang balik. Sekadar nak tahu sahaja. :-P


Kami akan berikan hadiah pada si bertuah yang melaporkan diri itu!! Ini serius!! ^_____^


Perhatian: Jika anda si bertuah itu, sila snap gambar page terakhir komik itu (ruangan autograf) dan emelkan ke nazrysalam (at) hotmail.com. Jika ianya sah, kami akan berikan hadiah misteri ... ^_____^



Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di entry yang seterusnya.

Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M & REVGANG!!



Sekian, wassalam.

Thursday, June 3, 2010

Tawaran Istimewa !!!! ^_________^

Assalamualaikum,

Semoga anda semua dirahmati oleh-Nya ... ^____^



Hari ni, kami nak buat tawaran istimewa.



Sesiapa yang belum miliki komik MISI 8A, boleh beli secara terus daripada kami. Yang bestnya, korang boleh dapat:

- Tandatangan kami

DAN

- Lukisan Afiq ( EKSKLUSIF !!! :-0 )



Semua ini dengan hanya RM10 sahaja~!!


Cepat dapatkan sementara stok masih ada !!!



Caranya:

Emelkan butiran berikut kepada nazrysalam (at) hotmail.com:

Nama
Nombor telefon
Alamat
Lukisan yang diingini


Contoh permintaan --->


Nama: Hidayah
Nombor telefon: 012-3456789
Alamat: xx, Jalan yy, KL
Lukisan yang diingini: Seorang lelaki kacak sedang mengenyit mata



Selepas pembayaran dilakukan, kami akan hasilkan lukisan mengikut kemahuan anda, tandatangan dan poskan terus ke rumah !!


SENANG BUKAN?


Nota: Lukisan akan dihasilkan di ruangan autograf dalam komik yang dipesan.


Cara pembayaran?
Akan dinyatakan kepada sesiapa yang membuat permintaan.



Jangan lepaskan peluang ini. Siapa lambat, tak dapat! :-P
Kalau ada soalan, jangan malu untuk bertanya!



Sekian, jumpa lagi di entry seterusnya.

Wassalam ... ^___^