Assalamualaikum, salam sejahtera pada semua..... ^^
Wah, agak lama tidak berjumpa...! Harap kalian semua sihat dan ceria-ceria selalu...
Baik, mari mulakan cerita....
*excited*Pada hari Sabtu 20 Februari lalu, kami (Nazry dan Afiq) telah berangkat ke KL bagi menghadiri satu mesyuarat pelukis-pelukis Komik-M...
Di sana, kami telah bertemu dengan ramai pelukis.
Wah, sangat best!!!Setelah bermesyuarat, kami mengambil gambar beramai-ramai:

Siapakah mereka itu?
Baik, biar kami perkenalkan!
BERDIRI DARI KIRI:1-
Bop (berbaju hijau) - Baru-baru ini beliau telah melahirkan sebuah komik solo yang bertajuk
ULTRA QALIF (Terbitan mana lagi, pastilah KOMIK-M!! ^_^). Beliau juga telah berkarya dalam beberapa komik antologi
(juga terbitan KOMIK-M!! ^_^) seperti Aku, Kau & Komik #1 dan Aku, Kau & Bola #1.
2- Yang berbaju merah itu, saya tidak pasti siapa..(Sebenarnya beliau telah memperkenalkan diri kepada saya hari tu, tapi saya lupa pula...
MAAF YE ENCIK!!)
3-
Froggy (Baju kotak-kotak biru) - Beliau akan keluar dengan satu komik solo tidak lama lagi. Tajuknya?
RAHSIA...!!
(Jeng jeng jeng)....Bukan tajuk komik dia RAHSIA..Bukan bukan....Tajuk komik dia di
RAHSIAkan demi keamanan sejagat...lalala....
Ok ok, mari kita sambung.
Setakat ini, beliau telah berkarya di komik antologi Aku, Kau & Komik #1 serta Aku, Kau & Bola #1. Beliau, sangat kelakar orangnya. Kalau masuk Raja Lawak, pasti kami akan
VOTE dia.... ^^
4-
En Naim (berbaju coklat) - Penulis buku
SEKOLAH BAKAT keluaran PTS. Beliau seorang pemuda yang bersemangat teguh dan mempunyai citacita yang besar. Dalam mesyuarat itu, beliau mencadangkan untuk mengkomikkan buku-buku teks dan ilmiah.
WAH!! Sambil belajar, sambil baca komik!! Pasti best!! :->5-
Sitrahaslee (Berkopiah) - Pelukis komik
TAKAZA, sebuah komik bercirikan islamik dan dakwah. Beliau seorang yang peramah dan merendah diri.
Calon pilihan terbaik untuk dijadikan menantu.
6-
Faizal Mukhtar (Sedang Gelak Besar) - Pengasas Majalah
JOM!. Seorang yang berpengalaman luas dalam industri komik Malaysia. Sekarang bertugas sebagai pemangku editor PTS Fortuna. Beliau sangat sempoi dan sentiasa tenang.
7-
Puan Ainon (Wanita berbaju Kurung) - Perlu ke perkenalkan? Tak perlu kot, sebab beliau adalah
PENGERUSI PTS (CHAIRWOMAN)..!!! Anda semua sepatutnya kenal beliau, sebab beliau banyak memperjuangkan hak-hak penulis di Malaysia, kedaulatan Bahasa Melayu dan macam-macam lagi.
Beliau, sangat sangat "humble" dan bersemangat waja. Kami amat kagum dengan personaliti beliau. Akhir kata,
BERUSAHALAH PUAN AINON!!8 -
Alif (Jejaka Berbaju Hitam) - Beliau adalah pelukis komik
ORANG KUAT (Superman Versi Malaysia). Pemuda yang gemar senyum ini bertugas sebagai editor di Unit Komik-M. Beliau akan tampil dengan satu lagi komik solo, iaitu
DUNIA KARTUN (disahkan sendiri oleh Wanzu. Pasti kelakar). Beliau juga ada berkarya dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #2.
Sesiapa yang ingin berkarya dengan Komik-M, silalah berhubung dengan beliau:
alif (at) pts.com.my9-
Lavendra (Gadis Bertudung dan Berbaju Hitam) - Gadis ini baru berusia
17 tahun, namun bakatnya sudah
setanding dengan professional. Beliau adalah salah seorang daripada ahli
REVgang (Wah, kumpulan hebat apa itu? :-P).
Beliau pernah menjadi
finalis Pertandingan Bakat Baru anjuran Gempakstarz sebanyak
2 KALI!! Hebat kan? :->
Gadis comel ini
(comel ke? :P) akan tampil dengan komik solo hujung tahun ini. Karya debut beliau adalah komik 10 muka surat yang bertajuk
Konklusi, iaitu sebahagian daripada komik antologi Aku, Kau & Bola #1.
10 -
Irfan FoneR -
Rakan dan juga
saingan FEEQRY (kamilah tu..). Beliau adalah pelukis komik
SMASH20 yang diterbitkan oleh Komik-M yang cergas.
Jejaka yang penuh bertenaga ini pernah dicalonkan untuk menjadi
finalis Pertandingan Bakat Baru 2009. Pada tahun ini, beliau dijangka akan keluar dengan 2 komik solo, iaitu
SMASH20 #2 dan
SAFIK SALI (Kedua-duanya komik sukan, hebat!!).
Beliau yang kini menuntut di UIA dalam jurusan "Architecture" sangat meminati karya Takehiko Inoue yang bertajuk SLAM DUNK. Irfan juga adalah sebahagian daripada
REVgang.
11-
PAC (Berambut keriting) - PAC
(disebut PAK) ialah pelukis siri komik
TWINX (salah satu siri Komik-M yang WAJIB BACA!!). Beliau ada berkarya dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #1. Bagi kami,
tiada manusia di Malaysia ini yang boleh melukis
bangunan dan
latar belakang sebaik PAC
(Afiq pun susah nak lawan, mamat ni memang otai). 12-
??? - Identiti jejaka kacak ini terpaksa dirahsiakan demi mengelakkan sebarang rusuhan
(?)DUDUK DARI KIRI:1 -
JAS (Berbaju Oren Lobak) - JAS adalah individu yang bertanggungjawab terhadap penghasilan komik
MEON terbitan Komik-M. Komik solo sulung beliau telah mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak, termasuklah Puan Ainon sendiri
(jeles seh.. :-P). Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan sangat peramah.
2 - Ermmm......tak pasti......hehe...maaf... :-P
3 -
WANZU (Baju hitam dan berkaca mata) - Beliau adalah editor senior Unit Komik-M.
Sesiapa yang nak hasilkan komik dengan Komik-M, bolehlah menghantar emel kepadanya:wanzu (at) pts.com.myBeliau adalah seorang yang gigih, berdedikasi, baik hati dan sporting. Senang kata, beliau adalah editor
TERBAEKKK!!.
Ok, sila bertenang Nazry.
Wanzu adalah
pengasas kepada
Komik Alwan, iaitu antara komik bercirikan Islamik yang paling popular di Malaysia.
Wah, berusahalah Wanzu!!4 -
??? - Terpaksa dirahsiakan juga... :P
5 -
Aman Wan - Aman adalah seorang daripada anggota
REVgang. Karya pertama beliau telah diterbitkan dalam komik antologi Aku, Kau & Komik #2. Beliau juga ada hasilkan komik doujin yang bertajuk
Depression (Komik itu sangat best!! Serius!! Korang kena carik dan baca...!! Hahaha...).
Beliau lebih cenderung ke arah stroke
kartun yang comel. Selain melukis, beliau juga
berbakat besar dalam menghasilkan
filem pendek. Senang kata,
multi-talent beb!!
WAH, TAMAT JUGA...!! MAAF KALAU ADA TER"MISS" APA-APA...!!Kesimpulannya, hari itu sangat seronok. Pada hari itu juga,
REVgang buat pertama kalinya berjumpa sesama sendiri
(walaupun kurang lengkap kerana ketiadaan Al- Aaina).
Harap-harap, kami boleh sertai lagi pertemuan seperti ini apa masa akan datang...
Sekian, itu sahaja...Jumpa lagi...Teruskan menyokong FEEQRY!!
*lari kuat-kuat*
Pembaca: Wei, mana tutorial wei!!! T________________T