Saturday, January 8, 2011

Resepi Memasak Pisang Goreng


Assalamualaikum.


Hai, apa khabar semua !! Selamat tahun baru !! Semoga kalian semua baik-baik sahaja ya !! ... ^______^


Baik, hari ini kita lupakan seketika hal komik. Hari ini, saya ingin mengajar kalian semua cara memasak pisang goreng Misi 8A (PGM8A). Baik, mohon ambil kertas dan pensel sekarang kerana saya akan senaraikan ramuan yang diperlukan.

Ramuan PGM8A

1- Pisang Masak bergred A
2- Minyak
3- Tepung
4- Telur
5- Kuali
6- Dapur
7- Gas (untuk hidupkan api)
8- Masa

1 Okey, pertama sekali, kopek kulit pisang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Lepas itu, masukkan tepung dan telur ke dalam mangkuk itu. Lepas itu, gaul, gaul dan gaul.





2 Kemudian, masukkan pisang bersalut tepung ke dalam kuali yang terisi minyak panas.





3 Lepas itu, kacau pisang itu perlahan-lahan. Namun jangan kacau kuat sangat, nanti pisang akan terkeluar dari kuali dan tiada siapa rela memakan pisang yang kasihan itu.





4 Pastikan jarak anda dengan kuali adalah sekurang-kurangnya 1 meter. Ini penting bagi mengelakkan diri daripada terkena percikan minyak panas yang mampu melecurkan kulit gebu anda.






5 Keajaiban berlaku !! Siap sudah pisang gorengnya !! SELAMAT MENCUBA !! ^______^ (Nota: Yang hitam-hitam pada pisang itu adalah disengajakan. Diulangi, ia disengajakan. Ia memang perlu ada bagi memastikan kejayaan resepi PGM8A ini. Maka, berusaha ya!! Bukan mudah mendapatkan tompok hitam itu. Perlu cuba beberapa kali baru boleh mendapatnya. Berusaha !! T___T)





Baik, sampai di sini sahaja. Semoga berjumpa lagi pada entri yang seterusnya. Cuba jangan tak cuba !!


Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Tahun 2010 - Tahun Yang Hebat !!

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog,

Semoga kalian semua beroleh kesejahteraan walau di mana sahaja kalian berada.



Baiklah, tahun 2010 sudah hampir melabuhkan tirai, dan tahun 2011 pula sudah mengintai.

Pada tahun 2010 yang sudah hampir berlalu, pasti setiap insan mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Kami juga mempunyai jalan cerita kami. Bagi kami, tahun 2010 adalah tahun yang paling mengujakan setakat ini. Banyak perkara telah berlaku. Dalam tahun ini juga, karier kami telah berkembang dengan sangat pesat.



Di bawah ini, kami merumuskan peristiwa-peristiwa penting yang telah terjadi sepanjang tahun 2010:



8/1 Komik solo pertama kami, AVIASI FANTASI # 1 telah terbit!



21/1 Kisah kami di BERITA HARIAN



30/1 Sesi bertemu peminat di Plaza Angsana



20/2 Sesi pertemuan pelukis-pelukis Komik-M



5/3 Komik pendek, LIGA RAHSIA (Aku, Kau & Bola #1) telah terbit!



20/3 Komik solo kedua, MISI 8A telah terbit!



23/3 Sesi bertemu peminat di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC KL



22/4 Kisah kami di BERITA HARIAN



28/4 Ceramah motivasi & bengkel melukis di SMK Dato' Penggawa Timur, Johor



28/4 Kisah kami di NEWS STRAITS TIME



28/5 FEEQRY@YOUTH10 !!



7/6 Komik pendek, NASIB & REZEKI (Remaja@PTSOne 2010) telah terbit!



25/6 Komik pendek, AF VERSI RAYA (Komik-M Raya #2) telah terbit!



3/7 Sesi bertemu peminat di SMK Taman Mutiara Rini, Johor



3/7 Kisah kami di BERITA HARIAN



30/7 FEEQRY@KONMAS 2010 !!



1/8 Kisah kami di DEWAN SISWA



6/10 Komik solo ketiga, AVIASI FANTASI #2 sudah terbit!





Kami ingin mengambil peluang ini bagi berterima kasih kepada semua orang yang telah menyokong dan membantu kami samada secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang mampu balas.



Sekalung perhargaan tertinggi khas untuk:


- Ahli keluarga, yang tersayang serta sanak saudara yang telah banyak membantu kami.

- Ahli-ahli REVgang; Irfan, Laven, Ainaa & Aman.

- Editor-editor KOMIK-M yang sangat berdedikasi; Abang Wanzu, Encik Alif & Encik Lobak.

- Staf-staf PTS.

- Pembeli, pembaca serta peminat komik kami.

- Followers di blog ini yang sudah mencecah ratusan.

- Rakan-rakan FB.




Terima kasih !! Kalian memang terbaik !! ... ^______^




Baik, sekian sahaja entri untuk kali ini. Teruskan menyokong FEEQRY, KOMIK-M dan REVGANG !!

Jumpa lagi pada tahun hadapan !! ... ^______^



Wassalam.

Friday, November 26, 2010

Cara Untuk Menjadi Pelukis Hebat

Assalamualaikum,




Hai, apa khabar semua? Wahhh! Baru kelmarin update, hari ini sudah update lagi! Chargas tak? Ngeh heh! :P


Baiklah, tanpa membuang masa lagi, marilah kita terus sahaja ke topik utama pada hari ini.



Tentu sahaja ada di kalangan anda semua yang tertanya-tanya, bagaimana Afiq boleh menerbitkan komik pada usia seawal 15 tahun? Bagaimana Afiq boleh melukis dengan baik meskipun dia baru sahaja di bangku sekolah?




Mahu tahu rahsia dia?




Baiklah, saya akan mendedahkannya sekarang. Mohon pasang tali pinggang keledar ya kalian semua! Ngeh heh!


Alkisah,


Afiq sudah mula melukis sejak usia 8 tahun. Ketika itu, dia banyak meniru lukisan daripada komik Dragon Ball hasil karya Akira Toriyama. Setiap hari, dia akan menghabiskan masa 2-3 jam untuk melukis dan menconteng. Banyak kertas dan buku kosong telah menjadi korban olehnya.


Dia telah menjadikan melukis sebagai hobi dan pengisi masa lapang, sehinggalah dia berusia 14 tahun. Pada ketika itu, saya dan dia berpakat untuk melukis dengan lebih serius. Sejak itu, dia mula melukis komik. Tiada lagi latihan, tiada lagi illustrasi, tiada lagi peniruan daripada komik lain. Segala apa yang telah dipelajarinya sepanjang 6 tahun yang lalu telah digunakannya untuk menghasilkan komik. Sehinggalah ke hari ini, dia tidak pernah berhenti melukis komik.



Berapa jam Afiq sudah habiskan untuk melukis? Masa untuk analisa!



Daripada 8 tahun sehingga 13 tahun, dia telah menghabiskan masa secara purata 2 jam sehari untuk melukis. Katalah seminggu dia rehat sehari. Maka,

2 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 6 tahun = 3,456 jam!



Selepas dia berusia 14 tahun, dia mula melukis komik dengan lebih serius, sehingga umurnya 15 tahun.

3 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 2 tahun = 1,728 jam!



Pada masa umur dia 16 tahun pula (tahun ini, 2010), lebih banyak masa telah dihabiskan untuk melukis komik.

4 jam/hari X 6 hari/minggu X 4 minggu/bulan X 12 bulan/tahun x 1 tahun = 1,152 jam!



Maka, jumlah masa yang telah dihabiskan untuk melukis adalah ....




6,336 jam !!



Inilah rahsianya. Dia bukan genius. Dia bukan si bakat. Dia bukan manusia super. Dia hanya bekerja lebih rajin daripada orang lain.



Usahalah, insya-Allah kalian semua akan beroleh ganjarannya.

Jumpa lagi di entri yang lain. Majulah komik demi agama, bangsa dan negara.



Wassalam.



P/S:



Tahun 2004






Tahun 2010 (Nantikan komik terbaru kami ini!)